Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Penasihat Ekonomi yang elaunnya RM1 pun Khalid nak pecat?

Posted: 13 Aug 2014 05:30 AM PDT


Nasib Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kini semakin berada di penghujung apabila kedudukannya akan dikaji semula, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, pihaknya akan membincangkan kedudukan Anwar dengan 4 Exco PAS selepas memecat 5 Exco PKR dan DAP semalam.

"Itu kita akan bincang dengan Exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Anwar dilantik Khalid menjadi Penasihat Ekonomi Selangor sejak tahun 2009 dengan hanya bergajikan RM1 lapor The Malaysian Insider

Khalid tak benar PKR guna Stadium Melawati untuk Konvensyen, laporan palsu dari macai rupanya..

Posted: 13 Aug 2014 02:30 AM PDT


Hari ini tersebar satu laporan di WhatsApp yang membuatkan pihak Ibu Pejabat PKR di Tropicana dan juga beberapa individu di PKR Negeri tiba-tiba sibuk menjawab panggilan talipon..

Ianya di sebarkan oleh beberapa Blo Pro UMNO dan berbunyi seperti berikut..

16 Syawal 1435H
Rabu 1.30p.m. 
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membatalkan tempahan Stadium Melawati Shah Alam dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi kegunaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diadakan pada 22-24 Ogos 2014

Rupa-rupanya apa yang disebarkan itu adalah satu berita palsu yang bersifat auta dan sekadar untuk menambah lagi haru biru antara PKR dan Khalid..

Kerana menurut Tan Sri Khalid beliau masih membenarkan PKR mengadakan Kongres atau konvensyen itu diadakah di Stadium Malawati.

Walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam. 
Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini. 
"Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati)," kata Khalid kepada pemberita sewaktu ditemui di Shah Alam. 
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti tersebut masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung pembatalan tempahan itu. 
"Kita tidak ada menerima apa-apa notis pembatalan (tempahan stadium)," katanya. 
Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.
Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu ~ Malaysiakini

Tapi... walaupun berita ini hanya laporan palsu oleh Macai, pihak PKR sepatutnya bersedia untuk sebarang kemungkinan yang negatif..

Buatnya pada saat-saat akhir Tan Sri Khalid batalkan tempahan Stadium itu.. haru biru jadinya...

Gara-gara `Like' I Love Israel di Facebook, Pelajar tingkatan 5 disiasat di bawah Akta Hasutan

Posted: 13 Aug 2014 12:40 AM PDT


Seorang pelajar Tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas menekan "Suka" di laman peminat "I Love Israel" di laman sosial Facebook.

<1--more-->Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) akta tersebut.  
Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas gurunya mengetahui tindakannya menekan "Suka" di laman sosial itu.

Guru tersebut berkongsi dalam akaunnya tentang tindakan pelajar itu, mengkritik tindakan tersebut hingga mengundang perhatian dan ancaman daripada pengguna Facebook lain.

Terdapat juga pengguna Facebook menggesa pelajar itu diboikot, malah ada juga yang menulis komen supaya pelajar itu dibakar.

"Pelajar itu sekarang dalam ketakutan selepas kontroversi itu. Beliau juga sudah menutup akaun Facebook miliknya dan membuat laporan polis semalam.

"Remaja dan guru tersebut juga sudah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Selatan," kata Abdul Rahim yang ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Nibong Tebal semalam. 

Abdul Rahim juga berkata beberapa individu lain juga dipanggil untuk membantu siasatan.

"Beberapa orang, termasuk guru dan pelajar daripada sekolah sama juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Dikatakan pelajar lelaki itu mendakwa menekan "Suka" laman peminat pro-Israel itu secara tidak sengaja.

Ketua Superintenden polis daerah Seberang Prai, Shafien Mamat berkata pihak polis akan menyiasat mengapa pelajar itu menekan "Suka" di laman peminat itu selain ancaman yang diterimanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Osman Hussain berkata guru yang bertanggungjawab mendedahkan tindakan pelajar tersebut juga diberikan peringatan supaya tidak membawa isu itu ke Facebook untuk membincangkan mengenai perilaku pelajarnya.

"Jika beliau buat lagi, beliau akan dipindahkan keluar dari Pulau Pinang," katanya hari ini, sambil menegaskan jabatannya tidak mempunyai kuasa kerana sudah menjadi kes polis.

Osman juga memberi amaran kepada pelajar dan guru di negeri tersebut supaya tidak mengulangi insiden itu lagi.

"Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.

"Pelajar mesti belajar untuk menghormati satu sama lain dan guru juga perlu ingat sejauh mana nakal pun pelajar mereka, mereka masih pelajarnya," kata Osman lapor The Malaysian Insider

PAS buktikan mereka lebih hormat Khalid dari Anwar hari ini...

