Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Video Cara Pemilihan PKR yang Sungguh Unik dan Hebat!!

Posted: 15 May 2014 06:12 AM PDT




Tak sempat nak mainkan video-video ni dah ada isu lain masuk. Walaupun dah lepas, tapi Mc nak buh juga, nak bagi semua orang tengok, betapa hebatnya parti PKR ni.


Parti yang lahir di jalanan, perangai mereka juga macam samseng jalanan. Parti yang melatih ahli-ahlinya bertindak ganas seperti samseng dan kongsi gelap, akhirnya akan dimusnahkan oleh tindakan ahli-ahlinya yang seperti samseng dan ahli kongsi gelap juga. Malangnya yang ramai Melayu. Walaupun ada yang bertudung dan berkopiah, orang Melayu dalam PKR hanyalah Melayu sosialis dan Melayu pluralis yang tiada hala tuju akidah dan perjuangan Islam dan bangsa yang jelas. Hanya sekumpulan samseng dan ahli kongsi gelap yang keliru tentang matlamat akhir perjuangan, iaitu akhirat..


Gila kuasa... akibat selalu berdemo dan merusuh di jalanan, mereka mungkin ingat lupa yang mereka hadir mesyuarat bukan hadir demo jalanan.... macai oh macai..



Kertas undi palsu?



Pengundi Bangla dan Pengundi Hantu?



Tak perlu hadir mesyuarat. Hanya minta 40,000 Pengundi Bangla mengundi di dalam bilik hotel? Wah... senang kerja.. Mungkin ini yang mereka buat sampai boleh menang kawasan Parlimen dan DUN di negeri-negeri PR semasa PRU13?





Sabak Bernam




Nibong Tebal




Sabak Bernam




Sungai Petani




lagi dibawah,




Klang




Kuala Langat




Petaling Jaya Selatan


Fuyooo.. apa dah jadi ni? he he he.. demokratik sungguh la cara pemilihan puak PKR ni. Bagus la pilih macam ni, inilah caranya untuk memilih seorang pendemo dan perusuh terhandal! he he..

Sumber Tunfaisal

INFO!! Guna 'BELAT' Dapat Tangkap Ikan 1 Tan Sehari? #KedahTourism #HanyaDiKedah

Posted: 14 May 2014 11:36 PM PDT


YB Dato Mohd Rawi EXCO Pelancongan Negeri Kedah membawa rombongan media untuk melawat Belat @ Kelong di Langkawi, beliau merancang untuk majukan industri Belat ini, dan komersilkan kalau boleh beliau mahu seperti pembinaan chalet terapung dan dibawahnya boleh letak belat untuk tangkap ikan.

Kalau ianya dapat dilaksanakan ia merupakan satu produk pelancongan yang lain dari yang lain. Selain dari menarik pelancong, ia juga boleh menjana sumber dari tangkapan ikan itu sendiri.

Tonton video mengenai Belat dibawah,


INFO!! Lagi Kilang Padi (PPK) Dibuka Untuk Bantu Petani!! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 14 May 2014 08:12 PM PDT



Dalam posting yang lepas Mc pernah melaporkan tahun ini Malaysia akan cuba tingkatkan lagi pengeluaran beras dalam negara, malah kita cuba untuk menjadi negara pengeksport beras. Dulu kita mengimport, kini kita cuba nak eksport.

Sebab itulah kementerian MOA akan membuka lebih lagi kilang di serata negeri,

BESUT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi membina sebuah kilang padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pembinaan kilang berkapasiti 20,000 tan setahun itu membolehkan padi yang dihasilkan petani di daerah Besut dan Setiu dijual kembali kepada petani dan keperluan pasaran luar.

Menurutnya, kemudahan itu dibantu dengan kewujudan Pusat Pengumpulan Belian Padi PPK Gerai, Pelagat, Kerandang serta Setiu yang mencapai kapasiti sehingga 28,000 tan.

Beliau berkata, keputusan meluluskan pembinaan kilang itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan 7,812 petani serta keluasan tanaman padi sebanyak 10,3714 hektar dengan purata hasil pengeluaran antara tiga hingga lima tan.

"Dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad tempoh hari, beliau ada membangkitkan isu keperluan kilang pemprosesan padi di Besut.

"Permohonan ini telah dikemukakan sejak tahun 2000 dan saya difahamkan bahawa selama ini petani dan Pertubuhan Peladang akan menghantar padi ke kilang Bernas di Besut dan Setiu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dana Kebajikan Sub Sektor Padi Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpulan Padi Kawasan Gerai di Kampung Alor Keladi di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Selain Nawi, yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Saipolbahri Suib.

Ismail Sabri turut menyarankan kilang yang bakal dibina itu membeli dan memproses padi dari Pasir Puteh, Kelantan agar peruntukan itu dapat dimanfaatkan bersama.

Menurut beliau, bagi mengukuh­kan peranan Pertubuhan Peladang dalam subsektor padi, empat Pusat Pengumpulan Padi akan diwujudkan di PPK Bintong, Padang Serai, Seberang Perak dan Machang, manakala empat Pusat Pengumpulan Padi sedia ada akan dinaik taraf.

INFO!! Kedah Bakal Terima Pelaburan RM4 Billion tahun Ini!! - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 14 May 2014 06:12 PM PDT


Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

"Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

"Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

"Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion," katanya. - Umno
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...