Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kegilaan apakah ini?.. Berpakaian separuh bogel ditengah-tengah Ipoh..

Posted: 25 Aug 2014 09:08 AM PDT


Kalaulah insiden ini berlaku di Pulau Pinang, sudah tentu Guan Eng sekali lagi menjadi sasaran kecaman macai-macai..

Malangnya ianya tidak berlaku di Pulau Pinang tetapi berlaku di negeri yang ditadbir oleh UMNO/BN iaitu Perak..

Masyarakat setempat hari ini dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang hanya berseluar panjang hitam dan seorang wanita berbikini putih dan mengenakan kain layah, dipercayai pasangan model sedang berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussuf di Ipoh hari ini.

Kehadiran pasangan itu yang berpakaian tidak senonoh mengundang perhatian pengguna jalan raya sekitar kawasan itu malah difahamkan ada yang memperlahankan kenderaan untuk melihat.

Beberapa laman sosial juga mula menyiarkan gambar dan kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi tadi.

Pasangan model berkenaan bersama beberapa krew dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan di lokasi itu.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata penggambaran itu berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu antara lima hingga 10 minit.

Katanya ketika pasangan itu melalui lintasan penjalan kaki di persimpangan lampu isyarat, Jalan Sultan Yussuf, beberapa buah kenderaan berhenti untuk melihat kejadian tersebut.

"Kehadiran pasangan itu tidak lama tetapi semua orang yang ada melihat mereka kerana berpakaian tidak senonoh," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq pula berkata beberapa anggota polis diarahkan ke lokasi itu apabila pihaknya menerima kiriman gambar yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp tetapi sebaik sahaja anggota polis tiba, pasangan itu tiada.

"Arahan dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka perlu menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu, katanya.

Katanya kejadian itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib lapor Bernama


Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Cara 'Langkah Kajang' diatur punca kemelut Selangor - PSM

Posted: 25 Aug 2014 02:06 AM PDT


Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.

Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.

Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.

Tikam menikam

Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan "Langkah Kajang" dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor.

"Langkah Kajang" yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka.

Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab.

'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab'

PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah "politik".

Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.

Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN.

Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan.

Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu.

Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan.

Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa.


DR NASIR HASHIM
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

13 Adun PAS tak akan tandatangan SD sokong Wan Azizah

Posted: 25 Aug 2014 12:17 AM PDT


PAS mengesahkan baki 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka tidak akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, 13 Adun tersebut tidak menandatangani sebarang SD menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah seperti yang dilakukan oleh Adun PKR dan DAP.

"Tidak, perkara itu tidak berbangkit," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas ditanya mengenai SD tersebut.

Mengenai jawatan menteri besar, Mustafa berkata pihak partinya menyerahkan kepada Sultan Selangor untuk menggunakan kebijaksanaannya bagi memilih calon yang baru.

"PAS bersetuju untuk serahkan kepada perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menentukan siapa pengganti bagi jawatan MB Selangor," katanya.

Pengesahan Mustafa tersebut mengesahkan hanya dua Adun PAS sahaja menandatangani SD ‎menyokong Dr Wan Azizah, iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin. 

Malah, kedua-dua Adun tersebut juga masih berdepan dengan tindakan disiplin kerana membuat tindakan awal yang membelakangi keputusan parti Islam tersebut.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut menyebabkan wujudnya pertikaian di kalangan parti dalam Pakatan memandangkan PKR bertegas untuk kekal dengan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB.

Mesyuarat majlis pimpinan PR yang bermesyuarat kemudian petang itu memutuskan untuk menghantar hanya nama Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan istana.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari mengesahkan Pakatan sudah menghantar nama isterinya, Dr Wan Azizah kepada pihak Istana untuk diputuskan Sultan Selangor sebagai MB baru. 

Anwar berkata tidak timbul isu dua nama dihantar ke istana. "Jadi hanya satu calon dan surat itu ditandatangani pemimpin PR, Guan Eng, Mat Sabu dan saya sendiri, dan itu mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Esok, Khalid akan mengadap akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang kepercayaaan daripada majoriti Adun lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...