CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(HUDUD) Selain berjaya menakutkan Umno, ganjaran besar menunggu MCA – Shahbudin Husin

Posted: 08 May 2014 09:54 PM PDT


Ibarat seorang suami yang berhajat mahu berkahwin lain tetapi takut dengan isterinya yang garang, begitulah umpamanya hubungan antara Umno, MCA dan hudud. Walaupun Umno seolah-olah mahu bekerjasama dengan PAS bagi melaksanakan hukum Islam itu di Kelantan itu tetapi amaran yang diberikan MCA pastinya akan membuatkan Umno kecut perut.

Meskipun ramai ahli dan pemimpin Umno peringikat bawahan terlihat marah dengan ugutan MCA mahu mengkaji semula hubungannya dalam BN jika Umno menyokong hudud, Datuk Seri Najib Razak yang menerajui Umno pastilah mempunyai pertimbangan lebih melihat parti berasaskan kaum Cina itu penting dalam kelangsungan kuasanya berbanding menyokong hudud.

Dalam sebuah program bual bicara mengenai hudud semalam, Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong memberi amaran akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam komponen BN jika Umno mengambil sikap menyokong usaha melaksanakan hudud di Kelantan.



Kalau berlaku perkara itu, kita akan kaji semula kedudukan kita bersama Umno. Ini kerana MCA tidak menyokong hudud, tegas pemimpin MCA itu lagi.

Dengan amaran tersebut, MCA bukan saja akan menjadi seperti seorang isteri yang sentiasa ditakuti, bahkan dalam keadaan tertentu berjaya pula menakutkan suaminya (Umno) untuk mendapat lebih perhatian dan ganjaran.

Meskipun sebagai suami, Umno mungkin boleh berkata, dia tidak pernah takut kepada MCA serta boleh menjalinkan hubungan lain, hakikatnya dengan sokongan pengundi Cina yang amat diharap-harapkan oleh BN, parti berasaskan kaum Cina itu sentiasa mempunyai kelebihan untuk menakut-nakutkan Najib dan juga Umno.

Dengan ini, walaupun Umno melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama PAS dan kerajaan negeri Kelantan kononnya ke arah melancarkan lagi perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, ia dipercayai tidak akan ke mana-mana.

Najib tidak mungkin mempunyai keberanian menyokong usul persendirian hudud yang mahu dibawa oleh PAS, bahkan jawatankuasa teknikal itu akan lebih dijadikan alasan untuk gagalnya mencapai persefahaman mengenai hudud bersama dengan PAS.

Najib sebenarnya lebih mementingkan sokongan MCA berbanding hudud. Apatah lagi, beberapa hari lalu Najib juga mengulangi pelawaannya agar MCA kembali menyertai Kabinet dan bersama-sama membina negara ini. Pelawaan itu adalah susulan MCA sendiri membatalkan usul tidak mahu menyertai Kabinet yang dibuat selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Dalam pembentukan Kabinet 2013 lalu, Najib dilaporkan sengaja mengosongkan jawatan menteri pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi diisi oleh wakil MCA walaupun sebelum ini MCA diperuntukkan empat jawatan menteri penuh.

Dengan perkembangan terbaru, Wee menakut-nakutkan Umno untuk berpisah jika menyokong hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS, ganjaran lebih besar sedang menanti MCA. Dalam rombakan Kabinet yang akan dilakukan Najib dalam waktu terdekat ini, bukan saja Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan dilantik sebagai menteri, tetapi ia juga bakal melibatkan Wee juga sebagai timbalan presidennya.

Jika sebelum ini, Najib hanya memperuntukkan satu kekosongsn kerusi menteri penuh saja untuk MCA, sesuai dengan sokongan pengundi Cina yang kian merosot terhadap parti itu, kelantangan Wee melontarkan ugutan sehingga Najib dan Umno ketakutan sudah pasti dibalas dengan ganjaran setimpal sebagai menteri penuh juga.

Ia adalah ganjaran untuk memujuk dan melembutkan hati. Sebenarnya itulah gaya politik Najib sejak dulu lagi. – shahbudindotcom.blogspot.com, 9 Mei, 2014

Lima justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera khasnya Melayu’.

Posted: 08 May 2014 04:32 PM PDT



"Pertama, peranan orang Melayu adalah memberi identiti kepada kawasan ini –"the role of identity giving'. Sebab orang Melayulah maka tempat ini dipanggil 'Kepulauan Melayu', 'Tanah Melayu' atau kemudiannya 'Malaysia'. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation without an identity, is not anation. A person without a nation is lost. Sebab itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.

Kedua, orang Melayu yang beragama Islamlah, bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam). Di peringkat antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.

Ketiganya, setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi mempertahankan rantau ini daripada orang Siam, orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang lain."

Keempat, seterusnya bila British membawa orang India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer) kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik. Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.

Ini adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.

Kelima, nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak tabi'i bangsa lain seperi agama, bahasa dan kebudayaan mereka. Jarang jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah, perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama tetapi sifat jahat yang asli.

(Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS) dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13, Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).)

Malaysiakini: Anwar Ketua PEMBANGANG (Stupid)

Posted: 08 May 2014 03:51 PM PDT


Anwar ketua 'Pembangang' Malaysia. Bukan admin yang cakap tapi Malaysia Kini. Dipetik daripada FB Friends of BN - Barisan Nasional.

Apakah maksud bangang ?

Maksud perkataan bangang adalah / The meaning of bangang is :
dud , duff , foolish , stupid

Perkataan berkaitan: / Related Words

ahmak - dense , stupid...
bahalul - not very clever , stupid...
baghal - mule , stupid , obstinate...

Posted in Mykamus Malay English


(RAMAINYA MENTERI CAP AYAM NAJIB) Kekeliruan ruangan 'kaum', Joseph Entulu mohon maaf

Posted: 08 May 2014 04:29 AM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.
   
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.
   
Beliau berkata laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.
   
"Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat," kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.
   
Dalam sidang media di Putrajaya semalam, Entulu dilaporkan berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
   
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...