Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Bila Ulamak dan Umarak bersama dan bermesra.. @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah

Posted: 18 May 2014 06:15 AM PDT



Program Mesra Rakyat di Padang Terap bersambung lagi. Kali ini pendekatan Dato Seri Mukhriz Mahathir lebih kearah membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan. Walaupun sebelum ini sudah ada agensi seperti JKM membantu, namun sentuhan dari pemimpin besar Kedah ini sudah tentu mendapat tempat di hati rakyat Kedah.

Dato Seri Mukhriz memulakan harinya dengan berjemaah bersama penduduk dan pelajar sekitar Pondok Tok Guru Pak Teh Mat. Beliau juga bersarapan pagi bersama mereka dan bermesra dengan penduduk kampung.

Untuk pengetahuan semua, Tok Guru Pak Teh Mat ni adalah seorang Ulamak terkenal di utara tanah air. Namun sentuhan dan layanan yang diberikan amat istimewa kepada pemimpin muda seperti Dato Seri Mukhriz.


Bila Ulamak dan Umarak bersatu, Dato Seri Mukhriz Mahathir bersama dan bermesra dengan Tok Guru Pak Teh Mat di Padang Terap.

Kemudian beliau ke Sekolah Menengah Syed Ahmad untuk menyambut hari guru disana,


Sambutan hari guru di Sekolah Menengah Syed Ahmad. Sungguh meriah, malah para guru dan pelajar memberi sambutan yang menakjubkan terhadap Dato Seri Mukhriz Mahathir.

Hinggakan beliau terharu..pelbagai gimik dibuat..malah beliau tak sangka beliau akan disambut demikian rupa.

Terbaik dari Guru dan Pelajar SMK Syed Ahmad, Padang Terap!

Selepas itu beliau ke Pejabat Daerah Padang Terap untuk bertemu dengan pegawai dan kakitangan disana,


Beliau berjumpa dengan kakitangan pegawai Daerah Padang Terap. Sambil mengenal pasti masalah yang timbul di kawasan berkenaan.

Kemudian beliau ke rumah seorang nenek yang berumur 100 tahun bersama anaknya yang mengalami masalah kesihatan.

Di sana beliau bersama Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid juga ditemai oleh YB-YB Exco seperti Dato Tajudin dan Badrol Hisham. Turut sama-sama membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.


Program Mesra Rakyat tak habis disini.. nanti Mc sambung ke program seterusnya..

INFO! Kerajaan Negeri akan Perkasakan Industri Pondok di Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 18 May 2014 04:41 AM PDT


Kerajaan Negeri berusaha memperkasakan institusi pondok dengan mengambil langkah meletakkan sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah tahfiz ke satu tahap yang lebih baik melalui kerjasama Kementerian Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara langkah yang diambil termasuk mengeluarkan bantuan untuk tenaga pengajar sekolah pondok.

Menurutnya, kerjasama itu juga bagi memastikan semakin ramai lepasan pondok di negeri ini mencipta nama di persada dunia, mengharumkan nama negeri dan negara dengan ilmu agama serta kemahiran yang dimiliki.

"Kita berhasrat melihat pelajar institusi pondok bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama tetapi juga memiliki ilmu akademik dan kemahiran supaya mereka dapat menyumbang kepada pembangunan ummah serta negeri.

"Sayang sekali jika aliran pengajian agama ini dibiarkan tanpa pembelaan, dipinggirkan tanpa usaha untuk memartabatkan kedudukannya sebagai institusi pengajian agama yang penting bagi umat Islam di negeri ini," katanya ketika menyampaikan ucapan merasmikan Dewan Shahidat Sempena Majlis Ihtifal 73 Tahun di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Padang Lumat, di sini.

Beliau menjelaskan, ramai lepasan pondok yang boleh diteladani, masing-masing tersohor dan disegani di peringkat dunia antaranya bekas Menteri Luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan yang berasal dari pondok serta berjaya melangkah ke Universiti Oxford.

"Sekolah ini lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pernah melalui peristiwa tragis pada 22 September 1989, apabila berlaku kebakaran di asrama puteri hingga mengorbankan 27 shahidat. Di atas tapak ini terbinanya Dewan Shahidat.

"Ramai tokoh mencurah bakti di sini termasuk bekas pengetua merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Jawatankuasa Zakat iaitu Yahaya Junid dan seorang ulama yang fasih berbahasa Arab, Urdu dan Inggeris iaitu Azhari Abdul Razak," katanya.

Dato Seri Mukhiz bersama pelajar sekolah Pondok Pak Ya.

HOT!! Salah Lapor Berita Harian Tentang Tarif Letrik Amatlah Teruk!

Posted: 18 May 2014 12:51 AM PDT


Begitu lama dalam bidang pemberitaan kali ini nampaknya akhbar Berita Harian gagal untuk memberikan fakta sebenar tentang kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kenaikan tarikh elektrik negara.

Tarif elektrik sememangnya telah mengalami kenaikan sejak bulan Januari yang lepas dan perkara ini telah diketahui sejak tahun lepas lagi.

Perdana Menteri sebenarnya telah menasihati pihak Tenaga Nasional Berhad agar syarikat elektrik negara itu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka berikutan kenaikan yang dilakukan dan bukannya sepertimana yang dilaporkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan lagi.

Selama 5 bulan kenaikan tarif elekteik telah berlaku dan pengguna yang menggunakan elektrik dengan nilai RM 70 kebawah sebenarnya tidak merasa kenaikan tersebut dimana yang lebih terasa adalah merekanyang menggunakan kuasa elektrik melebihi nilai RM 70 sebulan.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa tidak guna ada kenaikan jika mutu perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang diberikan oleh rakyat dimana masih ada gangguan bekalan elektrik terhadap pengguna.

Apa yang menjadi kesalan ialah, Berita Harian seolah olah mengatakan bahawa Perdana Menteri mengumumkan bahawa akan ada lagi kenaikan elektrik yang membuatkan ianya heboh di laman laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

Ianya juga telah menjadi mainan politik murahan pihak pembangkang ekoran laporan yang tidak tepat diberikan oleh Berita Harian.

Perdana Menteri juga telah mengingatkan pihak TNB bahawa pelabur agak sukar untuk melabur di Malaysia jika mutu perkhidmatan bekalan elektrik tidak ada penambah baikan dan rakyat akan merungut sekiranya mereka nerasakan kenaikan tidak setimpal dengan pembayaran.

Sepatutnya sebagai media arus perdana Berita Harian akan lebih peka bukannya menulis dalam keadaan buta tuli, dalam membuat tafsiran dan maksud berita yang hendak disampaikan.

Kerana jika maksud yang disampaikan tu salah, ia akan memberi kesan kepada suasana politik di Malaysia. Malah pembangkang juga akan mengunakan point berkenaan secara terus untuk mengelirukan rakyat.

HOT!! Pelaburan Rm4Billion! Kedah Bakal Menjadi Negeri Maju! - @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2014 06:12 PM PDT


Tahniah Dato Seri Mukhriz Mahathir di atas kejayaan ini!

Hasil usaha gigih beliau mentadbir negeri yang aman dan makmur ni.

Pencapaian suku tahun pertama sudah mencapai rm4 billion.


Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

"Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

"Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

"Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...