Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Video Anwar Ibrahim Merayu Kepada Pendemo PKR Supaya Pulang! #PemilihanPKR

Posted: 21 May 2014 06:57 AM PDT



Malam tadi telah berlakunya satu demo protes di hadapan HQ PKR di Tropicana. Dipercayai dari penyokong PKR yang tidak berpuashati keatas pemilihan PKR yang dikatakan tidak telus dan dipengaruhi oleh tangan ghaib.

Lihat gambar protes tersebut di bawah,











Bila protest semakin kritikal, Anwar Ibrahim akhirnya keluar berhadapan dengan pasukan protes tersebut.

Paling pelik bila hanya Anwar yang berani berhadapan dengan para pendemo protes. Cara Anwar bercakap dan merayu pun, nampak beliau macam kecewa sangat.

Apa boleh buat Anwar, itulah ahli-ahli PKR yang ko ternak dulu. Sekarang ni, rasanya dah makan diri balik la.

Apa orang kata, apa yang ko buat, kini ko dapat balik la hasilnya. he he..

Video rayuan Anwar kepada pendemo semalam..

TERKINI!! Gambar Aturcara Pengkebumian Di Raja.. Al- Fatihah..

Posted: 21 May 2014 01:30 AM PDT

Gambar upacara pengkebumian Di Raja di Makan Di Raja Jalan Langgar. Seluruh rakyat Kedah bersedih keatas pemergian YAM Almarhum Tunku Anuar Al Haj. Al- Fatihah..

TERKINI!! Jenazah Almarhum Teramat Mulia Tunku Anuar Al Haj dibawa Untuk Upacara Rasmi Pengkubumian.. Al-Fatihah

Posted: 20 May 2014 10:12 PM PDT







Sambungan update selepas ini..



اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ.
سْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْحَمْدُللّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ...الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ ...مَالِكِ يَوْمِالدِّينِ ...إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ...اهدِنَــــا الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ ...صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِعَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
أمــــــــــين......

Negeri Kedah Bersalut Kesedihan.. Al-Fatihah!

Posted: 20 May 2014 07:58 PM PDT


اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ.  
سْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْحَمْدُللّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ...الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ  ...مَالِكِ يَوْمِالدِّينِ ...إِيَّاكَ  نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  ...اهدِنَــــا الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ ...صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ  عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِعَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
أمــــــــــين......


Kenyataan Rasmi dari Menteri Besar Kedah.



Pengumuman cuti hari ini



Pada sahabat diantara kita yang mahu ke majlis pengkebumian diraja. Pakaian disarankan, Lelaki melayu/islam..baju melayu hitam, sampin hitam tanpa corak dan benang emas/perak, songkok line putih dua inci sekali lilit. Perempuan pakaian sopan, warna gelap berselendang putih.

sekian terima kasih..

HOT!! Mak Dyana Dap Kata, Dia Nak Mukhriz, Tapi Akhirnya Jadi Marina? atau Kit Siang? #PrkTelukIntan

Posted: 20 May 2014 06:25 PM PDT

Bagus.. Dap memang baguih..

Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.

Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya," katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

"Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.

"Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?" katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.

"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.

"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada," katanya.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.

Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.

"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup," katanya. – TMI

Masalahnya makcik, dia bukan jadi Marina, tapi dah jadi Kit Siang!! he he he.. kalau dia jadi Marina, boleh lagi dibentuk sebab Marina ni dalam hatinya ada baik lagi. Tapi bila dah jadi boneka Kit Siang, apa yang dibuat, semua berpandukan apa yang Kit Siang suruh saja. Macam robot yang dikawal oleh remote control!

Ada faham ka bezanya?




Dari pilih calon boneka yang tak ada pendirian, lebih baik pilih calon yang sememangnya berprofile tinggi!


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...