CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(GANAS) Anggota Polis MAUT Dirempuh PENJENAYAH

Posted: 26 May 2014 02:38 AM PDT


Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.



(SENATOR BARU) Asyraf Wajdi dan Dr. Sim Kui Hian angkat sumpah jawatan senator

Posted: 25 May 2014 11:01 PM PDT


26/05/2014 1:21pm

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Prof. Dr. Sim Kui Hian hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Asyraf Wajdi, 38, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran (Kewangan dan Perbankan Islam) Universiti Loughborough, United Kingdom.
Selain bertindak sebagai penyelaras akademik di Institut Perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2006, Asyraf Wajdi juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah di Affin Islamic Bank hingga kini.
Ketika ditemui pemberita, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata beliau akan memfokuskan isu berkaitan golongan muda dalam persidangan dewan.
"Apa sahaja isu yang menjadi tumpuan oleh golongan muda akan saya beri perhatian selain isu halal dan kewangan Islam," katanya.
Sementara itu, Dr. Sim, 49, pula adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak dan pernah memegang beberapa jawatan dalam bidang kesihatan termasuk menjadi presiden Persatuan Jantung Kebangsaan pada 2008 dan pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (Sarawak) pada 2007.
Berkelulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan MBBS daripada Universiti Monash, Australia, Dr. Sim berkata, beliau akan turut memberi fokus kepada golongan muda terutama dari Sarawak.
Dalam pada itu, Abu Zahar turut mengingatkan supaya kedua-dua mereka memberi fokus kepada budaya kerja cemerlang dan mentaliti kelas pertama.
Beliau turut berharap anggota Dewan Negara sebagai golongan profesional, dapat mengemukakan hujah tanpa rasa takut atau malu, dan komited demi kepentingan bangsa,agama dan negara.

Taib Mahmud terima gelaran Tun

Posted: 25 May 2014 08:55 PM PDT


KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M)yang membawa gelaran Tun.
   
Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.
   
Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.
   
Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari lalu.
   
Beliau memegang jawatan tersebut selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.
   
Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
   
Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
   
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan. - Bernama

KAFIR PENENTANG ISLAM DAP Menang PRK Bukit Gelugor dengan Majoriti 37,659 undi, 3 calon Hilang Deposit

Posted: 25 May 2014 07:13 AM PDT



GEORGETOWN - Tiga calon yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor hilang deposit setelah gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira malam ini.

Mengikut kiraan, undi minimum yang perlu diperolehi calon untuk mengekalkan deposit ialah 5,762 undi.

Calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang dikatakan mampu memberi saingan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh Deo hanya mendapat 3,583 undi.

Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yang menggunakan simbol bunga raya memperolehi 799  undi manakala Abu Backer Sidek Mohammad Zan dengan simbol kuda mendapat 225 undi.

Seperti dijangkakan, DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor apabila Ramkarpal yang dicalonkan bagi mempertahankan kerusi disandang bapanya, Karpal Singh memperolehi 41,242 undi dengan mencatatkan majoriti sebanyak 37,659 undi.   

Jumlah yang keluar mengundi ialah 56 peratus atau 46,099  pengundi berbanding pada PRU13 yang merekodkan 86.3 peratus atau 70,683  pengundi.  

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Bukit Gelugor, Kapt (B) Anuar Yahya di pusat penjumlahan undi, Dewan Sri Pinang, pada jam 9 malam.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hadir sama ibunya, Gurmit Kaur dan kedua-dua abangnya, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong selepas Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP, maut dalam nahas jalan raya berhampiran Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Mendiang mewakili kerusi itu sejak tahun 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada PRU13 dengan memperolehi 55,839 undi berbanding calon dari MCA yang mewakli BN, Teh Beng Yeam mendapat 14,061 undi.

Karpal menang majoriti 41,778 undi untuk parlimen Bukit Gelugor yang mempunyai tiga Dun iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima membabitkan 82,431 pengundi.

Ini adalah PRK pertama bagi kerusi parlimen selepas PRU13 manakala empat PRK sebelum ini membabitkan kerusi Dun iaitu Kuala Besut, Terengganu dan Balingian, Sarawak dimenangi BN manakala Sungai Limau, Kedah (Pas) dan Kajang, Selangor (PKR).

(CINA + KAFIR = DAP + MCA + GERAKAN + SUPP) Kenapa Umat Melayu dan Islam masih Bodoh, Tertipu dan Tolol?

Posted: 25 May 2014 06:52 AM PDT


DAP menolak gagasan negara Islam, perlaksanaan Hudud dan kedaulatan Syari'ah di Malaysia SETELAH mereka faham benar dengan perjuangan PAS.

Kenapa DAP tolak? 

Sebab DAP adalah sebuah parti politik sosialis sekular, bersifat evangelistik dan perkauman.

Sebab DAP juga tidak pernah ikhlas dan jujur terhadap umat Islam dan perjuangan umat Islam untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.



MCA, SUPP dan Gerakan pun sama saja perangai dan pendirian mereka. Mereka hanya berlakon dan bersandiwara dihadapan Melayu dan Islam.


Tapi kenapa umat Melayu dan umat Islam masih bodoh, bebal dan tolol?

Inikah balasan Allah terhadap mereka kerana mempermainkan agama Islam selama ini, demi politik dan kuasa dunia yang sementara.





(GAMBAR) Bas bawa 45 penumpang jatuh gaung

Posted: 25 May 2014 05:26 AM PDT


KANGAR: Sebuah bas membawa 45 penumpang termasuk pemandu terbabas ke dalam gaung di laluan berbukit di Wang Kelian, hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis Mohd Fadzil Haroon berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 9.40 pagi itu.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...