CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


RAMAI TAK TAHU SARAWAK SATU2NYA NEGERI BERMAJORITI KRISTIAN DI MALAYSIA, Sejarah dan perkembangan gerakan kristianisasi di Sarawak

Posted: 12 Aug 2014 03:05 AM PDT


Gerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall di atas jemputan James Brooke. Francis Mcdougall merupakan seorang doktor perubatan yang bermazhab Anglican dan merupakan pengasas bagi Mazhab Anglican di Sarawak. Beliau memulakan aktiviti missionaries pertamanya di Sarawak dengan menubuhkan Borneo Church Mission.
Sasaran awal bagi gerakan ini adalah orang-orang Melayu di Sarawak. Francis Mcdougall merupakan orang pertama yang membuka sekolah formal bagi anak-anak Melayu sebagai cara untuk memudahkan dakyah Kristianisasi terhadap anak-anak Melayu. Beliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Bagi tujuan untuk menggencarkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang Melayu. Namun begitu, usahanya gagal apabila pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu menentang tindakan tersebut. Setelah gagal dengan usaha tersebut, Francis Mcdougall meneruskan usaha dakyahnya dengan membuka sekolah untuk anak-anak Melayu serta menyebarkan buku panduan agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada masyarakat.
Setelah usaha kristianisasi terhadap orang Melayu menemui kegagalan, Francis Mcdougall seterusnya mengalih sasaran kepada masyarakat pribumi dan Cina di Sarawak. Usaha penyebaran agama Kristian oleh beliau dalam kalangan masyarakat tersebut membuahkan hasil. Beliau menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beliau sebagai doktor perubatan bagi menarik minat masyarakat tempatan untuk menerima Kristian dengan menubuhkan klinik perubatan selain mengambil anak angkat serta mendamaikan pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat di Sarawak.
Pada tahun 1881, Charles Brooke telah menjemput tokoh kristianisasi yang daripada mazhab Katolik ke Sarawak setelah kegagalan Missionaries Anglican menyebarkan dakyah ke bahagian lain di Sarawak. Father Edward Dunn, menjadi antara nama besar yang berjaya menyebarkan agama Kristian di Sarawak. Beliau merupakan salah seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik. Beliau sangat berkemahiran dalam bidang pertanian dan kelebihan ini dimanfaatkan oleh beliau semaksima mungkin untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian. Aktiviti kristianisasi seterusnya tertumpu di bahagian kedua sarawak iaitu di Sarikei dan juga Saribas.
Keluarga Brooke sangat menyokong dan memberi dorongan terhadap penyebaran agama Kristian di setiap bahagian di Sarawak tanpa mengira denominasi mazhab, walaupun keluarga mereka sendiri merupakan Kristian yang bermazhab Anglican. Keluarga Brooke pada ketika itu memberi jaminan terhadap keselamatanmissionaries Kristian serta meyakinkan paramissionaries bahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap usaha kristianisasi yang mereka lakukan. Di samping menyebarkan agama Kristian dalam masyarakat, Father Edward Dunn juga telah berjaya menubuhkan beberapa buah sekolah missionaries di Sarawak. Antaranya, Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching.
Antara mazhab Kristian utama lain yang terdapat di Sarawak, antaranya adalahGereja Methodist SarawakSevent-Day Adventist dan juga SIB (Sidang Injil Borneo).
Borneo Evangelical Mission (BEM)ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928. Sasaran awal gerakan ini adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit. SIB antara mazhab Kristian yang terbesar di Malaysia dengan anggaran keahlian seramai 500 000 orang di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta'Clergymen'  gereja. Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo.
Ecumenism ataupun penyatuan gereja-gereja sangat popular di Sarawak. Penyatuan ini telah dilakukan pada tahun 1991. Antara mazhab yang menyertaiEcumenism adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army. Penyatuan gereja-gereja ini telah membentuk Sarawak Ecumenical Centre yang menjadi suatu badan yang mengatur serta menyelaraskan aktiviti missionaries di Sarawak.
Pertubuhan-pertubuhan Kristian semakin berkembang di Sarawak selepas merdeka. Kira-kira 50 pertubuhan ataupun mazhab Kristian telah ditubuhkan di Sarawak selepas merdeka. Hasil perkembangan dan usaha gigih mereka telah berjaya merubah demografi Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang majoriti beragama Kristian.
Selain itu juga, pelbagai purtubuhanmissionaries antarabangsa menjalankan aktiviti kristianisasi secara pesat di bumi Sarawak antaranya Church of Latter-Day Saint (mormon), World Church Mission (WCM), Mill Hills Societydan banyak lagi.
Usaha mereka yang terancang ini perlu menjadi perhatian masyarakat Islam di Sarawak agar kita semua sedar akan ancaman ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Ismaweb.net

