CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(MANA TELUR USTAZ PAS) Dyana ikrar tentang usul laksana hudud

Posted: 18 May 2014 08:48 PM PDT


Ayat Al-Quran dan Hadith mana pula yang akan diputar belit oleh puak-puak PR demi menghalalkan sokongan mereka terhadap Dyana Sofya.

DAP pernah menyatakan, tidak akan ada hudud  selagi ada DAP.

Hari ini, juak-juak PAS dengan muka tebal dan bertopengkan pembohongan bersama-sama berarak mengangkatkan calon Dyana yang tidak menutup aurat dan secara nyata memilih untuk tidak mengundi Rang Undang-undang Hudud yang bakal di bawa oleh PAS di Dewan Rakyat.

Balaci celaka jenis apa lagi PAS ini. Tidak ada otak dan perasaan malu diperbodohkan oleh DAP yang nyata menentang negara Islam.

Sungguh malu untuk mengaku PAS itu pejuang Islam jika diperlakukan sebagai balaci pencacai angkat najis.


Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berikrak untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan.

Katanya, beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Teluk Intan.

Peguam muda itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.

"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga berkata penentangan ke atas pelaksanaan hudud dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan membuatkan beliau "kurang Islam".

Namun, beliau percaya bahawa hudud bukanlah satu isu yang akan menjadi tumpuan utama pilihan raya kecil kali ini.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia.

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi satu isu. Malah GERAKAN juga tidak menyokong hudud," katanya.

( GAMBAR) Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Teluk Intan, Ustaz Pas Bakal Hilang Kopiah, Fatwa Baru Bakal Muncul

Posted: 18 May 2014 06:39 PM PDT



Ustaz Pas sudah mampu berhimpitan dengan gadis-gadis. Mampu hidup seiringan. Tiada lagi hadith tutup aurat disebut-sebut, tiada lagi menjadi kafir bila muslim mengundi menolak hudud. Cepatnya fatwa berubah mengikut parti dan undi. Tunggu sahaja bala dari Allah



Ramkarpal HENTAM Malaysiakini "I'm in not hurry to get married"

Posted: 18 May 2014 05:05 PM PDT


GAMBAR WANITA BOGEL BERKELIARAN DI JALAN KUNAK-TAWAU UNDANG TANDA TANYA

Posted: 18 May 2014 07:25 AM PDT


Seorang wanita yang keadaan bogel berlegar-legar di tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau, Sabah sekitar tengah hari tadi. Beberapa keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui setakat ni dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa.






Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera

Posted: 18 May 2014 05:54 AM PDT


SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

"...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

"Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu," lapor portal itu.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

"Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

"Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat," dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...