SHILA HAMZAH DEDAH AIB DAN KISAH PANAS KEKASIH LAMA

Siapa yang tak merasa bangga dengan kejayaan anak Malaysia seperti Shila Amzah yang telah berjaya mengharumkan nama negara di Tanah Besar China menerusi bakat nyanyian yang 'superb'. Malah kejayaan dan usaha keras yang ditunjukkan Shila sejak mula menceburi bidang seni mungkin boleh dijadikan sebagai contoh buat para selebriti di luar sana. 

Bagi yang ingin mengenali Shila, 24, dengan lebih lanjut, boleh menonton video yang disertakan di bawah ini. Memang tabiklah dengan Shila, demi mencuri hati peminat dan penduduk China, dia berusaha belajar berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Itulah orang kata, masuk kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Namun, ada sesuatu daripada temuramah itu yang menarik minat penulis. 

Pada minit ke-19, penonton disajikan dengan pengalaman cinta Shila di mana anak gadis ND Lala itu tanpa segan silu menceritakan pengalamannya bercinta dengan 'bad boy'. Shila berkongsi cerita, bekas teman lelakinya pernah mengongkong kehidupannya malah mengakui dia pernah buta kerana cinta suatu ketika dulu. 

Kalau diikutkan, aktor popular Sharnaaz Ahmad merupakan bekas kekasihnya yang diketahui oleh semua pihak. Namun, tak tahu la pulak, kalau individu yang dikatakan Shila mungkin berkaitan dengan bekas-bekas teman lelakinya selain daripada Sharnaaz. Apa-apa pun, buat Shila teruskan impian serta fokusnya untuk terus melebarkan sayap di China dan jangan lagi jatuh hanya disebabkan hal cinta ya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...