CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(USTAZ PAS TERUS BISU) Dyana Sorya Jawab Isu HUDUD dan TUDUNG, Ustaz Pas HILANG Telur

Posted: 18 May 2014 03:14 AM PDT



(BERJUANG BERSAMA DAP TOLAK HUDUD) TIDAK KAFIRKAH DYANA SOFEA disisi Ajaran Pas

Posted: 17 May 2014 10:50 PM PDT


Akhirnya teka teki terjawab sudah..Dap akhirnya mencalonkan juga Dyana Sofea, anak Melayu berpendidikan UiTM jurusan Undang-Undang yang juga Pegawai Khas Lim Kit Siang di Pilihanraya Kecil Teluk Intan bagi kerusi Parlimen.

Dengan berbekalkan pengalaman dalam politik seusia setahun jagung, calon Dap ini mula berkahak hijau, hapak mulutnya seolah-olah beliau tahu apa yang terjadi dalam dunia politik Malaysia sejak sebelum Merdeka. Malah makin hapak bila kefahaman dangkalnya tentang HAK antara kaum..kefahaman bodohnya tentang KESAMARATAAN malah amat JAHIL bila menafsirkan apa itu KEADILAN ANTARA KAUM..

Kalau kita perhatikan walaupun dia berkelulusan undang-undang dari UiTM, pernahkah sekali Dyana membangkitkan isu HUDUD? Apakah kita berangapan beliau akan setuju dengan apa yang Pas perjuangkan memandankan Pas adalah sekutu Pakatan Haram Jadah ini...

Apakah diamnya Dyana dalam isu Hukum Islam ini bermakna beliau setuju seperti anak dara ditanya tentang bakal pasangan hidup ketika dipinang?

Atau Dyana sebagai KULI Lim Kit Siang atau dalam bahasa anak muda, PATUNG BONEKA, diam itu tanda setuju dengan Bosnya..Kit Siang? Malah bukannya Kit Siang sahaja yang menentang Hudud..seluruh yang ada dalam DAP bersetuju, senada bahawa WAJIB tentang HUDUD.


Bagaimana Pas dan ummat Islam Pulau Pinang melihat ini? Apakah bila tiba hari mengundi maka HUKUM ISLAM bukan lagi satu keutamaan?

Apakah tidak ada rasa sedikitpun BERDOSA bila memilih Calon atau Pemimpin yang kekal pendiriannya dalam Parlimen kelak bahawa Hukum Islam ini wajib ditentang?

Hadi Awang, Nik Aziz dan Dewan yang kononnya selambak Ulama Politik dok dalam tu juga akan mengiring Calon yang bakal tentang HUDUD ini di hari Penamaan Calon nanti?

Munafik yang nyata..berceramah depan orang Islam bergegar pentas tentang hudud..sampai masa..junjung Calon yang terang-terang akan tentang hudud dalam Parlimen kelak..

Apakah Dyana sedar atau tidak atau memang dirancang memandangkan beliau graduan Undang-Undang..Bila menang, beliau bakal dijadikan babi hutan, menyondol sebagai Wakil Islam DAP dalam Parlimen dan akan berhujah dengan hujah akal untuk menentang HUDUD nanti?

Kalau Rakyat Malaysia belum nampak dan kalau Ahli Pas belum nampak..Allahhuakbar...jauhnya dari Rahmat Allah..nauzubillah..

Yang Dap dan Pemimpin Pas cuba sembunyikan adalah yang kat bawah ni :

Pecahan Pengundi mengikut kaum

Melayu 37%.
Cina 43%.
India 19%.
Lain-lain 1%.

Yang jelas, Pemimpin Pas hanya jadi Pak Turut..Mereka tau yang pengundi Cina mereka akan dapat maksima majoriti UNDI..mereka kena usahakan dapat UNDI Melayu sebanyak mungkin..maka soal HUDUD mereka dah tangguhkan buat sementara waktu nak bentang..di sinilah Dyana sebagai tunggul kayu datang sebagai Calon Wanita Melayu Islam yang pertama jadi Wakil Rakyat Parlimen DAP !!

Hinanya Hadi Awang, Nik Aziz dan Ulama Politik Pas..bagaimana Ahli Pas nak berhadapan dengan Allah swt bila mati kelak..

Perlu diingat Parti Gerakan tolak HUDUD kita tak hairan sebab mereka KAFIR dan tidak akan faham atau mengambil masa yang lama untuk faham, Dyana?.beza tu..

Kita sama-sama tengok hari Penamaan Calon nanti..siapa iring Dyana Sofea dan apakah Dyana akan bertudung labuh bersama Muslimah Pas atau dengan rambut karat sesuai sebagai Pemimpin Wanita DAP yang lain..wahhh kalau Isteri PM, Pemimpin Pas lanyak cukup-cukup..

Pernahkah mereka pikir nak julang Pemimpin Wanita Islam berambut karat ini ??

Sebegitu berani Pemimpin Pas bermain dengan HUKUM ALLAH...nauzubillah..

Kata Ulama, kiranya bertembung dengan dua perkara yang MUDARAT, maka tolaklah perkara yang PALING MUDARAT..dalam konteks ini, Dyana lebih memudaratkan PAS !!

Satu UNDI kepada yang menentang Hukum Islam..setapak ke neraka ?

