CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Akibat 'Prank', Syarifah Shahira BERDARAH KEPALA

Posted: 20 May 2014 11:58 PM PDT


AKIBAT terkejut dengan 'prank' yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di belakang kepalanya.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu 'prank' berkenaan dirancang bagi sebuah program 'game show'.

"Ketika itu waktu maghrib dan saya baru pulang dari tempat kerja menuju ke kereta. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelibat seperti hantu keluar dari bonet kereta.

"Saya terkejut dan terus berlari tapi nasib tak baik kerana terlanggar kereta lalu terjatuh terlentang. Saya bukannya takut hantu, tapi saya terkejut sebab kejadian itu berlaku di kawasan sunyi mana tahu kalau-kalau itu adalah orang gila.

"Selepas jatuh saya rasa 'blur' sekejap dan dapati kepala saya berdarah tapi tak serius," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, selepas kejadian itu berlaku dia terus mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan KPJ Tawakkal.

"Walaupun berdarah, tapi doktor tak jahit luka itu. Dia cuma balut dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri.

"Saya pun dah jalani pemeriksaan X-ray, dan doktor beritahu setakat ini tiada apa-apa yang serius. Cuma kalau keadaan masih tidak berubah (masih terus berdarah), doktor suruh saya datang semula ke hospital," katanya yang telah diberikan cuti rehat selama lima hari.

Kejadian ini adalah pertama kali berlaku kepada dirinya dan Shahira berkata, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap produksi tersebut.

Bagaimanapun atas nasihat suaminya, Ijoy, dia tidak akan menyertai program seumpama itu.

(Muslim Selalu Ditipu) KISAH ORANG ISLAM YANG DIPERGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM UNTUK MEMPERTIKAIKAN HUKUM ISLAM

Posted: 20 May 2014 06:04 PM PDT


Nampak gayanya tak habis-habis orang Islam di negara kita ini membiarkan diri mereka dipergunakan oleh orang bukan Islam untuk mempertikaikan hukum Islam.

Dalam DAP lihat sahajalah apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Raub, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, sehingga sanggup mempertikaikan hukum Islam dalam tulisannya.

Terbaru, Dyana Sofia, anak gadis Islam pula merelakan dirinya dipergunakan oleh DAP untuk melindungi penentangan DAP terhadap hukum Islam. Bila sudah berjaya menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan nanti kita lihat sajalah dia mengaum menentang hukum Islam.

Dalam MCA pun sama juga. Sudahlah anjurkan forum bagi mempertikaikan hudud, jemput pula peguam Islam bernama Azahar Harun (Art Harun) bagi mempertikaikan hudud sama. Yang peguam Islam ini pula bodoh, merelakan saja dirinya dipergunakan oleh MCA.


Turut bodoh kerana merelakan saja dirinya dipergunakan oleh MCA bagi mempertikaikan hudud adalah wartawan Sunday Sar, akhbar milik MCA, bernama Shahanaaz Habib. Sanggup pergi ke Acheh bersama bukan muhrim semata-mata untuk mengorek cerita negatif tentang perlaksanaan hudud di sana. Hasilnya, dapatlah MCA dua muka penuh cerita negatif tentang hudud yang ditulis oleh orang Islam dalam Sunday Star hari ini (When rape victim faces whipping, muka 23 dan 25, dan Langsa stands out for its public caning sentences, muka 25).

Lagi bodoh adalah bekas Menteri Undang-Undang beragama Islam bernama Datuk Zaid Ibrahim kerana merelakan saja dirinya dipergunakan oleh MCA bagi mempertikaikan hudud. Hasilnya, dapatlah MCA semuka penuh cerita negatif tentang hudud yang ditulis oleh orang Islam dalam Sunday Star hari ini (An open letter on PAS' hudud, muka 29).

Itu belum masuk Datin Paduka Marina Mahathir, Zainah Anwar dan lain-lain lagi.

Entah bilalah agaknya umat Islam akan insaf.

Sumber: FB Daulatkan Islam Agama Negara

[HUKUM TIDAK SOKONG HUDUD BERBEZA] Tersungkur di Pintu Syurga

Posted: 20 May 2014 08:55 AM PDT

SUATU KETIKA DAHULU (UMNO KAFIR)




SUATU KETIKA DAHULU (SEMBELIHAN UMNO BANGKAI TIDAK BOLEH MAKAN, SOLAT IMAM UMNO TIDAK SAH SOLAT DUA IMAM, SUAMI ISTERI BERCERAI KERANA PERKAHWINAN TIDAK SAH - ZINA, ANAK KAFIRKAN AYAH)




SEKARANG SUDAH BERUBAH ( ITU HAK SESEORANG UNTUK TOLAK HUDUD)





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...