CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO][BONEKA KAFIR] Dyana enggan ulas lanjut isu hudud

Posted: 20 May 2014 05:20 AM PDT


TELUK INTAN - Selepas menyatakan pendiriannya tentang isu hukum hudud baru-baru ini, calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud hari ini cuba mengelak daripada mengulas lanjut isu itu.

Sebanyak lima kali soalan berhubung hudud dikemukakan oleh pemberita kepadanya dalam sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

Dan setiap kali soalan itu diajukan, Dyana Sofya memberi jawapan hampir sama iaitu: "Saya tidak ada apa-apa lagi untuk ditambah."

Sebuah portal berita melaporkan Dyana Sofya berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Peguam muda itu dilaporkan berkata beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Parlimen Teluk Intan.

Portal berita itu melaporkan Dyana Sofya bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau  tidak menentang hudud, namun pelaksanaannya di Malaysia  tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.

Kepada satu soalan adakah beliau tersinggung dengan kenyataan Pas yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan yang mahu beliau mendalami isu hudud, Dyana Sofya hanya menjawab: "Tidak."

Portal berita New Straits Times hari ini melaporkan pemangku timbalan ketua Majlis Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata "adalah tidak wajar bagi seorang Islam untuk menolak hudud kerana ia akan menyebabkan pegangan agamanya dipersoalkan."
Walaupun dapat difahami bahawa calon DAP, Dyana Sofya adalah betul dari segi politik untuk "mententeramkan" pucuk pimpinannya, beliau sepatutnya mendalami isu hudud.

Soalan dikemukakan kepada setiausaha politik penasihat DAP Lim Kit Siang itu turut dijawab oleh majikannya yang turut hadir dalam sidang media  itu.

"Saya fikir kami patut belajar lebih banyak lagi tentang semua perkara," kata Lim yang juga anggota Parlimen Gelang Patah.

Lim dilihat sentiasa membantu Dyana Sofya menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh pemberita terutama soalan tentang kenyataan dalam media sosial yang mendakwa beliau pengkhianat Melayu.    

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Bernama

GAMBAR, GEMPAR, Calon bebas 'dilanggar' kereta Guan Eng

Posted: 20 May 2014 01:22 AM PDT




Kejadian berlaku apabila Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang ingin berjumpa Lim Guang Eng di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini tetapi tidak diendahkan.

Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya dilanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.

Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu beliau memberitahu Malaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim.

Astro Cuai Terlepas Mesej Lucah dalam Oh My English

Posted: 19 May 2014 11:49 PM PDT


PETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan apabila pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.

Seorang ibu yang menghubungi mStar Online pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya  dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.

"Saya terkilan kerana  Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini," kata suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah.

Suri rumah dari Johor Baharu itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ (610) kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.

Mesej lucah berkenaan berkaitan alat sulit.

mStar Online turut menerima cetakan skrin mesej berkenaan sebagai bukti.

Dalam pada itu pihak Astro yang dihubungi mStar Online pada Selasa turut menyedari perkara itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi secepat mungkin.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.

(Strategi DAP Sebar Gambar Makan Tuan)Ibrahim Ali: Guna gambar saya & Dyana untuk tolak DAP

Posted: 19 May 2014 09:44 PM PDT


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai kempen menolak calon parti itu.

Ibrahim berkata strategi yang sama dilakukan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dengan tersebarnya sepanduk gambar pemimpin NGO itu bersama calon BN/MCA.

"Tujuannya (mencetuskan) provokasi bagi pengundi Cina (supaya) marah MCA/BN kerana bersama PERKASA. Kononnya PERKASA rasis dan anti-Cina.

"Macamlah DAP tidak rasis. Bila gambar Dyana, calon DAP bergambar dengan saya bersama ibunya Yammy, gambar ini benar.

"Logiknya pengundi Cina marah dan tidak akan undi calon DAP, kerana DAP ada hubungan dengan PERKASA," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Dyana Sofya Tuntut Hak Sama Rata, Hapuskan Polisi UiTM, KEKALKAN Sekolah Vernakular

Posted: 19 May 2014 07:30 PM PDT


Dalam satu sudut, saya lihat ia agak positif selain pandangannya untuk tidak menyokong hudud. Mungkin Warga PAS masih gagal menjelaskan hudud sebenar kepada anak ini. Hujjah beliau sebelum ini ialah untuk penyatuan kaum namun UITM bukan satu-satunya pemisah.

Mulakanlah dengan penghapusan sekolah vernakular (Sekolah Jenis) dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan hanya 1 bahasa iaitu bahasa pengantar kebangsaan. Semua universiti milik rakyat dan saya yakin universiti tidak pernah mendoktrinisasikan politik sekalipun gerakan itu ada.

