Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ada yang tak beres: "Saya perlu dengar dari Hadi..." kata Nik Aziz lapor Media UMNO

Posted: 17 Aug 2014 09:00 AM PDT


Hari ni kalau kita menjenguk Blog-blog atau Portal berita Pro UMNO yang melaporkan keputusan Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kuala Lumpur yang mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Wan Azizah dan Timbalannya, Azmin sebagai calon menteri besar yang baharu jelas kelihatan kekecewaan mereka.

Kecewa kerana PAS tetap mahu bersama Pakatan Rakyat, bukannya keluar dari Pakatan Rakyat sebagaimana yang diharapkan oleh kebanyakkan penyokong UMNO.

Berbagai laporan yang menyerang PAS dari mereka.. Ada yang melaporkan dengan tajuk "PAS Piss PUS wajar tukar nama ke PEKASAM".

"Sekurang Kurangnya Tokong Dap Guan Eng dan Kit Siang tegas pertahankan nama Allah untuk bible dan tegas tak mau hudud, Apa Lagi Pas Ada?", "Keputusan mesyuarat: Suatu manifestasi lambakan Anwarinas dalam Pas" dan ada yang ,elaporkan "PAS buat 'U' Turn" dan berbagai lagilah..

Semuanya berusaha menterjemahkan tindakan PAS yang baik untuk Pakatan Rakyat itu sebagai langkah kurang bijak dan berusaha untuk menonjolkan kononnya berlaku apa yang telah dicapai dalam mesyuarat PAS itu, dicapai bukan dengan sebulat suara.

Contohnya laporan dari media UMNO ini..

Nampaknya ada yang tak beres dengan keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat untuk menarik balik sokongan Majlis Syura PAS pada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan Majlis Syura pada 7 Ogos lalu menetapkan PAS mahu mengekalkan Abdul Khalid selagi tidak buat dosa besar atau jenayah yang didapati bersalah di mahkamah.

Ramai yang pelik tengok di sidang media PAS tadi, yang bercakap adalah Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kumpulan ulama dalam PAS tidak nampak bayang dalam sidang media penting itu, sedangkan Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Ada yang tak beres ke?

Jika tengok gambar sidang media itu juga, kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tak kelihatan.

Yang jelas, dari senarai pemimpin PAS yang tunjuk muka di sidang media itu adalah kumpulan profesional dalam PAS.

Sementara itu di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, Presiden Pas itu akan datang ke negeri itu esok dan mengadakan pertemuan dengannya untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Dia (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya Ahad.

Reaksi Nik Aziz itu nampak macam beliau tak terima 100 peratus pengumuman yang dibuat oleh Mat Sabu di Ibu Pejabat PAS tengahhari Ahad.

Sehingga Nik Aziz selaku pemimpin kerohanian PAS ambil sikap, dapat laporan langsung dari orang nombor satu, Abdul Hadi.

PAS hari ini mengemukakan nama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor lapor Agenda Daily

Depa tak puas hati lah tu... ha.. ha..

Hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor

Posted: 17 Aug 2014 07:36 AM PDT


PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyatkira-kira 45 minit di Subang.

Keputusan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu Azmin berkata, beliau menghargai keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencalonkan namanya, namun akur dengan keputusan PR mencalonkan Wan Azizah seperti dipersetujui dalam akuan bersumpah dan disertakan kepada pihak Istana.

"Saya hargai pencalonan nama saya tetapi dalam soal ini kalau ditanya jawatan MB atau parti, bagi saya parti diutamakan dahulu, saya pernah kata kepada rakan saya kita perlu menyelamatkan PR dan memastikan keadilan kembali kuat.

"Kita tak mahu isu ini terus dispekulasikan lagi, biar proses itu diteruskan seperti yang dicapai bersama," katanya tanpa menguas lanjut

Berikut kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat:

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

Tan Sri Khalid mohon masuk menghadap Sultan Selangor..

Posted: 17 Aug 2014 12:32 AM PDT


Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM 
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014

PAS terima Wan Azizah, turut cadang nama Azmin sebagai calon MB dan kekal dalam Pakatan.

Posted: 16 Aug 2014 09:42 PM PDT


PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.


Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan...

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijangka panas hari ini berjalan dengan lancar serta harmoni dan berjaya diselesaikan dalam masa tidak sampai satu jam setengah.

Menurut seorang ahli mesyuarat itu, presiden PAS berjaya mengendalikan mesyuarat dengan baik dan keputusan dicapai dengan sebulat suara dan tamat jam 11.30 sekejap tadi.

"Alhamdulillah, mensyuarat berjalan dengan lancar dan keputusan dicapai sebulat suara. Presiden PAS mengendalikan mesyuarat dengan baik," kata seorang ahli mesyuarat ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Katanya, keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.

Utusan Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat ini.

Namun, perbincangan, surat panjang, pandangan awal, serta semangat mahu mempertahankan PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan mesyuarat ini dengan cepat dan lancar.

Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.

Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, "We are members of PAS and we support our president," yang bermaksud "Kami ahli PAS menyokong presiden kami".

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...