Kerajaan PR: Papan Iklan Seru Bersatu Demi Islam dan Melayu TIDAK DIBENARKAN, Papan Tanda lain ok

Posted: 12 Aug 2014 01:59 AM PDT


BANGI, 12 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melahirkan rasa kesal apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak meluluskan permohonan papan iklan di dua daerah itu atas alasan mengandungi isu 'sensitif'.

Setiausaha Agung ISMA, Dr Ahmad Kamsani Samingan ketika dihubungi ISMAweb berkata, pihaknya terkejut dan amat terkilan dengan tindakan majlis itu.
"Tiada salahnya menyeru kepada keagungan Islam dan kedaulatan Melayu kerana kedua-duanya merupakan teras utama kenegaraan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia," ujar beliau. 
Papan iklan ini pernah dipasang oleh DAP di Kuching, Sarawak pada April 2013

Reka bentuk (design) papan iklan yang dihantar kepada pihak majlis mengandungi gambar wajah Presiden dan Timbalan Presiden ISMA bersama mesej 'Marilah sama-sama berjuang demi keagungan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini' beserta logo ISMA dan alamat laman web www.ismaweb.net.
"Sepatutnya seruan-seruan sebegini dialu-alukan kerana ia mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa negara ini dibina di atas asas Islam dan Melayu sebagai identiti kebangsaan, sesuai dengan sambutan bulan kemerdekaan.
"Menghormati keagungan Islam dan kedaulatan Melayu adalah kunci kepada kestabilan dan keharmonian negara sejak awal penubuhannya. Maka sewajarnyalah rakyat diperingatkan agar tiada muncul golongan yang sanggup mencabar perkara ini yang pada hakikatnya mencabar perlembagaan," tegas beliau lagi.
Papan iklan DAP di Sarawak pada April 2011
Dr. Kamsani menjelaskan, jika dinilai secara adil mesej yang dicadangkan itu langsung tidak  mempunyai elemen 'rasis' mahupun 'sensitif'. 
Sebaliknya dalam kes ini, majlis perbandaran pula dilihat seolah-olah menunjukkan sikap mereka yang anti Islam, anti Melayu dan anti kebangsaan. 
"Mengapa mereka tidak mahu sebarang mesej yang menyeru kepada mendaulatkan Islam dan Melayu terpampang di negeri ini? Walhal Islam dan Melayu merupakan dua identiti teras utama kepada negara ini," tegasnya lagi.
Menurut kakitangan Pejabat ISMA, Puan Noorazilawati Zulkipeli, permohonan pemasangan dua buah papan iklan itu telah dibuat pada 22 Julai 2014 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Selayang menerusi syarikat vendor Out Of Home Media Sdn. Bhd.
Namun, permohonan itu ditolak oleh kedua-dua majlis perbandaran dengan alasan ianya melibatkan isu sensitif. Perkara itu dimaklumkan oleh Eksekutif Jualan Syarikat Out Of Home, Puan Momori Beh kepada Puan Noorazilawati semalam.

Penyelidik PAS cadang k'jaan campuran di S'gor

Posted: 11 Aug 2014 11:42 PM PDT


KERAJAAN 'KONSENSUS NASIONAL' NEGERI SELANGOR

Melihat kepada kemelut politik negeri Selangor yang telah berlarutan lebih setahun sejak PRU 13 yang lalu, saya secara peribadi mencadangkan supaya sebuah kerajaan yang berkonsepkan 'Konsensus Nasional' dibentuk di Negeri Selangor. Konsep pembentukan kerajaan berasaskan 'Konsensus Nasional' pernah diwarwarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah pernah juga disuarakan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan istilah 'Rekonsilasi Nasional'. Perkara ini juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas asas kepentingan (maslahah) rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti.

