CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


( FITNAH MALAYSIAN INSIDER) Lapor Najib Berlepas ke Dubai, Janji Akan Hadir Majlis Mat Said

Posted: 17 May 2014 01:37 AM PDT



The Malaysian Insider telah memfitnah Najib dengan menuduh Najib telah berlepas ke Dubai, walhal Najib telah berjanji untuk hadir majlis perkahwinan anak Ahmad Said, bekas MB Terengganu.

Setelah beratus komen pembaca menghina dan mengutuk Najib, posting tersebut telah dipadamkan.




Akhirnya The Malaysian Insider juga telah melaporkan bahawa Najib telah hadir majlis Ahmad Said.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di kediaman bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman hari ini bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuannya.

Najib tiba dengan menaiki helikopter dari Pekan, Pahang sekitar jam 1.10 petang tadi.


Salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuan Ahmad dengan Najib menjadi punca Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu mengisytiharkan beliau keluar dari Umno bersama Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud pada 13 Mei lalu.

Tindakan itu dilakukan mereka sehari selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Terengganu menggantikan Ahmad.

Isu itu bagaimanapun selesai kurang 48 jam berikutnya apabila Najib dan Ahmad saling bermaafan. – 17 Mei, 2014.

Pemimpin dan blogger Pakatan Haram juga tidak terkecuali menabur fitnah.




(TERKINI) Pesawat tentera bawa Menteri Pertahanan terhempas

Posted: 16 May 2014 10:58 PM PDT


BANGKOK: Menteri Luar Thailand berkata sebuah pesawat Tentera Udara Laos yang dipercayai membawa 20 orang termasuk Menteri Pertahanan negara itu terhempas di Laos, awal pagi ini.

Jurucakap Menteri Luar berkenaan, Sek Wannamethee, berkata setakat ini, beliau tidak dapat mengesahkan mengenai mangsa yang maut.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai nahas itu oleh pihak berkuasa negara jirannya itu.

Beliau juga tidak mempunyai butiran terperinci lagi mengenai kejadian itu.

Sementara itu, AFP melaporkan, pesawat tentera berkenaan terhempas di utara Laos.

Antara 20 orang di dalam pesawat termasuk Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane dan beberapa orang kenamaan.

Pada Oktober tahun lalu, Lao Airlines ATR-72 terhempas di Sungai Mekong ketika cuaca buruk semasa menghampiri Lapangan Terbang Pakse di Selatan Laos, mengorbankan semua 49 orang di dalam pesawat. - Agensi

Guna "I Am Karpal Singh" - Ramkarpal Dibidas

Posted: 16 May 2014 09:42 PM PDT


GEORGETOWN: Tindakan calon DAP,  Ramkarpal Singh Deo menggunakan sepanduk yang tertera perkataan 'I Am Karpal Singh' bagi kempen pilihan rayanya terus dibidas.

Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk meraih undi simpati di kalangan pengundi di Bukit Gelugor.

"Sepatutnya dia (Ramkarpal) guna perkataan 'I'm A Son Of Karpal Singh', bukan perkataan 'I Am Karpal Singh. Jadi dalam isu ini siapa sebenarnya bertanding?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kehilangan kira-kira 330 kain rentang di sekitar kawasan Bukit Gelugor dan Taman Tun Sardon pada malam Khamis.

Mohamed Bux tiba di Balai Polis Bandar Baru Air Itam di sini kira-kira pukul 3 petang dan selesai membuat laporan polis setengah jam kemudian.

Mohamed Bux menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Sementara itu, beliau akan bertemu dengan pegawai Suruhan Pilihan Raya (SPR) negeri untuk berbincang mengenai penggunaan jata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada Sabtu.

"Sekiranya mereka nasihatkan saya untuk tidak gunakannya, saya akan tarik balik penggunaan jata tersebut di poster, kain rentang dan risalah manifesto saya," katanya.