Oohh...itu isu lapok. Dah selalu orang kata tapi sekadar macam lagu Dengang Perantau yang berkumandang setahun sekali masa nak raya.

Kesan dari polisi penjajahan "Pecah dan Perintah" menyebabkan jurang ekonomi yang terlampau antara kaum Cina dan Melayu. Selama ini memang usaha telah dilakukan untuk merapatkan jurang yang jauh ini sekiranya tidak dapat ditimbus, jika dirapatkan sedikit pun sudah baik.

Orang Cina ramai yang berkemampuan menghantar anak ke luar negara atau ke universiti-universiti swasta sementara MARA pada asalnya terlampau terbeban untuk menghantar anak Melayu ke luar negara dan tempat di universiti dalam negara juga terhad bilangannya.

Lalu MARA tubuhkan sebuah insitusi yang dinamakan ITM dan kemudian dinaiktaraf menjadi UITM. Misinya tetap sama bagi merapatkan jurang sosial antara orang Cina dan Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah dalam keadaan tidak seimbang.

Mungkin itu sudah lama berlalu. Jika wajar dibuka UITM kepada semua rakyat untuk menyatupadukan Malaysia berbilang kaum, mari kita mulakannya dari akarnya lagi. Melayu juga mahu belajar dari Cina bagaimana anak-anak Cina pandai-pandai semuanya di Sekolah Cina. Bukakan sahaja sempadan itu biar kita semua menyatu dalam satu sistem pendidikan yang sama.

Di negara mana lagi yang anda lihat sistem pendidikan sekolah vernakular dijalankan?

Mungkin Malaysia sangat bertoleransi untuk memberi faedah kepada semua kaum untuk mempunyai sekolah mereka sendiri. Rupanya, jarak antara kaum ini semakin renggang dengan dengan persekolahan berbeza bahasa pengantar begini.

Dulu semasa saya bersekolah tadika 1 aliran di estet sawit, semuanya tiada beza. Cina Melayu India semua sama berkawan baik. Selepas sudah memasuki sekolah-sekolah berlainan, kami terdidik tentang pemisahan KAUM.

Memang UITM bukan milik UMNO tetapi ia salah satu instrumen yang membuatkan pelajar-pelajar bumiputra mendapat tempat di IPT.

Keadilan bukan semestinya mendapat sama rata, tetapi berdiri sama tinggi. Kerana asalnya, penjajah tinggalkan kita semua tidak sama tinggi.

SEBUAH NEGARA BUKAN 1 PERLUMBAAN TETAPI SATU SINERGI. Ia satu pendakian besar yang kita lihat orang Cina telah penjajah tinggalkan mendahului jauh di atas. Jika mahu dibantu samarata, pastinya jarak tidak akan dapat dirapatkan.

Jika benar ada rasa setiakawan, mengapa kerajaan yang berusaha untuk merapatkan jurang, bukankah yang sudah jauh itu wajar menghulur tangan ke bawah menarik rakan-rakannya naik ke atas bersama-sama?

Kerana itu tidak berlaku, MARA cuba lakukannya. Boleh sahaja hentikan usaha itu jika kaum mendahului sanggup menoleh dan menghulur tangan untuk kita sama-sama ke atas.

Sekalipun "kaum" diterjemah sebagai "Race" dalam bahasa penjajah NAMUN jika kita terjemah semula "Race" kepada bahasa Melayu ia bukan PERLUMBAAN. Ia satu KERJASAMA.

Sepatutnya begitulah.

SAIFUL NANG

Rahsia Rancangan DAP Kuasai Malaysia Didedahkan

Posted: 19 May 2014 05:36 PM PDT


(KAFIR MUSUH SEBENAR) Sukarkah hendak Faham Wahai PAS

Posted: 19 May 2014 05:36 PM PDT


KETIKA menaiki pesawat Isnin lalu terbaca berita, ultra kiasu bukan sahaja mahu Pas tangguhkan hudud, tetapi mansuhkan terus. Penegasan ultra kiasu sejak dahulu lagi. Apakah kita tidak faham kenyataan ini?

Ini bukan soal hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dicanangkan ultra kiasu dan disokong oleh Pas? Ini soal, ultra kiasu secara terang, menentang secara total hudud dan tidak mahu langsung ia dibentangkan atau dilaksanakan. Naif sangat kita kalau masih tidak faham.