Semangat 'Konsensus Nasional' ini perlu dihidupkan semula demi mengelakkan kemelut politik Negeri Selangor yang berpanjangan sehingga turut boleh menjejaskan rakyat Selangor dan negara Malaysia secara keseluruhannya. Kemelut politik di Negeri Selangor sepatutnya tidak timbul sekiranya pimpinan-pimpinan mengambil sikap mendahulukan kepentingan rakyat seperti penyelesaian krisis air yang merupakan keperluan asasi manusia, pembasmian salahguna kuasa, penurunan kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur, memerangi jenayah, pencegahan demam denggi dan lain-lain lagi isu berkaitan kepentingan rakyat. Malangnya terdapat segelintir pimpinan-pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan kepentingan individu dan parti.

Kemelut politik ini menyebabkan sebahagian besar rakyat negeri Selangor mulai bosan, malah meluat dengan karenah pimpinan-pimpinan politik. Sepatutnya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kemudian diperkenankan oleh Duli Yang Mulia Sultan Selangor, diberi peluang yang saksama untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi menjaga kepentingan rakyat seluruhnya. Pimpinan-pimpinan politik mempunyai peluang setiap lima tahun sekali untuk menukar kerajaan seterusnya menukar individu-individu yang memimpin sesebuah kerajaan. Sistem penukaran kerajaan dan pemimpin berdasar semangat demokrasi seperti ini akan mewujudkan politik yang harmoni dan stabil.

Sehubungan dengan itu bagi menangani kemelut politik Negeri Selangor yang berpanjangan, adalah dicadangkan sebuah kerajaan yang berkonsepkan 'Konsensus Nasional' diwujudkan. Pengwujudan kerajaan tersebut ialah dengan mengekalkan MB sebagai ADUN bebas dan barisan exco yang sedia ada, menjadikan BN sebagai pembangkang yang mesra kerajaan dan menubuhkan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan seluruh parti sama ada dari PR, BN atau ADUN bebas untuk menjayakan 'Konsensus Nasional' tersebut.

Pengekalan MB dan barisan exco yang ada sekarang merupakan salah satu elemen penting kerana mereka telah merancang program-program jangka panjang dan jangka pendek sehingga PRU 14 akan datang untuk kepentingan rakyat Selangor. Sekiranya penukaran berlaku, maka ia akan membantut perancangan-perancangan tersebut, sekaligus menjejaskan usaha-usaha yang telah dirancang oleh kerajaan untuk rakyat. Selain daripada itu, penukaran tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor akan menjejaskan kestabilan politik negeri seperti yang berlaku sekarang, sehingga merencatkan usaha menarik pelabur-pelabur ke Selangor dan Malaysia umumnya.

Demi menjayakan 'Konsensus Nasional' peringkat Negeri Selangor, pihak pembangkang (BN) boleh diberi tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri khususnya menjadi kuasa semak dan imbang yang diiktiraf, sebagai contoh seorang ADUN dari BN dilantik untuk mengetuai jawatankuasa SELCAT. Konsensus ini diperkukuhkan dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti-parti dari PR, BN dan ADUN bebas. Dalam konteks ini Dato Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai Pengerusi atau Penasihat sebagai pengiktirafan kepada usaha 'Konsensus Nasional' yang diusahakan beliau sebelum ini.

Secara peribadi, saya melihat inilah penyelesaian terbaik kepada kemelut politik Negeri Selangor yang memuaskan hati semua pihak. Penyelesaian ini juga dapat mengelakkan daripada pilihanraya semula yang akan mengorbankan sejumlah dana awam yang banyak, menangani ketidakkestabilan politik disebabkan kekaburan siapakah yang mendapat sokongan majoriti, memberi ruang kepada semua pihak berkaitan seperti pihak kerajaan tempatan, kakitangan-kakitangan kerajaan, pimpinan-pimpinan komuniti melaksanakan tugas mereka dan yang lebih utama kepentingan rakyat akan terpelihara.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi PPP

12 Ogos 2014
16 Syawal 1435

Allah Jadikan Krisis MB Selangor untuk Kita Kenal Siapa Husam Musa dan Puak Anwarinas (Hanipa Maidin, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Mustapha Ali dll)

Posted: 12 Aug 2014 12:30 AM PDT





Punca Khalid Ibrahim ditukar MB kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta

Posted: 11 Aug 2014 08:25 PM PDT


Punca Khalid Ibrahim ditukar MB kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang -akui Tony Pua DAP pada MalaysiaKini
Like Page >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

1.Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008. 

2.Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.

3.Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang. Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini.

4.Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Tuan Guru Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia. Dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor.

5.Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP? Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

Ya Allah, Jom semua kawan kawan kita CLICK SHARE dan KONGSI untuk kita sebarkan pada semua orang Melayu Selangor. Kita pertahankan MB Khalid Ibrahim habis habisan sebab dia telah bantu membela Melayu Islam dalam senyap.

