Proton Preve, Suprima S Terima Penarafan 5 Bintang

 

alt

Proton Preve dan Proton Suprima S telah dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, pengumuman anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia.

"Usaha Proton untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh selanjut oleh pencapaian terbaru ini.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati menerima perakuan sedemikian tentang produk jenama kami. Seperti yang kami pernah ulangi berkali-kali, model-model kami bukan sahaja mampu milik, malah lebih penting lagi kami mahu pelanggan kami tahu produk kami berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Harith menjelaskan, daripada 12 kereta yang diuji bagi piawaian keselamatan NCAP ASEAN semasa Fasa III itu, Proton memberi saingan hebat dan mendapat tempat kedua.

"Kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pelanggan kami ketika memandu kereta Proton sentiasa menjadi keutamaan teratas kami. Jadi, apabila Proton Preve dan Proton Suprima S dibina, kami mencabar diri sendiri untuk menghasilkan kereta yang tinggi piawaian keselamatannya," katanya

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...