Posted: 12 Aug 2014 09:40 PM PDT


Semalam... Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meminta empat Exco Pas supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dikatakan akan berlangsung esok.

Langkah itu, kata Anwar, bagi membuktikan kesetiaan Pas bersama PR.

"Jika Pas setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok," katanya pada sidang media tergempar di Ibu Pejabat PKR di sini berikutan keputusan drastik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua exco dari PKR dan DAP.

Keputusan tersebut dibuat selepas Abdul Khalid mendapati kesemua enam anggota Majlis Mesyuarat Negeri itu bertindak mewujudkan blok yang didakwa boleh mengganggu kelicinan pengurusan pentadbirannya.

Empat Exco Pas itu ialah Ir Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Halimah Ali dan Salehen Muhyi.

Tapi.. hari ini.. meskipun telah diminta membuktikan kesetiaannya bersama PR, PAS membuktikan mereka lebih menghormati Khalid dari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri..

EMPAT Exco Pas muncul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pukul 9.30 pagi ini, sekali gus menunjukkan keengganan mereka memenuhi permintaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memboikot mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Mereka ialah Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (ADU Chempaka) Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak); Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali (ADUN Selat Klang); dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus (Adun Sijangkang). 
Mereka hadir mulai pukul 9.30 pagi lagi sebagai isyarat jelas berdiri teguh bersama Abdul Khalid bagi mengekalkan pentadbiran ADUN Pelabuhan Klang itu setelah memenuhi syarat minimum Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang memerlukan empat Exco untuk mentadbir kerajaan negeri. 
Abdul Khalid yang dipecat Lembaga Disiplin PKR pada 9 Ogos lalu turut hadir untuk mempengerusikan mesyuarat penting itu selepas beliau diperkenan Tuanku Sultan Selangor selepas menjelaskan memiliki sokongan majoriti ADUN Isnin lepas. 
Exco Pas Sallehin Mukhyi ketika ditemui berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan membangunkan negeri Selangor merupakan kepentingam daripada soal melayan karenah politik. 
"Soal MB khalid tidak wujud di sini, tetapi kita akan berkerjsama untuk menbangunakan negeri Selangor adalah penting. 
"Kita akan bekerjasama sehingga keputusan baru dibuat iaitu pada 17 ogos. Saya tak terima kalau bekerjsama dengan UMNO. 
"UMNO tak ada ada dalam kerajaan. UMNO adalah pembangkang, Kalau UMNO ada, Pas akan keluar," katanya ~ Lapor MalaysiaGazette

Terbukti mereka lebih setia kepada Khalid dari Pakatan rupanya...

Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam tampil jelaskan isu pinjaman RM70 Juta Khalid..

Posted: 12 Aug 2014 05:21 PM PDT


Menteri Besar Selangor yang ada sekarang ni kata dia akan lepaskan jawatan yang tiba-tiba menjadi isu hangat dinegara kita ini iaitu jawatan Menteri Besar selepas membersihkan dirinya..

Jadi sebagai membantu mempercepatkan proses pembersihan dirinya itu, disini aku siarkan satu laporan dan video yang menjelaskan tentang perkara yang menjadi antara punca Khalid di pecat dari PKR walaupun ianya akan kantoikan beberapa orang dari PKR.

Khalid didakwa gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Baca dan fahamkan apa yang didedahkan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar yang merupakan Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam.

Azrul juga pernah bertugas sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di ibu negara yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13.

Rentetan dari itu beliau telah telah digantung tugasnya oleh pengurusan Bank Islam kerana mereka mendakwa mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Azrul dalam hujahnya mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).

"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.

"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu....



http://www.youtube.com/watch?v=rcmGna0fwiU&feature=youtu.be

Manakala seorang lagi individu yang mendakwa dirinya adalah saksi pakarbagi pihak Bank Islam dalam kes 'Bank Islam vs Tan Sri Khalid' pada tahun 2009.

"Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful."

"Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara."

Menurutnya lagi dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian 'bawah meja' kerana ia melibatkan dua isu besar iaitu:

(1) perselisihan mengenai isu2 Syariah yang menyentuh kontrak Bai' al-'Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu 'inter-conditionality', 'pre-signed documents' dan muwaataah.

(2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif.

Tambahnya "Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu2 inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua2 pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah."

"Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia." katanya..

Itu adalah penjelasan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang boleh dilihat di ( SINI )


OK.. dah clear satu isu... semoga nama Tan Sri Khalid bersih dengan penjelasan ini dan cepat sikit beliau letak jawatan MB Selangor itu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...