Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! CCTV Dedahkan Pelajar Malaysia di Rogol di Bandung!

Posted: 26 May 2014 10:06 AM PDT


Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Dibawah ini ialah rakaman CCTV yang menampakkan susuk tubuh pelajar Malaysia yang baru sudah di rogol.


HOT!! Komen Tunku Aziz Mengenai Calon Plastik Dap! @Dyanasmd #PRKTELUKINTAN

Posted: 26 May 2014 04:01 AM PDT


Tunku Aziz seiring dengan kata-kata Tun Mahathir yang mana Dyana hanyalah 'window dressing' kepada Dinasti Lim. Syaitan DAP dua ekor ini menjadikan modal 'Melayu untuk jatuhkan Melayu' ini semua hasil ajaran Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew menggunakan Othman Wok manakala Lim Guan Eng menjadikan Zairil (Cina yang berlakon melayu) dan Lim Kit Siang cuba 'rosakkan' Dyana Sofea.

Kini tiba masanya rakyat perlu pilih. Mahu boneka politik atau wakil rakyat?

Pilihanraya adalah untuk memilih siapa yang akan mewakili rakyat. Jika boneka yang dipilih maka hancurlah perkataan wakil rakyat kerana boneka hanya akan menjadi pak turut kepada sesetengan individu, bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Video bawah, mendedahkan lebih banyak penipuan calon pompuan plastik Dap ni.

INFO! Berita Baik Untuk Pesawah!! RM39.2 JUTA Wang Ehsan Dari Kementerian MOA Untuk Anda di #Kedah!! @IsmailSabri60 #Dsis #HanyaDiKedah

Posted: 25 May 2014 10:22 PM PDT


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan bantuan wang ihsan berjumlah keseluruhan RM39.2 juta kepada 5,447 pesawah, yang mengalami kerugian akibat kemarau dan tanah jerlus di Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata daripada jumlah itu, RM2.4 juta diperuntukkan kepada 1,570 pesawah membabitkan kawasan seluas 1,661.84 hektar, yang menghadapi masalah kawasan tanaman padi dilanda kemarau.

Beliau berkata, peruntukan selebihnya membabitkan RM36.8 juta pula diberikan kepada 3,877 peladang dengan kawasan seluas 6,962 hektar, yang mengalami masalah tanah jerlus sehingga dua musim penanaman padi mereka terpaksa dibatalkan bagi pemulihan kawasan itu melalui Program Pemulihan Tanah Jerlus.

"Bagi masalah kemarau, kerajaan memberikan wang ihsan sebanyak RM1,400 bagi setiap hektar kepada 1,570 pesawah, manakala bagi masalah tanah jerlus kita menyalurkan bantuan sebanyak RM2,645.50 sehektar bagi satu musim tanaman.

"Kita yakin dengan pelaksanaan Program Pemulihan Tanah Jerlus, masalah dihadapi petani sejak dua tahun lalu dapat diatasi, sekali gus mengelakkan kehilangan pendapatan yang dianggarkan bernilai RM105.2 juta setahun," katanya kepada media selepas lawatan kerja di Kampung Bendang Raja, di sini, semalam.

Tabung khas bantu petani.

Ismail Sabri berkata, wang ihsan itu diperoleh daripada Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan yang diwujudkan kementerian bagi membantu penternak, peladang dan nelayan yang dilanda bencana alam dengan peruntukkan keseluruhan tabung sebanyak RM10 juta pada peringkat awal.

Ismail berkata, kawasan tanaman padi yang dilanda kemarau meliputi 42 kawasan di bawah kendalian 10 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 6,600 tan.

Katanya, dalam tempoh jangka panjang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai (PPSP) mengkaji mewujudkan telaga tiub bagi mengairi bendang yang kering akibat kemarau.

"Selain itu, kita juga akan membuat kajian bagi menyalurkan air dari Sungai Padang Terap yang jauhnya kira-kira 25 kilometer (km) ke Sungai Lampam bagi pembekalan air ke kawasan bendang di Pendang," katanya.

Pelaksanaan program pemulihan tanah jerlus pula membabitkan pembinaan dan pembaikan sistem saliran dan mengembalikan semula kekuatan struktur tanah sawah dengan peruntukkan sebanyak RM11.42 juta melalui Rolling Plan 3 dan RM13.6 juta melalui peruntukkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Video dibawah menerangkan enam faedah melalui dana peladang,

HOT!! Video Ini Mendedahkan Calon Melayu Dap @Dyanasmd Hanyalah Plastik Semata!! #PRKTELUKINTAN

Posted: 25 May 2014 06:12 PM PDT


Muka kita tengok boleh la tahan, tapi disemuanya hanyalah palsu, plastik. Melayu jadi calon Dap, semestinya melayu tu ada masalah. Kalau bukan tak waras, tentu melayu tu samdol!

Macam ni rupa layak ke nak jadi Ahli Parlimen ni?



Cakap berbelit, tipu sana-sini. Tu baru jadi calon, kalau jadi ahli parlimen, takut-takut nanti, rakyat kena kencing selamber je dengan pompuan plastik ni.




HOT!! 'Coffee Book' Sebuah Buku yang mendedahkan segalanya? @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 25 May 2014 04:03 PM PDT



Kalau dilihat ada kulit luar, tentu ada yang agak, Dato' Sri Ismail Sabri menulis sebuah buku. Sedangkan, Dato' Sri Ismail Sabri sendiri pun  terkejut bila menerima buku yang bernama 'coffee book'. Buku apa agaknya tu? Hinggakan tuan punya badan sendiri pun tak tahu.

Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan.

Tindakan jihad memerangi orang tengah sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka.

Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.

Aminnn..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...