CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Ibu, bayi rentung dalam nahas di Miri

Posted: 26 May 2014 10:21 PM PDT


KEMALANGAN pada jam 6.00 pagi mengakibatkan 2 mangsa rentung dalam kereta proton Iswara melibatkan seorang dewasa dan seorang bayi dalam kemalangan setelah kereta Proton bertembung dengan Nissan Navara di Jalan Bakam Miri. - Foto Abdul Rahman Adam.

MIRI: Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia lapan bulan rentung apabila kereta dipandu wanita itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Bakam di sini awal pagi ini.

Akibat pertembungan itu, Proton Saga dipandu Rohnalee Labo, 28, meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan bayi perempuannya Adira A-Amir gagal menyelamatkan diri dan rentung di tempat kejadian. 


Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 6.30 pagi.

( PAS MAKIN MABUK) Haji Hadi pula KAGUMI Dyana si penolak Pelaksanaan HUDUD

Posted: 26 May 2014 10:24 PM PDT

MAY 26, 2014

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Dauh (kanan), di sidang media di Taman Cicely, Teluk Intan, hari ini. –  Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Dauh (kanan), di sidang media di Taman Cicely, Teluk Intan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.
Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.
"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi calon DAP. Calon DAP juga.
"Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.


Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.
Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.

"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.
"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...