Bukti Tony Pua DAP mengaku punca utama Khalid Ibrahim ditukar kerana batalkan projek ternakan babi mega terbesar:
http://www.malaysiakini.com/news/270743

Bukti Hanipa Maidin mahu DAP jadi Menteri Besar Selangor: 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-tiada-kuasa-veto-dalam-parti-kata-ahli-parlimen-pas

Bukti Hanipa Maidin PAS jadi peguam bela bagi syiah: 
http://www.malaysiakini.com/news/167279

Bukti Hanipa Maidin PAS tulis artikel diakhbar harakah puji ulama syiah Khomeini:
http://imagizer.imageshack.us/a/img221/1739/25551717658596247824280.jpg

Bukti Teresa Kok DAP akui selaku Exco Selangor 2008 luluskan projek ternakan babi mega terbesar di blognya sendiri: 
http://teresakok. com/2008/04/07/selangor-lulus-projek-ternak-babi-rm100j/

‪#‎bbcd‬

yang ikhlas
-ketua pengakap-
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapOri <-click span="">

Pengajaran Kepada Pas: Krisis MB Selangor mengingatkan kita Krisis MB Kelantan 1977

Posted: 11 Aug 2014 06:40 PM PDT


Deen Qassim menulis. (Like FB @deen qassim)

Pada tahun 1977 satu krisis politik tercetus antara Menteri Besar, Muhammad Nasir (Allahyarham) dengan 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (Kumpulan 20). Krisis ini meletus daripada desakan Pas supaya Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB. Adapun kenapa Pas membuat desakan itu kerana Muhammad Nasir tidak berperanan untuk parti dan lebih mirip akur kepada Perpaduan dengan UMNO.

Apabila dipaksa, didesak dan ditekan, Muhammad Nasir yang merupakan anak jati Kelantan mewarisi sifat KENTAL Orang Kelantan berdegil untuk tidak meletakkan jawatan.

Pas ketika itu tidak ada jalan lain melainkan mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN Kelantan bagi menyingkirkan Muhammad Nasir. Usul itu diterima dan Muhammad Nasir ditolak oleh DUN Kelantan sebagai MB.

Muhammad Nasir tidak berpuas hati dan meminta supaya Pemangkau Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya peringkat DUN Kelantan diadakan. Beliau membuat cadangan itu atas kapasiti beliau sebagai MB. Muhamamd Nasir tidak menerima dan memperakui usul undi tidak percaya yang dibuat oleh DUN itu.

Malangnya pemangkua Sultan tidak memberi perkenan atas permintaan Muhammad Nasir sebab Pas masih mnguasai DUN Kelantan.

Penolakan itu mengecewakan Muhamamd Nasir. PAS menuduh UMNO sebagai dalang Besar yang menyuruh dan mempengaruhi Muhammad Nasir berbuat demikian. PAS tuduh UMNO sebagai dalang kerana ingin menunjukkan kepada Rakyat UMNO JAHAT dan UMNO tidak bertanggunjawab. Bagi PAS sekiranya DUN dibubarkan(seperti mana saranan Muhammad Nasir) Umno akan mengambil kesempatan atas pilihan raya yang akan diadakan.

Apabila Pemangkau Sultan enggan membubar Dewan,Huru hara berlaku di Kelantan. sekali lagi PAS menuduh UMNO sebagai perancang bagi menimbulkan menimbulkan huruhara di Kelantan. PAS menuduh UMNO mengupah sekumpulan rakyat mengambil kesempatan menimbulkan suasana buruk. Mereka mengarak dan mengusungkan Muhammad Nasir atas tandu ke beberapa daerah untuk menjelaskan apa yang berlaku. Sebenarnya kumpulan ini adalah kumpulan Penyokong setia Muhammad Nasir ketika itu.

sebahagian besar Rakyat Kelantan menganggap Muhammad Nasir sebagai pemimpin jujur dan ikhlas. Apabila kejadian ini berlaku maka PAS berpecah dan rakyat juga berpecah. UMNO ketika itu mengambil pendirian tunggu dan lihat.

