CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(DAP KATA UMNO CELAKA) Bantahan MEREBAK, dari P.Pinang ke KL, Hari Ini di KUANTAN

Posted: 23 May 2014 02:20 AM PDT


Adakah Melayu itu rasis jika selama ini kaum Cina boleh hidup aman tidak diganggu dan boleh berniaga sehingga menjadi kaya-raya?

Bangsa Cina pendatang kaya-raya pun Melayu tidak peduli dan dengki.

Tetapi, penentangan Melayu hari ini adalah kerana mereka berasa terancam dan mulai sedar terhadap politik jahat DAP untuk menguasai politik Malaysia selepas menguasai ekonomi Malaysia sehingga mahu menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu secara perlahan-lahan.

[PINDA AJARAN IKUT PILIHANRAYA] PAS BERTUNGKUS-LUMUS buat Pindaan

Posted: 23 May 2014 01:05 AM PDT




Suatu masa dahulu UMNO dituduh oleh PAS tidak melaksanakan hukum Islam dalam pentadbiran negara, tetapi adakah mereka sedar kenapa UMNO tidak dapat melaksanakan hukum hudud misalnya?

Sepatutnya PAS belajar daripada UMNO bahawa parti orang Islam tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud jika mereka berpakat dengan parti orang bukan Islam sebagaimana UMNO berpakat dengan MCA dan MIC.

Kenapa PAS tidak mengambil pelajaran dari hal ini, sedangkan mereka sendiri sudah mulai sedar pendirian DAP dalam soal ini?



Sekiranya PAS juga boleh berubah kerana faktor pertukaran pemimpin yang menerajuinya, misalnya daripada sebuah parti yang mengharamkan bergabung dengan parti bukan Islam sehingga PAS sendiri melakukan perkara yang sama, aku fikir kita juga tidak boleh terus menyalahkan apa-apa kesilapan atau kesalahan yang pernah dilakukan oleh pemimpin UMNO terdahulu ke atas bahu pemimpin UMNO hari ini kerana setiap pemimpin, walaupun memimpin parti yang sama, tidaklah harus menanggung kesilapan orang lain.

PAS boleh bersatu dengan DAP atas dasar perjuangan keduniaan (rasuah, penyelewengan, pembaziran duit rakyat dan sebagainya), tetapi kenapa PAS dan UMNO tidak boleh bersatu dalam perjuangan agama mereka sendiri?

Soalan ini perlu dijawab, kerana tidak mungkin kerjasama dengan orang bukan Islam akan berjaya menegakkan negara Islam, melainkan negara sekular.

Apabila UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS berkata mereka tidak mahu dan tidak akan digigit pada tempat yang sama.

Ia mungkin alasan yang benar.

Tetapi, adakah mereka tidak sedar bahawa mereka sekarang bakal digigit di tempat yang sama oleh ular yang berlainan, iaitu DAP?

DAP dan MCA boleh sepakat menolak hudud, kenapa PAS dan UMNO tidak boleh sepakat menerima hudud, dan yang lagi pelik, dalam kalangan PAS sendiri pun ada yang sepakat dengan DAP dan MAC menolak hudud...



Aku fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan pemimpin-pemimpin PAS dalam soal ini.. Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya?

Aku terbaca tulisan ulama PAS yang bermaksud, "mungkin Dyana itu muslim yang fasik dan calon Gerakan pula sudah pasti kafir", dan kata mereka lagi, "hakikatnya adalah lebih baik memilih calon orang Islam yang fasik daripada memilih calon orang kafir."

Aku setuju dengan pandangan ini..

Tetapi, kenapa PAS sendiri bekerjasama dengan DAP yang kafir daripada bekerjasama dengan UMNO yang dikatakannya fasik?

Aku fikir ulama PAS suka mengubah pendirian untuk menyesuaikan dengan kepentingan politik mereka.. 

Kepentingan politik lebih besar daripada kepentingan agama bagi mereka.


Satu Sudut Pandangan



Apabila DAP menghina Islam, orang Melayu PAS bergaduh dengan orang Melayu UMNO, dan apabila MCA menghina Islam, orang Melayu bergaduh lagi sesama Melayu.