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Bukit Gelugor,Kapten (B) Anuar Yahya menegaskan adalah menjadi satu kesalahan jika calon yang bertanding menggunakan jata kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam poster kempen pilihan rayanya.

"Malah bendera sekutu-kutu parti calon yang bertanding juga tidak dibenarkan sama sekali," kata Anuar.

(DIA SAMAN DIA TANGGUH) Marina dikenakan kos penghakiman RM3000

Posted: 16 May 2014 07:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei – Mahkamah Tinggi pada 9 Mei lalu telah menolak permohonan Marina Mahathir supaya pihak ISMA dan saksinya memberi keterangan terlebih dahulu dan menetapkan bayaran kos penghakiman sebanyak RM3000 yang perlu ditanggung oleh pihak Marina.

Berikutan itu, pada 12 Mei pihak Marina memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan memohon agar perbicaraan Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mei ditangguhkan.

Marina juga memohon agar pihak ISMA dan saksinya memberi keterangan terlebih dahulu atas alasan memandangkan mereka menuduh beliau orang di belakang Comango, maka mereka sepatutnya memberi keterangan terlebih dahulu untuk membuktikan dakwaan mereka itu.

Peguam yang mewakili 16 pimpinan tertinggi ISMA, Azad Bashir berkata, sepatutnya pihak Marina yang memulakan memberi keterangan di mahkamah tetapi mereka cuba mengelak.

"Dalam kes saman seperti ini, pihak plaintif perlu membuktikan terlebih dahulu terdapatnya penerbitan. Kemudian penerbitan itu perlu dibuktikan telah merujuk dengan jelas kepada plaintif. Kemudian penerbitan kata-kata itu perlu dibuktikan telah memfiitnah atau memalukan plaintif. Selepas itu baru pihak defendan atau ISMA tampil memberi keterangan untuk tujuan pembelaan," kata beliau kepada ISMAweb.

Sebaliknya, pihak Marina telah memohon di Mahkamah Rayuan, dan pada pagi semalam Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan sekaligus menetapkan tarikh 24 Jun sebagai tarikh keputusan rayuan Marina.

Serentak dengan itu juga, perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula semalam ditangguhkan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop menetapkan 3 Julai sebagai tarikh pengurusan kes.

"Pada 3 Julai nanti, kita akan mendapat perkembangan terkini rayuan pihak Marina dan kita akan mengetahui pihak mana yang akan memberi keterangan terlebih dahulu," kata Azad lagi.

Menurut Naib Presiden ISMA Encik Abdul Rahman Mt Dali, tindakan pihak Marina adalah suatu yang memalukan.

"Perkembangan ini memalukan diri mereka sendiri. Mereka yang saman kita, tetapi mereka yang minta tangguh. Amat memalukan," kata beliau.

Pada 15 Januari tahun ini, Marina Mahathir, 57, memfailkan saman fitnah terhadap Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dan 15 pimpinan tertinggi ISMA yang lain kerana telah menyebarkan 70 ribu risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" di masjid-masjid di Lembah Klang, Shah Alam, Putrajaya, Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu selepas solat Jumaat pada 8 November 2013.

Pengedaran risalah yang memuatkan wajah Ahli Lembaga Pengarah Sisters In Islam (SIS) Marina Mahathir dan 8 orang lagi tokoh NGO liberal sebagai "dalang di sebalik Comango" turut dijadikan berita di ISMAweb.net dan berita yang sama dimuatnaik di facebook Ikatan Muslimin Malaysia.


(TUTUP RAMBUT TAPI BOGEL) Pakaian Yuna dikecam peminat

Posted: 16 May 2014 04:06 AM PDT


KUALA LUMPUR - Baru-baru ini nama penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan di sayap seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat.

Tetapi sayangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.

Awal minggu lalu sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat paras pusat telah dimuatnaik di laman Facebook.


Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.

Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.

Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan), lapor Astro Gempak.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...