Apabila kepimpinan PAS berpecah maka RAHSIA DALAM KAIN PAS yang di"susut" kepada rakyat terbongkar sehinggalah kepada Isu Tanah yang dijual kepada Syarikat Asing juga turut dibongkarkan. Hasilnya rakyat sudah mula naik angin. sekali lagi PAS menuduh UMNO menghasut rakyat yang berjaya menjadikan rakyat pening dan menerima Muhammad Nasir sebagai tokoh jujur dan ikhlas. sebenanrnya bukan UMNO yang dalang tetapi PAS melalui (kumpulan 20) yang dilihat sebagai watak-watak yang ingin kepada Kebenaran sebenar.

Himpunan dan perakan berlaku di sekitar Bandar Kota Baru dan bandar-badar lain. Rumah-rumah wakil rakyat direjam dengan batu dan tahi lembu. Kereta dirosakkan dan cermin kereta dipecahkan. Apa yang dinamakan rusuhan pun berlaku. Kebakaran juga terjadi di beberapa tempat di Kota Bharu, menjadikan bandar itu laksana dibom Jepun.

Keadaan dilihat seperti tidak terkawal. Lalu perintah berkurung di istyharkan di Kota Bharu. Berikutan itu juga satu sidang khas Parlimen diadakan untuk membentang usul untuk meletakkan Kelantan dibawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran)

Kalau tidak silap pemerintahan Mageran di Kelantan berlangsung kurang enam bulan saja. Selepas itu pada 11 Mac 1978 satu pilihan raya diadakan untuk Kelantan.Atas dasar populariti dan simpati rakyat pada Muhammad Nasir, Pilihan raya memperlihatkan PAS kalah teruk dan Muhammad Nasir yang telah menubuhkan parti Barisan Jemaah Rakyat Malaysia (Berjasa) ketika itu menang. Pas hanya menang dua kerusi saja daripda 39 kerusi DUN.

Maka Barisan Perpaduan mengusai negeri. 1978 hingga 1990 menyaksikan Kelantan bergerak seiring dengan negeri2 lain. Pembangunan lancar, naiknya Kota darul naim, terbinanya Balai Islam, Institusi agama dinaik taraf.

Semoga kisah itu menjadi pengajaran kepada Pas untuk bertindak menangani silat pulut Anwar Ibrahim berkaitan isu MB Selangor. 

Pas harus sedar, UMNO itu bukan musuh Pas, kita kekal saudara sesama Islam. Memang UMNO juga ada cacat cela terutama dalam mengejar kekayaan dunia tetapi aqidah mereka tetap sama dengan Pas. 

Musuh sebenar Pas adalah kafir yang sedang berusaha memurtadkan penganut Islam. Kafir yang sedang meracuni pimpinan Pas agar mereka menjadi liberal dan melupakan ajaran Islam sebenar. Musuh sebenar Pas adalah DAP yang dengan jelas dan nyata secara terang dan bersembunyi tidak putus-putus menentang Islam, malah suatu ketika mereka sanggup mengeluarkan kenyataan "Langkah Mayat Saya Dulu, Jika Ingin Melaksanakan Undang-undang Islam".


Pemimpin & Penyokong Pas Mesti Baca: Kembali Kepada Allah, Penjelasan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Adun Bukit Payong)

Posted: 11 Aug 2014 05:50 PM PDT



SURAT TERBUKA UNTUK PEMIMPIN DAN AHLI PAS

Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,

Kita semua menyedari sebab utama penyertaan kita dengan PAS kerana PAS adalah jemaah Islam yang berusaha untuk mengumpulkan ummah untuk menegakkan tuntutan Islam dan syariat Allah. PAS bergerak di landasan yang bersumberkan rujukan asas Islam iaitu Al-Quraan, Hadis, Ijma dan Qias. PAS berpolitik yang didasari dengan prinsip-prinsip Syara' dan kaedah-kaedah fekah. 

PAS sentiasa mengingatkan kita dengan firman Allah :
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An Nisaa : 59)

Kalam suci ini memberi panduan kepada jemaah Islam dan pendokong-pendokongnya untuk merentasi jalan perjuangan yang panjang dan mencabar ini. Segala kekhilafan dan perbezaan pandangan mampu diurus dan disatukan dengan kesediaan seluruh pemimpin dan ahli PAS untuk kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang diperkukuhkan dalam PAS.

Majlis Syura Ulama merupakan satu badan yang berperanan untuk merealisasikan ajaran Al-quraan untuk seluruh pendokong Jemaah Islam. 

Setiap pemimpin dan ahli PAS mesti menjadikan panduan al-Quraan dalam memperteguhkan Jemaah dan menyatukan pendirian mereka.

