Kongsi Gambar Nelydia Sedang Tidur, Qi Razali Dikritik Dan Dinasihat Kahwin Cepat

Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar dikongsikan oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya petang semalam.
2

Jika ada yang perasaan, gambar tersebut hanya menunjukkan Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, 'Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)'

Tetapi, terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk pengacara Kokolog itu berkongsi gambar sedemikian.

Ada yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat.





2

Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.

2

Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.

2

Dalam masa yang sama, seperti biasa ramai juga peminat yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang 'sweet' dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti. -OhBulan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...