CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


( COKLAT BABI) Jenama Frey, Whittaker's, Hershey's, Mars JUGA POSITIF MENGANDUNGI PORCINE DNA

Posted: 24 May 2014 09:17 AM PDT


 Hari ini tersebar dilaman sosial dan whatsapp beberapa jenama coklat yang lain selain Cadbury yang dikesan mengandungi DNA Khinzir.

Walau bagaimanapun, sumber ini belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesemua jenama coklat tersebut dinyatakan tidak mempunyai logo halal.




(TOKOH POLITIK GOMBAK) Ahli politik Gombak ditangkap ketika cuba minta rasuah

Posted: 24 May 2014 06:47 AM PDT


24 Mei 2014, KUALA LUMPUR - Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam.

Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.

 "Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."

 "Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit.

- SH

(COKLAT CADBURY BABI) Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik oleh Jakim

Posted: 24 May 2014 04:36 AM PDT



SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...