Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PAS sedia tarik balik sokongan kepada Khalid dengan syarat PKR kemuka nama lain selain Wan Azizah?

Posted: 11 Aug 2014 08:42 AM PDT


Dalam mesyuarat semalam di kalangan pemimpin atasan PAS, mereka dikatakan sepakat bersama Pakatan Rakyat dan menarik balik sokongan pada Khalid ekoran pemecatannya daripada PKR.

PAS bagaimanapun difahamkan mahu PKR mencalonkan nama lain untuk mengisi jawatan itu dan bukannya Wan Azizah.

Nampaknya jika diikutkan hierarki, Azmin merupakan pemimpin paling kanan dalam PKR selepas Wan Azizah yang menganggotai Dewan Undangan Negeri dan beliau paling layak..

Selain merupakan pengerusi PKR Selangor, beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan,

Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam KEADILAN.

Ketokohan dan pengalaman beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Pengarah Pilihanraya Pusat dan Timbalan Presiden KEADILAN selama dua penggal melayakkan nama beliau dicalonkan sebagai nama lain selain Wan Azizah.

Azmin juga mendapat sokongan dari sebahagian besar pimpinan kanan parti termasuk lapan Pengerusi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.. lihat di ( SINI )

Keputusan itu bagaimanapun belum mengambil kira perkembangan hari ini, di mana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Khalid untuk kekal di jawatannya.

PAS ready to dump Khalid but wants alternative to Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR, Aug 11 — PAS is set to withdraw support for Tan Sri Khalid Ibrahim after his sacking by PKR, but the Islamist party could still complicate the Selangor mentri besar crisis by nominating an alternative to PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, according to internal sources.

Malay Mail Online understands that Khalid's expulsions from PKR has forced PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to rethink his support for the embattled Selangor mentri besar as the latter no longer represented the Pakatan Rakyat (PR) pact.

Party insiders close to the president said that although Hadi's plan to name a second candidate may upset allies in PKR, they believe the decision not to nominate any from PAS may placate partners in PR enough to allow for positive discussion on the matter.

"Hadi has agreed that Khalid is no longer a concern for PAS. He has also said that the [alternative candidate] for the post will not come from PAS.

"This is a positive move since the president is willing to reposition himself. That's two stumbling blocks removed there," a senior party leader told Malay Malay Online.

The person said PAS' top three leaders will meet tonight to discuss the matter and is expected to convey the message to its PR allies when the pact meets on Thursday.

Another party leader confirmed that Hadi is planning to nominate a second PKR candidate to replace Khalid, but insisted the move was not done out of a purported PAS objection to Dr Wan Azizah.

The source said the decision to nominate an alternate was to pre-empt a scenario in which the Selangor Sultan may not consent to the PKR president's nomination.

"There could be two scenarios: one is that the Sultan may not agree to just one candidate or two, that the Sultan may ask for another name.

"It is based on this second scenario that PAS is proposing a second candidate," he said.

But the leader acknowledged that the move could reinforce perceptions that PAS was against naming a woman as mentri besar, although he denied that was the case.

"There is no such thing as PAS objecting to Wan Azizah," he said.

The PAS leader added he was confident that his party's decision to name a second candidate was still a positive outcome compared to the current stalemate that is threatening to break the pact.

The Selangor Sultan and palace officials met this morning to discuss Khalid's position as state mentri besar following his sacking from PKR on Saturday.

PKR's disciplinary committee decided to expel Khalid ostensibly for his open defiance of the party's decision that he must step down to make way for PKR president Dr Wan Azizah.

Observers believe Khalid's sacking leaves the coalition in a precarious state and will add to worries that snap polls may have to be called to ward off a stalemate.

Khalid's removal sees PKR's share of the 56-seat Selangor state assembly dropping to 13 from 14 while allies DAP and PAS have 15 seats each. Umno, the opposition in the state, holds 12.

