CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(LIDAH FITNAH) Umno, Najib bakal saman Malaysiakini

Posted: 16 May 2014 12:51 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak dan Umno mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Dalam notis tuntutan yang diserahkan petang semalam, tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" and "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

"Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

"Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," menurut notis itu.

Najib dan Umno menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, menerbitkan penarikan balik artikel itu dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan serupa dalam tempoh 48 jam.

Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk, termasuk kos dan perbelanjaan.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu.

( SISTEM DATA PAS BURUK LAPUK) Tuduh Nabi Bukan Ahli Pas Tapi Akan Ambil Tindakan Displin

Posted: 15 May 2014 08:34 PM PDT


Mahfuz ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis.

GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS  mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti.

"Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS. Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar.

"Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu. Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis.

Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS,  perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti.

"Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS, saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau.

"Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP, Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi mendakwa Mohamed Bux merupakan ahli Umno.

"Memang dia ahli Umno. Nombor keahliannya juga tersebar luas di Internet," katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya di Gelugor, malam Khamis, Mahfuz mempertikaikan dan memfitnah  pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk menagih simpati rakyat serta memancing undi.

"Mereka janjikan sesuatu untuk ringankan beban rakyat tetapi sekarang masih lagi tercari-cari cara terbaik menangani masalah ini.

"Namun, kerajaan tetapi beri BR1M yang dianggap bukan penyelesaian sebenar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, " katanya.

PAS ‘bergelora’, menantu Hadi gelar Nizar ‘sangat bodoh’ dalam krisis Umno Terengganu

Posted: 15 May 2014 05:54 PM PDT


 Umno di Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula terjebak selepas kritikan "very stupid" menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad (gambar) kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.

Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.



"Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.

"Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.

"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.

"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.

Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.

"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.

Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.

"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.

Zaharudin sebelum ini semasa pemilihan PAS tahun lepas juga mencetuskan kontroversi, didakwa memainkan peranan besar dalam gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional yang digelar "Erdogan" dalam PAS.


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sekadar memberi ingatan kepada PAS Terengganu tidak terjebak dengan peristiwa yang pernah dilaluinya. – Gambar fail The Malaysia Insider, 16 Mei, 2014.

Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.

Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas.

Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.

Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati.

Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.

"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.

"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.

"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.

"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.

Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".

"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.

"Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama...Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.

Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian.

Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.

PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. – 16 Mei, 2014. TMI

(DATUK SAIFUDDIN DIAM) Cina demonstrasi bantah Guru Melayu masuk SMJK di Pulau Sebang, Melaka.

Posted: 15 May 2014 07:50 AM PDT



Menjelang PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP, kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sek
olah SMJK Pulau Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan guru-guru Melayu.

Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau Sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan.

Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.

LEE KHEE YOON merupakan salah seorang pemimpin DAP tempatan. Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:

(1) YANG YIN CHONG - Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING - Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO PAOY TIONG - ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN - Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L SUPARMANIAM - ADUN Repah

Dalam tunjuk perasaan itu, kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain rentang tersebut adalah:

(a) KAMI MEMBANTAH GURU YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU SEBANG.

(b) TETAP MEMBANTAH JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.

Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Ini kerana hak mereka sebagai kaum cina yang sudah membayar cukai, jika dibenarkan bangsa Melayu mengajar kaum cina, inilah punca rasis.

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.

Menurutnya lagi, disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan, pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah campuran.

Pendapat Pengerusi Dong Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.

Manakala Lee Yoon Hua pula berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. 1 Malaysia adalah bermakna menghormati hak orang cina, tetapi kesaksamaan status Bumiputera perlulah dihapuskan baru ianya menampakkan keadilan.

Malah dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan hak-hak sekolah Cina. Sependapat dengan Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran. Bagi mereka, SJKC khas untuk orang cina sahaja, tetapi SMK perlu dibuka kepada semua kaum.

Hari ini, jam 7:40 pagi tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan bahawa sekolah tidak akan turut serta dalam demonstrasi tetapi mereka menyokong demonstrasi yang dilakukan di luar sekolah itu. Kata pengetua, menyokong tidak menjadi kesalahan, sokong tak bermakna terlibat.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof telah dihantar ke SMJK Pulau Sebang sebagai Penolong Kanan 1 untuk menggantikan Cikgu Hj. Radzuan bin Kamaruddin yang sudah bersara pada 28 Februari 2014 lalu.

Sama seperti Cikgu Radzuan, Cikgu Md. Nor juga tidak fasih berbahasa Cina. Cikgu Md. Nor telah melapor diri untuk memulakan tugas di SMJK Pulau Sebang pada 2 Mei 2014 lalu.

SMJK Pulau Sebang merupakan SEKOLAH BANTUAN MODAL KERAJAAN yang mempunyai 69 orang guru. Terdapat seramai 40 orang guru Melayu, 19 orang Cina dan 9 orang India bertugas di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajarnya pula adalah seramai 993 orang dengan pecahannya 72 orang Melayu, 743 orang Cina dan 178 orang India.

-ketua pengakap-

(MUSIM KELUAR PARTI) Presiden SPDP umum keluar parti

Posted: 15 May 2014 06:27 AM PDT


Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keluar parti hari ini.

Turut mengumumkan tindakan sama ialah pemimpin kanan SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh.

Dua orang menteri kanan negeri itu akan menyertai parti mesra BN, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Sidang media pengumuman peletakan jawatan tersebut sedang berlangsung di bangunan DUN Sarawak.

Mawan sebelum ini terlibat dengan perebutan kuasa dengan timbalannya Tiong King Sing manakala Wong pula terlibat dengan satu pertikaian dengan SUPP.

(HINAAN ANWAR MAKAN DIRI) KJ balas Hinaan Anwar "hidup feudalisme Umno"

Posted: 15 May 2014 05:45 AM PDT


Media sosial meletus dengan ejekan berhubung gambar yang menunjukkan Menteri Besar baru Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mencium tangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.


Gambar itu dirakam semasa satu perjumpaan di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya semalam untuk menyelesaikan krisis politik di Terengganu.

Pada halaman Facebook Malaysiakini, terdapat sekitar 500 komen mengenai gambar tersebut, dan dikongsi oleh 700 yang lain. Dan ini hanya di edisi bahasa Inggeris portal berita tersebut sahaja.

Kebanyakan pengulas mengkritik Ahmad Razif dan menganggapnya sebagai perbuatan "mengampu".

Turut serta ialah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tweet semula gambar
itu dengan tulisan "Hidup Feudalisme Umno".


Ini mendorong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membalas dengan gambar lain, yang menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur mencium tangan Anwar.

Gambar itu yang dipercayai diperolehi dari sebuah portal berita, telah menarik banyak reaksi.

Pengguna Twitter Keem Mazni memuji Khairy dengan berkata: "Hahaha! Good one KJ! Suka Cakap tapi lupa diri."

Seorang lagi pengguna, Ahsraf Roslan berkata: "Wah! Khairy simpan gambar Anwar dalam hp? Thats good!.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...