CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(COKLAT CADBURY BABI) Cadbury tarik balik dua produk positif DNA babi

Posted: 24 May 2014 03:36 AM PDT


SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.

(KHINZIR DALAM CADBURY) Pengesanan KKM DNA Porcine (khinzir) dalam coklat berjenama

Posted: 23 May 2014 11:02 PM PDT



Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.
Di dalam media sosial itu memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. 
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk
melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada
penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan
dengannya. 
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor
kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan
nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd beri jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada
label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan
kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
Perhubungan Awam
Unit komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
TEL : 03-8883 2782
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my

* Kenyataan KKM ini disediakan Bernama

( DAP KATA UMNO CELAKA) Jika saya masih Pemuda, harus kami bakar bangunan DAP, kata Veteran Umno

Posted: 23 May 2014 06:34 AM PDT


Veteran Umno hari ini menyokong tindakan sayap pemuda parti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bantahan di Ibu Pejabat DAP.
Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub berkata, jika beliau masih berada dalam sayap Pemuda, bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat parti tersebut benar-benar akan dibakar. 
‎Jika orang kata rasis, kita duduk senyap, orang hina Melayu dan raja kita senyap, sebab itulah mereka berani kata macam-macam kepada kita," katanya kepada The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah kepada veteran Umno di Kampung Bahagia di Teluk Intan hari ini.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata pihaknya bersedia menanggung kerugian yang ditanggung DAP akibat tindakan ganas Pemuda Umno Wilayah Persekutuan semalam.
Katanya, satu permohonan maaf secara peribadi dikemukakan kepada Dr Ong Kian Ming, bagaimanapun ahli parlimen Serdang itu enggan menerimanya, lapor portal berita.
Mustapha tidak bersetuju jika apa yang dilakukan pemuda Umno itu disifatkan sebagai mencetuskan huru-hara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang memulakannya.
Katanya, apa yang dikatakan Rayer sangat kurang ajar dan tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
"Pemuda Umno berhak menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer yang melabelkan 'Umno celaka'. Ini satu perkataan sangat kurang ajar yang dilahirkan oleh seorang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu.
"Tindakan pemuda Umno di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang adalah tepat untuk menyatakan kita tidak lagi boleh berdiam diri atau berkompromi terlalu banyak dalam isu menyentuh bangsa dan agama," katanya.
Beliau berkata kemarahan yang ditunjukkan Pemuda Umno sememangnya wajar kerana Rayer tidak akan sekali-kali memohon maaf.
Katanya, Umno tidak boleh dipersalahkan 100% kerana pihak pembangkang juga sebelum ini kerap mengadakan perhimpunan yang mencetuskan kekecohan.
"‎Saya tidak fikir ini perbuatan melampau kerana pembangkang buat Bersih 1, 2, 3 dan Bantah GST dengan jumlah yang lebih ramai. Itu lagi melampau. Kita Melayu berhak tunjukkan kita ada maruah dengan cara begitu.
"Tak cukup dengan permohonan maaf. Puak begini mana reti mintak maaf. Kita kena tunjuk dalam bentuk tindakan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...