Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas Kuala Lumpur

Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas KL - Seorang wanita bertelekung yang dikenali sebagai Anita Shiar, 27, mengejutkan orang ramai di laman sosial apabila dua keping gambarnya sedang solat dan khusyuk membaca al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur semalam telah tersebar di facebook.

Kesahihan gambar wanita itu melakukan solat di jalan berkenaan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad selepas menerima maklumat awam kira-kira jam 1.30 petang Sabtu.

Menurut sumber, punca sebenar Anita Shiar tiba-tiba terdetik di hati melakukan tindakan sedemikian ialah kerana beliau mendakwa bermimpi ditimpa sesuatu perkara atau kejadian yang tidak baik serta mendapat alamat dari mimpi tentang lokasi atau tempat untuk bersolat. Oleh sebab itu, Anita solat di mana-mana.

Sebagai pengetahuan, Anita Shiar ialah seorang wanita berbangsa Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat tentangnya hanya diperolehi secara lisan. Beliau kini dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...