CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(DAH TADA ISU PUAK PR NI) Menteri: Borang Pakatan pun ada 'kaum' juga

Posted: 08 May 2014 03:13 AM PDT


Menteri Kabinet Datuk Abdul Rahman Dahlam mempertahankan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan, yang menurutnya bukan satu perkara yang buruk.

Untuk menggambarkan maksudnya, beliau berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat juga mengekalkan ruangan tersebut dalam borang rasminya kerana berpendapat ia satu data penting.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu turut menyiarkan borang parti PKR dan juga borang dikeluarkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang menunjukkan ruangan "kaum" tersebut.

"Identiti kaum bukan bertujuan untuk digunakan dari sudut negatif perkauman. Identiti kaum bertujuan untuk mengutip statistik yang berharga, maka program sosial kerajaan dan polisi boleh disasar dan diperolehi dengan tepat

"Kenapa identiti bangsa penting kepada kerajaan? Tanya (kerajaan) Selangor. Di sebaliknya retorik mereka, borang mereka turut mengandungi ruang 'kaum'.

"Malah, PKR juga dikenali parti berbagai bangsa. Borang keahlian memerlukan kamu menyatakan bangsa. Anda fikirlah sendiri," katanya melalui twitternya.

Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjawab bahawa tindakan itu disebabkan kerajaan negeri mengikut amalan yang ditetapkan kerajaan pusat.

"Kerajaan negeri tertakluk kepada peraturan kerajaan persekutuan sebagai satu sistem berpusat," katanya. -Malaysiakini

Lihatlah betapa bodohnya kenyataan Lim Guan Eng untuk melepaskan diri.

[NILAI SEBUAH DATUK NANING MELAKA] Pian Cecupak, Boy Iman, Nash terima gelaran Datuk

Posted: 07 May 2014 08:46 PM PDT


SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.

"Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

"Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT.

"Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini," katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Aktif berpersatuan

Walaupun sebelum ini pelakon Nurul Iman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman kurang menyerlah dalam industri seni, namun ia tidak membataskan pelakon ini untuk berjaya dengan cara sendiri.

Bersyukur dengan gelaran Datuk yang diterima, Boy berkata, ia bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya. Malah dia tidak menyangka kerja amal yang dilakukannya sebelum ini menjadi faktor utama melayakkannya menerima gelaran Datuk.

"Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

"Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya," katanya.

Menurut Boy, dia juga sering menjayakan program keraian yang melibatkan Kerajaan Naning.  
"Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis," katanya.

Sementara itu, bagi Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, gelaran yang diterima tidak membuatkannya mendabik dada. Jelas bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini, dia masih seperti 'Nash' yang dulu.
"Biarpun telah diberikan gelaran Datuk, itu tidak membezakan siapa diri saya.

"Saya harap dengan penganugerahan ini, usaha saya untuk terlibat dalam kerja amal akan terus berterusan," katanya yang turut aktif melakukan kerja-kerja amal.

[VIDEO] Wacana Sinar Ke- 27: Hudud - Bersediakah Kita? Beli Kereta dulu atau Belajar Memandu dulu

Posted: 07 May 2014 04:23 PM PDT

Dr. Asri menyatakan negara-negara yang sudah biasa dengan kematian dan darah seperti Pakistan, Libya, Sudan dan Nigeria yang melaksanakan hudud sebelumnya, namun kesemua negara ini telah hentikan hudud kerana perubahan keadaan dalam negara. Hanya di Arab Saudi yang masih meneruskan hudud.

Mahkamah Arah AirAsia BAYAR RM43,999 Kepada Penumpang Hamil

Posted: 07 May 2014 01:32 PM PDT


PUTRAJAYA -  Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
 
Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.
 
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000.
 
Beliau juga memerintahkan Airasia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Dis, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.
 
Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan Airasia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Februari, 2011.
 
Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Feb, 2011.
 
Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat.
 
Chew berkata beliau mendapat sijil daripada pakar sakit puan Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Februari, 2011.
 
Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Feb, 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar.

Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baharu daripada doktor.
 
Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat.
 
Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat.
 
Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan.

Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur.
 
Dalam pembelaan mereka, Airasia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional.
 
Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuat kuasakan.
 
Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka.
 
Chew dan Januarius diwakili peguam M.Manoharan manakala Airasia diwakili Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin.

( BOM) Wanita diarah Keluar Pesawat MalindoAir di KLIA2

Posted: 07 May 2014 06:07 AM PDT


SEPANG: Seorang penumpang wanita bagi penerbangan Malindo Air OD1622 ke Kuching, Sarawak, diarah keluar dari pesawat sejurus sebelum berlepas, di KLIA2, petang tadi.

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin, berkata penumpang berkenaan mengugut menggunakan perkataan 'bom' dan 'MH370' menyebabkan krew pesawat segera menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk tindakan lanjut.

"Wanita berusia 41 tahun dari Sarawak itu mengeluarkan kata-kata berkenaan terhadap seorang pramugari hanya kerana tidak berpuas hati mengenai lokasi simpanan begnya yang terpaksa diletakkan di ruang lain," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Raja Sa'adi berkata, sebaik mendengar perkataan 'bom', krew pesawat segera menghubungi pihak keselamatan MAHB yang menahan penumpang berkenaan kerana sudah menjadi prosedur apabila perkataan bom disebut tindakan keselamatan akan diambil.

Penerbangan OD1622 yang membawa 140 penumpang itu sepatutnya berlepas pada jam 2.40 petang tadi namun ditunda selama dua jam dan tiba di Kuching, Sarawak tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan suspek ditahan pada jam 6 petang selepas menerima laporan daripada pihak MAHB.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

( HUDUD) MCA akan KELUAR BN jika UMNO Tetap Sokong Hudud kata Wee Ka Siong?

Posted: 07 May 2014 04:06 AM PDT


Timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

"Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

"Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.  - MK
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...