Masihkah lagi Pas mahu bersangka baik dengan mengatakan, ultra kiasu lebih baik daripada MCA dan parti komponen BN lain yang menentang hudud? Pada saya, semua mereka yang menentang sama sahaja. Tinggal dalam negara majoriti Islam, tetapi menentang

Saya amat hairan kenapa mereka begitu benci dengan Islam. Berikan saya contoh, pernahkah negara Islam menganiaya bukan Islam, berbanding negara bukan Islam menganiaya orang Islam? Rata-rata kita lihat umat Islam kerap menjadi mangsa di negara bukan Islam.

Islam sama sekali tidak membenarkan kita menganiayai orang bukan Islam. Inilah keindahan Islam. Hak-hak bukan Islam mesti diberikan, seperti hak untuk hidup, mencari rezeki, beribadah dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa mereka begitu kuat menentang hukum Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka langsung. Kenapa begitu benci dengan Islam, tetapi pada masa sama mengaut keuntungan daripada orang Islam?


Saya cuba bersangka baik dengan andaian, bahawa penerangan Islam masih belum sampai kepada mereka. Tetapi tindak-tanduk yang begitu agresif menjadikan saya sukar untuk berbaik sangka. Melainkan terpaksa mengatakan bahawa mereka adalah musuh yang sebenar.

Justeru, tidak perlu terlalu berhikmah lagi. Bincang sesama kita, umat Islam, bila dapat persetujuan, laksanakan sahaja.

Lagipun, perlaksanaan ini bukan untuk satu Malaysia, tetapi negeri Kelantan sahaja. Kelantan adalah negeri hampir seratus peratus umat Islam berada di sana. Takkan mereka langsung tidak ada hak. Rakyat telah pilih Pas. Hormati keputusan itu, jika hudud itu adalah pilihannya. Berjaya atau tidak! Kita tunggu dan lihat.

Saya amat yakin, sekalipun hudud gagal dilaksanakan di Kelantan, tidaklah sampai semua rakyat negeri Kelantan kudung tangannya. Undang-undang Islam bukan soal hudud semata-mata, tetapi ada Qisas, takzir, diyat dan lain-lain berkaitan.

Perundangan Islam hendaklah dilihat secara pakej, bukan dicabut satu-satu seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu. Sebab itu, hanya pakar sahaja yang dapat memahami sedalam-dalam. Mereka yang bukan pakar, bertanya dan berdiskusilah dengan pakar.

Saya fikir itulah juga tujuan seminar yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini, mengenai penggunaan kalimah ALLAH dan Kristologi. Perbincangan dibuat secara akademik. Mengambil kira pandangan pakar.

Tetapi, lihatlah bagaimana mereka begitu menyerang UiTM. Sedangkan semua tahu, seminar ini adalah tindak balas kepada proses Kristianisasi yang sengaja dilakukan. UiTM begitu bersikap telus daripada ultra kiasu yang baling batu sembunyi tangan.

Kecaman yang dilakukan tidaklah sedahsyat ucapan paderi dalam sebuah gereja yang pernah saya dedahkan beberapa bulan lalu.

Sayangnya umat Islam tidak pergi ke gereja melihat bagaimana mereka mengecam umat Islam. Kita dituduh akan melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap Kristian, dengan mengambil contoh 'kezaliman orang Melayu melakukan pembersihan etnik Cina pada zaman kependudukan Jepun 1942-1945'. Fakta ini jauh meleset.

Kenapa laporan polis tidak dibuat? Kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di gereja. Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan.

Bulan lalu rakan Kristian saya mendakwa beliau mendapat aduan daripada ibu bapa sebuah sekolah bagaimana orang Kristian menyebarkan Kristian di sekolah tersebut.

Saya memohon kepada guru-guru di seluruh sekolah agar memantau pelajar-pelajar Islam yang telah terpengaruh dengan ajaran ini. Bukan kita takut untuk diKristiankan. Tetapi undang-undang tidak membenarkan mereka melakukan sedemikian. Kenapa hari ini undang-undang terus dilanggar dan kehendak serta hak kita ditentang?

Kerana ultra kiasu tahu, kita tidak mampu untuk bertindak, kerana takut kehilangan kuasa. - Ridhuan Tee Abdullah

( BAJU KEDUT) Ram Karpal ditegur di laman sosial, "sure cincai wif kawasan also"

Posted: 19 May 2014 04:22 AM PDT


Imej tidak terurus yang ditampilkan oleh calon DAP Ramkarpal Singh ketika kempen di Prk Bukit Gelugor menjadi tumpuan dalam laman sosial Twitter.

Kalau diri sendiri tak terurus, bagaimana ingin menguruskan rakyat.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...