Firman Allah :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).(An Nisaa : 83)

Apakah sikap segelintir pemimpin dan ahli-ahli PAS yang mula mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh majlis Syura Ulama mula melupai panduan Al-Quraan ? Majlis Syura Ulama tidak pernah melanggari bidang tugasnya, khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,

Majlis Syura Ulama berhak untuk menyatakan keputusan dalam persoalan ini kerana ia tidak boleh dipisahkan daripada beberapa prinsip asas dalam politik Islam.

Pertama : Adakah Hukum Islam membolehkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wanita ?

Kedua : Adakah hukum Islam membenarkan kita melucutkan jawatan seseorang pemimpin tanpa apa-apa sebab atau apakah sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' untuk melucutkan jawatan seseorang yang telah dibaihkan untuk memerintah dan memimpin sebuah kerajaan ?

Menteri Besar Selangor bukan Menteri Besar untuk ahli-ahli PKR sahaja tapi ia adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri dan rakyat Selangor. PAS tidak boleh berpolitik dengan menafikan ajaran Rasulullah, walaupun ajaran ini dilupai dan tidak diendahkan oleh orang lain. Rasulullah bersabda :

Tidak sesekali akan berjaya sesuatu kaum yang melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ahmad dari Abu Bakrah).

Apakah jawatan Menteri Besar setaraf dengan wizarah tafwidh atau wizarah tanfiz ? Dalam merealisasikan Rahmat Untuk Semua, PAS mahu menyelamatkan rakyat dan wanita Islam agar jangan melupai dan menceroboh ajaran Nabi untuk kebahagiaan akhirat kerana kepentingan jawatan dan politik semata-mata di dunia. 

Sahabatuku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

Kita tidak boleh melupai pengajaran para ulama. Imam Muslim telah menyebut satu tajuk dalam kitab Imarah/Kepimpinan iaitu bab wajib memenuhi baih/taat setia pada khalifah yang pertama dan seterusnya. Imam Muslim meriwayat beberapa hadis yang sepatutnya menjadi panduan dalam isu pertukaran Menteri Besar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Kenapa Rasulullah membimbing kita dalam melantik pemimpin untuk mentadbir dan mengurus rakyat dengan panduan ini ? Kenapa pemimpin tidak boleh dilucutkan jawatannya dengan sewenang-wenangnya, setelah berbaih untuk negeri dan rakyat ? Jawatan Menteri Besar bukan milik kekal tapi pertukarannya mesti dibuat berasaskan undang-undang dan panduan Islam. Jawatan Menteri Besar tidak layak untuk seseorang yang jahat, zalim dan salahlaku tapi kejahatan, penyelewengan dan salahlakunya mesti dibukti dan disabitkan kesalahannya. 

Kita membela Dato Seri Anuar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan alasan yang tidak dibuktikan dan dizalimi tanpa perbicaraan yang adil. PAS boleh membiarkan DS Anuar Ibrahim dipecat dan dipenjara oleh pemimpin BN yang lebih mengenali DS Anuar Ibrahim dan melibatkan isu dalaman BN tapi PAS tetap menyakini segala alasan itu bohong dan pemecatan itu zalim dengan sebab tiada pembuktian yang kukuh dan adil. PAS terus membela dan mengajak rakyat membela Timbalan Perdana Menteri yang dizalimi dan ditukar tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Sewajarnya, kita jangan menzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memecat jawatannya melainkan dengan pembuktian yang kukuh dan adil. Kita tidak boleh berkompromi dengan kezaliman sebagaimana kita juga tidak boleh mempertahankan salahlaku dan penyelewengan yang terbukti dan sabit yang dilakukan oleh seseorang pemimpin. 

Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

PAS tidak boleh memisahkan perjuangan dan pergerakkannya daripada sifat WALA'. 

Firman Allah dalam surah al-Maidah :
¨Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang.¨(Surah al-Maidah ayat 55 dan 56)

Sesiapa yang wala' kepada Allah, rasul dan orang-orang beriman, maka jemaah mereka akan akan mengalahkan musuh Islam. Kerana dalam hizbullah, ketiga-tiga wala' ini adalah teras kepada kemenangan dan Allah membantu hizbullah kerana wala' ini dan jika tiada wala', maka jemaah itu bukanlah jemaah Islam. Syarat wala' mestilah benar iaitu beraqidahkan dengan syariat Allah dan bukannya kepada ideologi-ideologi yang menyesatkan seperti sosialisme, komunisme dan sebagainya.