Sumber:

18/5/2014 (PEMIMPIN MCA PULA KELUAR PARTI) Timbalan Ketua Pemuda MCA keluar parti

Posted: 17 May 2014 06:04 PM PDT


BANDARAYA MELAKA - Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pusat MCA merupakan faktor utama yang mendorong Timbalan Ketua Pemuda MCA Kota Melaka, Dr Yee Kok Wah, keluar parti.

Menurut Kok Wah, beliau kecewa dengan kepimpinan parti itu yang didakwa 'banyak membuang masa' selepas PRU13 tahun lalu.

Katanya, beliau sudah pun menghantar surat peletakan jawatan dari semua jawatan parti serta keahlian dalam parti ke ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

"Dengan ini, saya boleh mengesahkan bahawa saya telah menarik diri sebagai ahli MCA kerana saya telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan presiden parti (Datuk Seri Liow Tiong Lai).

"Saya berharap tindakan saya melepaskan jawatan dan keahlian ini akan menyebabkan kepimpinan parti lebih serius dalam usaha mentransformasikan MCA," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin dalam laman media sosial Facebook, di mana beliau ada mengumumkan mahu meninggalkan parti berkenaan.

Beliau memuat naik status yang berbunyi 'Thank you MCA for giving me a chance to learn..the experience I gained, I will never forget..the ppl that I'm going to miss much r those good comrades and my supporters.. I'm quitting n wish u all the best' dalam laman sosial itu.

Sebelum ini, Kok Wah, 36, pernah disebut sebagai barisan kepimpinan masa depan MCA negeri berikutan sokongan generasi muda kepada beliau.

Pada PRU13, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Melaka bagaimanapun, tewas kepada Sim Tong Him (DAP) dengan majoriti 20,746 undi.

Mengenai keputusannya untuk keluar parti, Kok Wah berkata, ia merupakan keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Katanya, beliau akan terus menyokong BN walaupun bukan lagi di dalam MCA.

"MCA adalah sebuah parti yang baik. Cuma sayang kepimpinan parti mengecewakan saya. Ini satu tindakan amat berat untuk saya lakukan. Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan penuh kepada klinik serta keluarga saya," katanya.

PRK Teluk Intan: Raja Bomoh 'Restu' Calon BN

Posted: 17 May 2014 11:27 AM PDT



TELUK INTAN: Bomoh sensasi, Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia dilihat hadir pada majlis pengenalan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sini, Sabtu.

Menurut Ibrahim, kehadirannya di majlis berkenaan ialah untuk memberi 'restu' kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang dipilih sebagai mewakili BN pada pilihan raya itu nanti.

Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh.

"Saya boleh buat sesuatu untuk pastikan Mah menang...jika diperlukan.

"Saya fikir beliau ada peluang untuk menang," kata Ibrahim sambil memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak menerima undangan daripada sesiapa ke majlis berkenaan.

Tan Keng Liang bersama Ibrahim Mat Zin di majlis pengenalan calon BN di Teluk Intan.


Mah, 53, berhadapan dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, pada PRK yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Penyelaras Ketua Gerakan Teluk Intan, Choo Weng Kee menegaskan bahawa BN tidak menjemput Ibrahim ke majlis itu.

"Kami tidak nampak beliau tak tak tahu kehadirannya di sini," katanya.

Sementara itu sekeping gambar Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang dirakamkan pada majlis itu turut dikongsi secara meluas di laman sosial termasuk Twitter.

Tan kemudiannya membalas komen terhadap gambar berkenaan dengan berkata: "Tak perlu orang DAP cuba main isu saya ambil gambar dgn Bomoh Melayu. Sesiapa pun boleh ambil gambar dengan saya tak kira kaum, agama dan pekerjaan." -MStar

HALAL HARAM Mengikut ajaran PAS

Posted: 17 May 2014 10:41 AM PDT


Tidak kedengaran teguran oleh ustaz Pas terhadap calon PRK Teluk Intan, tidak seperti mana cemuhan dan penghinaan terhadap Rosmah yang tidak bertudung.
Hukum halal haram terpilih? Adakah akan jadi halal bila puak kita atau Pas telah menjadi syaitan bisu?

Dalam kitab Ar-Risalah al-Qusyairiyyah disebutkan, "Yang tidak meyuarakan kebenaran adalah syaitan bisu." (Lihat hlm 62 bab as-shumti). Ungkapan ini bukan hadis, tapi dikutip oleh banyak ulama dalam fatwa dan kitab-kitab mereka. Ibnu Taimiyah menyebutkannya dalam Majmu 'fatawa. Ibnu al-Qayyim juga menukilnya. Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim juga mengutipnya dari Abi al-Qasim al-Qusyairy yang meriwayatkan dari Abu 'Ali Ad-Daqqaq an-Naisaburi as-Syafie. Kemungkinan besar Abu Ali Ad-Daqqaq inilah yang pertama mengutip ungkapan di atas. Walaupun bukan hadis, isi dan jiwa kalimat tersebut selaras dengan Surah Ali Imran ayat 104, at-Taubah: 71, dan lain-lain. Juga seirama dengan makna banyak hadis amar makruf dan nahi mungkar.



Wanita Tanpa Pengenalan Diri Ditemui Bersolat Atas Jejambat

Posted: 17 May 2014 07:53 AM PDT


[AA] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.

Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -17/5/14
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...