Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Program #MBmesraRakyat GEGARkan Padang Terap!! @MukhrizMahathir @ShaifulHazizy #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2014 06:12 AM PDT





Program Mesra Rakyat bermula lagi, kali ni dalam daerah seterusnya, di Padang Terap. Program yang mendekatkan pemimpin kerajaan negeri dengan rakyat di daerah yang terpilih. YAB MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir walkabout disekitar pasar pagi (Pekan Nat) di Pekan Kuala Nerang. Bermesra dan bersarapan pagi dengan peniaga disekitar kawasan tersebut.


Berhampiran tempat yang sama Pemuda UMNO Kedah juga membuat program Kedah Fun Ride dan ianya dilepaskan oleh Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid dan Dato Shaiful Hazizy


Program Mesra rakyat diteruskan dengan program dan dialog yang mendengar masalah rakyat setempat.



Majlis penutup Kedah Fun Ride, oleh YAB MB Kedah.

Ke kenduri kampung Tepi Sungai Sri Mani, Padang Terap. Sambutan sungguh meriah!!


Hingga ke saat ini, program mesra rakyat masih terus berjalan hingga esok. Malah YAB MB Kedah akan ke forum perdana di Taman Pelangi pada 9.30 malam ini.

Jom datang beramai-ramai..

HOT!! Pengumuman Dividen Pertubuhan Peladang (NAFAS) Memang Memberi Nafas Baru!! @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak

Posted: 17 May 2014 05:14 AM PDT



Di majlis pengumuman dividen Pertubuhan Peladang (NAFAS) para peladang menerima berita baik kerana mereka akan diberikan 'nafas' baru untuk membantu mereka dalam bidang perladangan.

Gambar disekitar majlis tersebut,






























Gambar-gambar sekitar majlis pengumuman Dividen Dana Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersama Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Dato' Sri Ismain Sabri bertempat di Dataran Pekan, Pahang pagi tadi.

Turut hadir ke pelancaran hari ini ialah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri, Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Adnan Yaakob, exco exco kerajaan Negeri Pahang, ahli lembaga Peladang Kebangsaan dan para pegawai serta ahli ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Menurut Menteri Pertanian, Keanggotaan Dana Peladang Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 17 Disember 2012 semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan kali ke 39 di Berjaya Times Square.

Fokus utama Dana Peladang Kebangsaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada ahli dan rangkaian Pertubuhan Peladang yang melibatkan NAFAS, 14 PPN, 276 PPK, 396 unit Ahli Koperasi asas tani dan 826 ribu ahli peladang berdaftar di seluruh negara.

Dana Peladang Kebangsaan telah berjaya menggembeling dan menyatu deposit bernilai 100 juta dalam masa setahun dan ini adalah kejayaan yang luar biasa bagi sebuah entiti yang baru ditubuhkan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, Penggunaan Dana ini terbahagi kepada 6 perkara iaitu Pembiayaan Jangka Pendek, Pembiayaan Jangka Panjang, Projek Usaha Sama / Modal Teroka, Pembiayaan Sewa Beli Jentera Pertanian, Pembiayaan Kredit Berputar serta Ar-Rahnu.

Dalam ucapan alu aluan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Sri Ismail Sabri mengatakan bahawa sehingga kini, DPK telah melakukan pelbagai program promosi secara agresif bagi memperkasa dana ahli di seluruh negara.

Tahniah ucapkan kepada seluruh ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan di atas kejayaan ini.

Kiranya selepas ni para peladang tak perlu lagi mengharap orang tengah dan nasib mereka akan lebih terbela.

INFO! Apa Peranan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 17 May 2014 02:02 AM PDT


Satu majlis Perjumpaan bersama sama Pengerusi Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) yang dianjurkan di Dewan Wisma Tani Putrajaya. Disamping itu juga pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menyerahkan Cek sebanyak RM 50.000 bagi setiap pengerusi yang terlibat dalam program MPPP ini.

Peranan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) adalah seperti berikut:

Memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalam kawasan pertanian tentang program program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing masing.

Mendapatkan idea idea baru berhubung dengan projek projek tanaman, perikanan, dan industri asas tani yang boleh dilaksanakan dikawasan parlimen dengan mengambil kira sumber sumber yang sedia ada.

Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek- projek tanaman, perikanan, ternakan dan industri asas tani dengan lebih cepat dan berkesan.


Melaporkan dengan kadar segera perkembangan projek kepada pihak kementerian.

Membantu semua Jabatan / Agensi agensi dibawah pemantauan MOA dan pelaksanaan projek projek pertanian, perikanan, ternakan serta industri asas tani di kawasan parlimen masing masing.


OBJEKTIF PENUBUHAN MPPP_MOAinc

1. Menyelaraskan pembangunan dan perlaksanaan projek pertanian.

2. Membantu dan memastikan perlaksanaan projek selari dengan perancangan bagi mencapai sasaran.

3. Memastikan tiada bertindih daalam pelaksanaan projek dan tiada penyelewengan dalam pemberian bantuan.

4. Mengenal pasti serta menyelesaikan masalah dan isu isu yang berbangkit bagi sektor pertanian di dalam Kawasan Parlimen yang terlibat.







HOT!! Sejarah Menarik disebalik Cerita di Tanjung Chali!! #HanyaDiKedah #KedahTourism

Posted: 16 May 2014 09:18 PM PDT



Pernah dengar nama Tanjung Chali? Tanjung Chali berada dipersisiran sungai Kedah. Apa sejarah disebalik Tanjung Chali tu? Nak tau cerita menarik, boleh tengok video dibawah,


HOT!! Gengster PKR Maki Khalid Gagap Depan Anwar Ibrahim!

Posted: 16 May 2014 06:12 PM PDT


Perkarangan Ibu Pejabat PKR di sini kecoh apabila calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid 'diserang' oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor, hari ini.

Abdul Khalid yang baru selesai sidang media berhubung kekecohan pemilihan PKR 2014 bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua calon Timbalan Presiden yang lain dihambur dakwaan bahawa beliau tidak telus dalam pemilihan.

Beliau yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan ahli PKR itu sempat ditenangkan Anwar sebelum bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, ahli berkenaan, Zulkifli Abdulllah menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis manakala bukti penyelewengan pula sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Unsur-unsur gengsterisme ada dalam mesyuarat cabang itu sendiri. Orang yang tak sepatutnya ada dalam dewan pemilihan pun ada. Termasuk salah seorang ahli PKR yang telah dipecat.

"(Mereka disyaki berkempen untuk) Tan Sri Khalid. Ada (bukti) dan kita telah membuat laporan polis serta telah menyerahkan bukti kepada JPP iaitu rakaman suara dan rakaman video mengenai penyerahan wang daripada pihak yang berkempen untuk Tan Sri Khalid," dakwanya.

Dalam pada itu, menurutnya ahli PKR di Kuala Selangor tidak kisah siapa yang menjadi ketua cabang asalkan individu berkenaan mampu bekerja untuk parti bukannya diri sendiri katanya lagi.

Dibawah dua video yang mempamirkan kekecohan tersebut.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...