CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(PKR DIKTATOR DALAM PR) PKR tidak hormati Majlis Syura

Posted: 10 Aug 2014 12:15 AM PDT


Georgetown: Pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dianggap sebagai tindakan tidak mencerminkan semangat demokrasi dalam pakatan pembangkang.
Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Zulkifli Mohd Noor berkata, sebaliknya ia menggambarkan prinsip kapitalis dan diktator dalam pakatan pembangkang. 
Beliau berkata, keputusan pemecatan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa memberi peluang kepada Abdul Khalid membela diri.

Ramai yang tidak yakin Pas akan kekal dengan keputusan Majlis Syura menyokong Tan Sri Khalid setelah Anwar berjumpa dengan pimpinan Pas selepas ini

Jawatankuasa Lembaga Disiplin juga dilihat langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada Abdul Khalid membela diri serta menjawab segala tuduhan mengikut tatacara betul dan adil.
"Saya terpanggil memberi kenyataan ini dan menyatakan sokongan kepasa Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
"Malah PKR sendiri tidak menghormati keputusan dibuat Majlis Syura Rabu lalu," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.

JOM TUKAR: Ummaland pengganti Facebook

Posted: 09 Aug 2014 10:57 PM PDT


SHAH ALAM - Pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial berbentuk Islamik iaitu Ummaland.

Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.

Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 ahli baharu menyertai laman sosial ini.

Satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.

Laman sosial Islamik berkenaan juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Perbincangan berkenaan politik, kebencian, keganasan dan peperangan tidak dibenarkan sama sekali.

Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.

Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Sehingga semalam, seramai 162,429 pengguna telah menyertai Ummaland. 

Nik Aziz: Walau PR KO, PAS Tetap Utuh (Fitnah Malaysian Insider kaitkan Nik Aziz Tidak Menjadi)

Posted: 09 Aug 2014 07:52 AM PDT

Fitnah Malaysian Insider yang cuba memecah-belahkan PAS berkaitan isu MB Selangor tidak menjadi

KOTA BAHARU: Apa jua kemelut politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR) masa ini, ia tidak akan menggugat keutuhan Parti PAS.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

"Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya," kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

"Jadi sekarang ini PR 'KO' apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut (ikut) keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

"Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

"Kita mula dengan menyertai Barisan Nasional berdasarkan Tun Abdul Razak selepas 13 Mei. Saya dan Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda (bekas Presiden PAS) menyokong kuat masuk UMNO tetapi entah bagaimana kita ditendang keluar namun kita tegap duduk dengan keadaan kita, tidak mengapa berlaku kali kedua dengan Semangat 46. Kita bersama mereka akhirnya dan kita teruskan jua  -- itu sejarah kita," katanya.

PAS, katanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa ini dan akan datang, dan sekiranya PAS terpaksa berdiri sendiri, parti itu mampu melakukannya dengan sokongan padu ahlinya.

Beliau juga menasihati semua pihak supaya menjaga lidah dan tidak bercakap perkara yang tidak benar.
Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulamak membuat keputusan supaya mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran amanah.

Keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dengan melihat kepada kepentingan rakyat yang seharusnya mendahului kepentingan individu atau parti.

Khalid akan mengadap Sultan, "Saya Terima Pemecatan Walau Ia Salah & Cacat Ikut Undang-undang"

Posted: 09 Aug 2014 07:29 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan kepada baginda mengenai perkembangan terbaru terhadap dirinya serta mendapatkan nasihat dari baginda.
Menurutnya, hingga isu ini selesai mengikut prosedur yang betul berpandukan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, beliau akan meneruskan memberi khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuannya.
"Saya menerima keputusan parti untuk membatalkan keahlian saya  walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Khalid juga memaklumkan bahawa di dalam surat jawapannya kepada Lembaga Disiplin beliau telah menyatakan bahawa sesungguhnya beliau keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadapnya.
Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan parti yang telah beliau cabuli.
"Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.
"Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan sesi pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan dari pihak saya. Saya tidak diberi peluang atau proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti," ujarnya.

BERIKUT KAMI SIARKAN KENYATAAN PENUH BELIAU
Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.
Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.
Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.
Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.
TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
9/8/2014
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...