Kerana itu orang bukan Islam makin sombong dan berani menentang Islam... Mereka tahu mereka akan dibela oleh orang Islam sendiri atas alasan kepentingan kepartian..

Yang hancur adalah perpaduan sesama Islam..


Semakin kuat mereka bersuara menentang Islam, semakin hancur perpaduan Melayu..

Sampai bila orang Melayu akan terus diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang gila kuasa, dan sampai bila orang Melayu hanya jadi alat orang bukan Islam hanya kerana kepentingan kerjasama kepartian yang mereka sokong ini?

["BERSIH" CELAKA DIAM] BANTAHAN TERBUKA Pemilihan PKR

Posted: 22 May 2014 04:24 PM PDT


TERKINI ~ ANWAR PENING Kepala - 2000 ORG HADIR BANTAH BLACKOUT JPP PKR???Dulu bukan main hebat lagi mengata pada SPR..Sekarang ni kan dah kena batang hidung sendiri..
Berani ke Anwar ambil tindakan keatas orang-orang ni?? Sama-sama kita nantikan apa kesudahan drama ini..- 
FB  Hos Getah 







( Gambar)(ADUN DAP P.PINANG KATA UMNO CELAKA) Bantahan MEREBAK ke Kuala Lumpur

Posted: 22 May 2014 10:31 AM PDT


Ahli Pemuda Umno memberi amaran keras kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur jika wakil rakyatnya membuat lagi kenyataan yang menghina parti mereka.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii
memberi amaran kepada DAP bahawa penghinaan seterusnya akan mengundang padah.

"Ingat, sekali lagi kami dengar anda hina parti (kami), kami akan bakar bangunan ini."

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN  Rayer "anak haram" dan "tolol".

Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Memorandum itu antaranya mendesak DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Rayer dan jika tidak, ia menggambarkan DAP bersetuju dan bersekongkol dengan kenyataannya itu.

Ia juga, memetik memorandum itu, bermaksud DAP sebuah parti yang mengamalkan amalan rasis dan cauvanis.

Selepas berunding dengan pihak polis, mereka dibenarkan untuk menghantar beberapa wakil , termasuk Razlan, untuk menyerahkan memorandum itu.

Beliau disambut MP Serdang, Ong Kian Ming dan ketua pentadbir
ibupejbat DAP, Chu Yoon Ming.

Bagaimanapun, perbincangan mereka tidak berjalan dengan baik. Razlan bertindak mengoyakkan memorandum itu dan melemparnya kepada Kian Ming (gambar di bawah) dan keluar dari situ.

Apabila hujan mula turun, kumpulan itu berkumpul bawah jambatan di sebelah ibu pejabat DAP dan beredar dari situ bila hujan reda.

(ANAK ADA KERETA MEWAH) Ketua Polis Sabah Jawab Tuduhan MyWatch, "Sanjeevan cari publisiti murahan"

Posted: 22 May 2014 06:04 AM PDT


Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata aktivis pemantau jenayah R Sri Sanjeevan cuba meraih publisiti murahan dengan menimbulkan dakwaan berhubung anaknya.

Hamza menjelaskan, mendakwa anaknya, Mohammad Azhan, 30, menjalankan satu perniagaan sejak beberapa tahun di Kuala Lumpur dan bukannya tidak berpekerjaan seperti didakwa.

Sanjeevan yang mengetuai NGO MyWatch dalam satu sidang media hari ini mendakwa Azhan memiliki dua kereta mewah dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta.

Sanjeevan mendakwa transaksi akaun bank Azhan melibatkan jumlah RM500,000 sejak enam bulan lalu sehingga April.

Hamza juga berkata, anaknya itu juga berminat dengan kenderaan tersebut.

"Anak muda meraih pendapatan dan membeli kereta. Saya tidak tahulah jika kereta dua pintu dikira sebagai kereta mewah," katanya seperti dipetik dalam laporan Sin Chew Online.

Katanya, beliau juga bimbang jika anaknya, seorang lulusan undang-undang  dan menantunya tidak mampu menampung ansuran kereta tersebut.

Katanya, pasangan itu bagaimanapun tidak perlu bimbang mengenai pinjaman perumahan kerana mereka tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...