CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GAMBAR] Logo PDRM: Tulisan الله TELAH DISALIBKAN?

Posted: 15 May 2014 12:49 AM PDT

[VIDEO] RAM KARPAL HENTAM PAS buat Poster Beliau Sokong Hudud?

Posted: 15 May 2014 12:25 AM PDT

 

 Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh Deo hari ini menafikan poster yang menyokong pelaksanaan hukum hudud yang kini tersebar di laman Facebook adalah milik partinya.

 

[UNTUK "SI MELAYU BUMBLE"] Antara ISMA dan DAP, siapa mengancam perpaduan dan keharmonian negara?

Posted: 14 May 2014 11:58 PM PDT


Memang termaktub bahawa DAP adalah parti yang membawa idealogi sosialis, sekular dan menuntut kesamarataan semua bangsa serta mempertikai hak-hak kaum Bumiputera. Ideologi sosialis dan sekular itu adalah bertentangan dengan Islam.
DAP  juga membawa konsep Malaysian Malaysia yang dilabel baru sebagai 'New Malaysia'  yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan. Parti ini menolak Malaysia sebagai negara Islam dan Melayu sebagai kaum asal yang patut mendapat hak istimewa. Parti ini tidak mengiktiraf atau buat-buat lupa kontrak sosial yang dibuat semasa di ambang kemerdekaan dahulu di mana orang-orang Melayu berkorban untuk menerima pendatang asing sebagai wargenegara secara borong dalam semangat kontrak sosial itu walaupun kesetiaan kepada tanahair tidak dipastikan ketika itu. Ada yang langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu.
DAP yang telah mendapat sokongan hampir 90% kaum Cina menjadi lebih angkuh dan berani mendesak kerajaan demi kepentingan kaum Cina. DAP dilihat mengatur langkah untuk mencair dan seterusnya mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam kepada susuk wajah negara yang berbeza iaitu kepada negara berstatus bukan Islam. Kepimpinan DAP juga mencabar kedudukan kaum Melayu dan mendakwa  bahwa orang Melayu bukan penduduk asal, maka tidak ada sebab untuk kaum Melayu mendapat keistimewaan lagi.
Semua ini bercanggah dengan maksud dan ruh Perlembagaan Persekutuan. Mereka terus mengkritik keras bantuan-bantuan kepada orang Melayu, kewujudan MARA, UiTM, MRSM, biasiswa, kuota Melayu dan banyak lagi tindakan yang menghina dan guris hati kaum Melayu. Pemimpin DAP juga berjuang untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu. Mereka juga menentang pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Semua perjuangan dan tindakan DAP dan kaum Cina yang sehaluan dengannya adalah mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada. Perjuangan mereka sangat menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Justeru, mampu  memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969 jika dibiarkan.
Manakala ISMA jelas memperjuangan kedudukan Melayu dan Islam supaya dipertahankan sejajar dengan Perlembagaan, mempertahankan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan kedudukan kaum Melayu yang ditakrifkan beragama Islam supaya hak-hak dan keistimewaan yang ada tidak digugat serta terus dipelihara. ISMA menegaskan bahawa bumi Malaysia adalah warisan bangsa Melayu sejak lebih 60,000 tahun lalu sehingga hari ini. ISMA juga berpendirian negara ini telah menjadi negara Islam sekurang-kurangnya sejak seawal abad 15 dan statusnya tidak berubah sehingga hari ini walaupun dengan kedatangan penceroboh-penceroboh pelbagai bangsa.
Pendirian ISMA adalah kaum Melayu lebih patut diberi hak keistimewaan kerana tanah ini adalah tanah warisan mereka. Oleh itu kaum Melayu lebih-lebih berhak mendapat segala keisimewaan dan bantuan. Tambahan lagi, mereka masih belum kuat dalam segenap segi setelah dibelengu penjajah atau penceroboh lebih 450 tahun lamanya. Khazanah kekayaan bumi mereka telah terlalu banyak dipunggah sesuka hati oleh penceroboh atau penjajah dahulu. Ada yang dibawa balik ke barat dan ada yang dibawa ke negara Cina. Pelajaran mereka juga dahulu turut dinafikan oleh penceroboh.  
ISMA menyatakan dengan tegas bahawa perpaduan kaum demi keharmonian mesti berasas kepada kerangka dan sempadan Perlembagaan dan bukan menukar kandungan Perlembagaan. Ringkasnya ISMA telah berulang-ulang kali menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan. Malah kedudukan Islam mesti diperkasakan sehingga sempurna sifat keislaman negara ini dan bukan sebaliknya kian terhakis. Jika ISMA tidak berani tampil bersuara, kedudukan orang Melayu akan sampai ke tahap marah yang tidak terkawal dan tercetus huru-hara atau mereka terus terima, mengalah,  menjadi lemah dan tersisih serta bakal merempat di bumi sendiri.
Jika begitu, siapakah yang mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan siapa yang mencabar Perlembagan ini? Siapa sebenarnya ikhlas menjaga dan siapa pula yang khianat mengancam keharmonian dan perpaduan negara?   
Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu yang bersekongkol atau tunduk kepada DAP, bahawa kepimpinan itu amanah daripada Allah dan RasulNya, juga umat Melayu amnya. Jika anda menghianati amanah itu, anda akan diganti dengan orang yang lebih baik, lebih izzahnya terhadap agama Islam.
Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA

(BERDAMAI, MASUK UMNO SEMULA) Ahmad Said: Najib mohon maaf, saya begitu jua

Posted: 14 May 2014 04:46 AM PDT


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya.

Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.

"Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini.

Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.

"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya.

"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib.

"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya

CG: Teringat cerita Masam-Masam Manis apabila Cikgu Syaari rujuk semula dengan Norkiah. Cikgu Syaari marahkan Mahmud Jun bila dia kata selamat rujuk kembali. Katanya "bila aku bercerai".
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...