But PAS leaders who spoke to Malay Mail Online believe Hadi's change of heart will help PR mend the cracks and avert a breakup, even if Khalid decides to defect to Umno.

It is still not known if Khalid will join any other party or will simply become the lone independent assemblyman.

Khalid has 14 days to attempt an appeal. PKR's top council will then decide if there are enough grounds for an appeal and form a special committee accordingly ~ The Malay Mail

3 ADUN PKR Selangor dijangka akan keluar PKR sertai Khalid?

Posted: 11 Aug 2014 06:30 AM PDT


Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.

Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB Selangor.

Abdul Khalid pada petang Isnin menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam sebuah portal turut menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletak jawatan.

Jelasnya, dia akan bertemu 10 exco Selangor pada Selasa untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau meletak jawatan.

Sebelum ini, pemerhati politik melihat Abdul Khalid berdepan laluan mencabar jika tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan nombor satu di negeri itu.

Abdul Khalid, tokoh politik yang 'muncul' dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok pada 2007, antara lain perlu menghadapi ADUN Selangor khususnya daripada PKR yang telah "menyahkan" beliau daripada kepimpinan politik Selangor.

PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu pada Sabtu lapor AstroAwani

Faekah umum keluar PKR sebab hilang kepercayaan pada PKR..

Posted: 11 Aug 2014 04:04 AM PDT


Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar PKR hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu memecat majikannya. 

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor. 

"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut lapor The Malaysian Insider

Ini suratnya...


EXCO yang tak suka saya boleh blah!!.. kata Khalid

Posted: 11 Aug 2014 01:34 AM PDT


Tajuk tu bukanlah apa yang Tan Sri Khalid kata, aku yang olah semula dari kata-kata dia "Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,"..

Sama saja maksudnya itu... cuma intonasinya sahaja yang berbeza..

Sebelum itu apa kata kita semua selami apa yang kini berlegar dalam fikiran EXCO-EXCO yang dimaksudkan oleh Tan Sri Khalid itu..

Sambil termenung diatas kerusi empuk dipejabatnya seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor mencongak samada beliau perlu letak jawatan EXCO itu atau terus memegang jawatan tersebut..

Dalam hatinya berdetik "Kalau aku letak jawatan EXCO ni.. income aku RM20,250 sebulan hilang, tinggal kat aku ialah elaun ADUN sebanyak RM11,250 sahaja..."

"Minyak, bil handphone, kereta, driver dan berbagai kemudahan yang ada semua aku akan hilang, drastik betul penurunan income aku kalau aku letak jawatan.."

"Boleh ke aku survive ni? macam mana aku nak bayar loan rumah?.. kereta mewah baru aku pulak tu nak korek mana duit nak bayar installment?"

Maka sambil meletakkan tangannya di dahi dinyalakan sebatang rokok sambil bersandar di kerusi empuk yang disayanginya dalam pejabat itu memikirkan perlu atau tidak meletakkan jawatan EXCO itu..

"Kalau ikutkan hati... rugi rasanya nak lepaskan jawatan EXCO tu, tapi Khalid dah sound dah tu..."

"Nak ikut arahan parti atau nak ikut hati ni??.. Kalau aku letak jawatan.. jawabnya tak cukup makanlah aku.. silap haribulan kena jual kopi macam kawan aku di Utara tu.."

"Hish.... susahnya...."

Mungkin itu yang berlegar dalam hati EXCO-EXCO yang diminta lepaskan jawatan oleh Khalid itu sekarang ini....