Dalam kita berjemaah, kita mesti ada pemimpin, pengikut dan manhaj kita. Jangankan dalam organisasi yang besar, bahkan ketika kita bermusafir tiga orang atau lebih, kita mesti melantik pemimpin salah seorang daripada tiga orang itu. Begitu juga contoh ketika solat. Setiap pergerakan imam, kita mesti mengikutinya satu persatu. Pengikut dibenarkan memberi pendapat mereka tetapi mesti patuh dengan pimpinan jika pendapatnya ditolak dan keputusan pimpinan itu tidak bercanggah dengan hukum qate'I, sehinggakan jika sekiranya ada khilaf sekalipun, kita masih perlu mengikut pimpinan kerana ijtihadnya walaupun salah, akan mendapat satu pahala.

Tidak timbul persoalan yang mengatakan wala' itu seperti memaksumkan pemimpin, malah wala' itu sebenarnya datang dari orang yang maksum iaitulah rasulullah saw. Bagindalah yang menyuruh pengikut sesebuah jemaah Islam mentaati ketua, walaupun pemimpin itu hanyalah seorang hamba abdi. Taatilah dia dalam perkara ma'ruf, samada kamu suka ataupun benci. Contoh yang baik berkaitan wala' ini jelas ditunjukkan oleh dua tokoh besar Islam iaitu Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar apabila dalam satu peperangan yang diketuai oleh Amru bin al-Ash, Amru melarang tenteranya menyalakan api ketika dalam kesejukan malam. Tetapi kedua mereka menurut arahan itu, dan hanya mengadu ketika bertemu rasulullah. Apabila ditanya oleh rasulullah kepada Amru tentang hal itu, maka dia menjawab, itu adalah strategi peperangan bagi mengelak musuh dapat melihat mereka kerana cahaya api itu. Atau kita ingin mengikuti jejak langkah bani Israel yang menolak Talut sebagai pemimpin yang Allah telah pilih untuk mereka semata-mata kerana dia miskin?

Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

Adakah masuk akal jika ada perkataan yang dikeluarkan oleh ahli iaitu dia hanya mahu memberikan ketaatan lebih kepada parti berbanding kepada Presiden sedangkan Presiden tidak melakukan dosa yang qate'i? Apakah maknanya jemaah jika Presiden tidak mahu dihormati dan ditaati? Bukankah jemaah dibentuk dengan adanya pemimpin dan pengikut? Terkadang ada rahsia yang tidak boleh diketahui oleh orang lain, hanya pemimpin sahaja yang mengetahuinya. Jika kita sebagai pengikut tidak menghormati ketuanya sendiri, adakah kita mengharapkan ahli jemaah lain menghormatinya? Jangan kita salah membezakan antara kewajipan dan keharusan. Ketahuilah, tahaluf itu tidak wajib dan bukan wala'. Ianya adalah alat. Jika ia menguntungkan, kita teruskan.

Dalam jemaah juga, kita wajib menjaga rahsia. Kisah Hatib ibnu Balta'ah yang membocorkan rahsia tentera Islam yang mahu menyerang Mekah setelah musyrikin Mekah mengkhianati perjanjian dengan orang Islam dan dia hampir dipancung oleh Saidina Umar, sepatutnya menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada kita kerana Hatib diselamatkan hanya kerana dia seorang yang berjuang didalam Perang Badar. Jika tidak, pastinya dia dihukum sebagai pengkhianat. 

Begitu juga jika ahli jemaah berkhianat membocorkan rahsia jemaah kepada pihak yang tidak sepatutnya, maka dia wajar dibuang dari jemaah. Kita mengambil contoh dari sirah nabawi kerana golongan sahabat adalah generasi terbaik yang telah disahkan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran. Sahabatlah sumber terbaik dalam kita mencari contoh bagi menjadikan kita sebagai pengikut yang taat disamping mengangkat pemimpin yang baik dan seterusnya menjulang jemaah kita sebagai yang terbaik di sisi Allah.

Oleh itu sahabatku pemimpin dan ahli-ahli PAS, sayugialah kita kembali kepada makna sebenar wala' yang telah dibuktikan oleh golongan sahabat dan kita menghapuskan fitnah yang sedang berlegar dalam jemaah kita.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Penerangan BPPNT/Adun Bukit Payong
15 Syawal 1435 bersamaan 11 Ogos 2014

TERDESAK: MUTAKHIR Anwar jumpa Abdul Hadi di Terengganu, Ya Allah Tetapkan lah Hati Pemimpin Pas

Posted: 11 Aug 2014 07:27 AM PDT


KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini. 

Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustapa Ali, ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu. 


Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini. 

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu Menteri Besar Selangor. 

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti berikutan keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya. 

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar. 


"Menurut Artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli. 

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota EXCO akan bersama Kerajaan Negeri dan saya. 

"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). 

ANWAR HILANG PUNCA: Beberapa Adun PKR Akan Sertai Khalid, Faekah Husin telah isytihar keluar PKR, BN isytihar Sokong Khalid Tanpa Syarat

Posted: 11 Aug 2014 09:13 AM PDT

 Peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri


KUALA LUMPUR: Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.


Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin telah mengisytiharkan keluar daripada PKR serta merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu diambil berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti menangani isu yang berbangkit daripada kedudukan jawatan Menteri Besar secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur. 


Cara dan tindakan dilakukan pucuk pimpinan PKR ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan parti itu sejak ditubuhkan 4 April 1999," katanya dalam satu surat makluman keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, petang tadi. 



Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB Selangor.

Abdul Khalid pada petang Isnin menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam sebuah portal turut menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletak jawatan.

Jelasnya, dia akan bertemu 10 exco Selangor pada Selasa untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau meletak jawatan.

Sebelum ini, pemerhati politik melihat Abdul Khalid berdepan laluan mencabar jika tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan nombor satu di negeri itu.

Abdul Khalid, tokoh politik yang 'muncul' dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok pada 2007, antara lain perlu menghadapi ADUN Selangor khususnya daripada PKR yang telah "menyahkan" beliau daripada kepimpinan politik Selangor.

PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu pada Sabtu.



Muhyiddin: BN sokong Khalid kekal MB Selangor

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

"Jadi atas beberapa dasar, sebab dan prinsip, BN menyokong MB Selangor (Abdul Khalid). "Kita juga tidak mengambil kira fahaman politik dan sebagainya, kita juga lihat tiada kewajaran perubahan pimpinan sebagaimana yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini di Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kali ke-11 di sini hari ini.



Muhyiddin berkata sokongan itu juga adalah tidak bersyarat dan ikhlas kerana apa yang ingin dilihat ialah keadaan yang stabil di negeri itu.

"Kalau anda tanya apa yang kita akan dapat dengan menyokong beliau (Abdul Khalid) kita pun tak tahu apa yang kita akan dapat," katanya.

Muhyiddin berkata yang penting ialah soal kesinambungan kepimpinan dan nasib rakyat di negeri itu. Beliau berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Selangor juga akan menyatakan sokongan sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Abdul Khalid.

"Selangor sebuah negeri yang penting dan atas sebab itu kita berpendapat kalau tiada perubahan kepimpinan, walau pun Khalid bukan daripada parti BN tetapi itu lebih baik untuk keadaan yang ada sekarang," katanya.



Beliau berkata dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Abdul Khalid juga memberikan sokongan dan kerjasama berhubung masalah air dan penstrukturan semula air di Selangor serta projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Jadi projek itu pada peringkat ini masih boleh diteruskan, itu perkara utama untuk mengelakkan krisis air bagi kami kerajaan persekutuan dan semangat kerjasama yang sudah sedia terjalin itu perlu diteruskan," katanya. 

Muhyiddin berkata, apa yang dibimbangkan ialah jika berlaku perubahan kepimpinan sudah tentu persefahaman dan perjanjian yang ditandatangani berhubung masalah air mungkin akan terjejas.

"Bagi kami dalam keadaan itu siapa yang elok kita sokong...bagi Kerajaan Pusat ialah menentukan nasib rakyat baik di Selangor dan persekutuan tidak terjejas dan terus dibela dengan perjanjian yang telah disepakati.

"Ikut bacaan saya kalau ada perubahan maka ada yang akan pinda itu...ini...dan ia akan bawa kesan besar kepada masalah air serta soal-soal berkaitan kebajikan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Ditanya sama ada boleh berlaku perubahan dalam perjanjian yang telah ditangani sebelum ini jika berlaku perubahan pentadbiran, Muhyiddin berharap perjanjian yang ditandatangani itu dihormati.

"Tetapi jika ada perubahan kerajaan saya juga tidak boleh jangkakan apa akan berlaku dan itu turut menjadi kebimbangan kita juga," katanya.

Mengenai sama ada akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor, Muhyiddin berkata perkara itu sukar diramal dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...