Khalid tak perlu exco PKR, DAP 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP. 
Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco. 
"Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini. 
Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau. 
"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco," kata beliau. 
PAS Selangor semalam memberitahu exco mereka akan terus bekerjasama dengan Khalid kerana tiada masalah dengan pentadbiran beliau. 
Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula hari ini berkata, exco mereka akan menjalankan tugas seperti biasa bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sehingga keputusan baru dibuat. 
Empat orang exco PAS ialah pesuruhjayanya Iskandar Ab Samad, timbalan pesuruhjaya Sallehen Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali. 
Khalid menyatakan pentadbiran negeri tidak bermasalah kerana memperoleh cukup sokongan dari penjawat awam Selangor. 
"Pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik, pentadbiran negeri ditadbir oleh exco dan disokong serta dilaksanakan penjawat awam. 
"Oleh itu saya tak nampak ada masalah atau kekurangan kecekapan," kata beliau lapor Malaysiakini

Apa kata kalau ADUN-ADUN yang ada sekarang ni yang tidak setuju dengan dasar atau cara Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor turut jejak Menteri Kanan di Kementerian Luar Britain ni..

Sayeeda Warsi dilaporkan tidak mampu lagi untuk terus menyokong dasar kerajaan Britain berkenaan konflik antara Hamas dan Israel oleh itu beliau meletakkan jawatannya...

Sultan perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor..

Posted: 10 Aug 2014 11:38 PM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Majlis Penasihat DiRaja Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini. khalid"Saya sangat berpuas hati dengan mesyuarat ini," katanya ketika ditanya pemberita yang mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi tadi.

Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit. Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Abdul Khalid akan mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jam 2.00 petang ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung selama kira-kira lebih dua jam.

Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor lapor SelangorKu

Laporan seterusnya ini dipetik dari Twitter Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz..

Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR.  
Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya samada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.  
Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.  
DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan & telah perkenan utk saya terus memegang jawatan MB Selangor.  
Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor & akan menjalankan tugas seperti biasa. 

Kenyataan medianya...


Hmmm.... semoga tak ada yang gigit jari...

Ada yang mempersoalkan tindakan Khalid yang menyatakan kepada Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti..

Dengan menulis di Twitter "PKR (12) + DAP (15) = 27. UMNO (12) + Khalid = 13. Pas = not sure. "

"How did Khalid know he has support of majority?"

Itu kelebihan yang Khalid ada.. dia boleh pohon masuk mengadap Sultan dengan mudahnya..

Jadi takkan dia nak lepaskan peluang yang ada kot?

Aku bukan sokong Khalid tapi aku tak setuju cara Khalid diserang dan diaibkan.. itu saja...

Untuk makluman semua.. gambar Khalid dan Najib tu tak ada kena mengena dengan sesiapa.. tapi kalau ada yang terasa.. nasiblaaa...


Laporan mStar 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti' adalah tidak benar

Posted: 10 Aug 2014 09:03 PM PDT


Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dibawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali.

Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di:http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Atau baca di bawah ini..

KOTA BARU: PAS sedia menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti itu, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob. 
Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul khalid yang telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu kerana masalah disiplin. 
"Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR. 
"Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad. 
Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahlian oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu. 
Tindakan Abdul Khalid mempertahankan kedudukannya bagaimanapun turut mendapat sokongan dan restu pimpinan tertinggi PAS yang merupakan anggota Pakatan Rakyat. 
Ahmad memberitahu, PAS selain itu turut bersedia berjuang bersendirian sekiranya parti itu memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat. 
"Kami mempunyai sejarah sendiri walaupun berbeza pendapat dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Saya bersetuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS mampu berjuang bersendirian sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat," jelasnya. 
Ahmad bagaimanapun yakin bahawa PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat dengan menyifatkan krisis yang berlaku merupaka ujian disebalik hubungan dalam pakatan tersebut.

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi " terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan " itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini.

Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengahari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor.

Dan ujarnya "DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti"

Ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi.

Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.


Disediakan:
Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan
Merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

Bertarikh 14 Syawal 1435/ 10 Ogos 2014

Profesional PAS akan tubuh parti baru?

Posted: 10 Aug 2014 05:30 PM PDT


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden.

Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel lapor Suara Pakatan Daily

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...