CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PENYOKONG PAS MESTI BACA: (SANGAT JELAS MEREKA MAINKAN PAS) Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah JELASKAN Isu MB Selangor

Posted: 13 Aug 2014 01:23 AM PDT



ISU KERUSI MB SELANGOR
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

1. TIDAK GILA JAWATAN

PAS sejak seusai PRU13 lagi telah mengumumkan jawatan MB Selangor diserah kepada PKR walaupun kerusi Dun PAS melebihi PKR, ia diumumkan sendiri Presiden PAS, TGHH atas semangat pakatan di mana PAS sudah ada Kelantan dan DAP pula P.Pinang.

2. TIDAK DIMESYUARATKAN

PKR menyusun 'Langkah Kajang' tanpa berbincang dengan PAS dan DAP hingga PRK Kajang 'terpaksa' dihadapi. PAS menegaskan membantu mengikut keperluan. Manakala soal pertukaran MB tidak berbangkit; sekaligus menjadi pendirian rasmi PAS.

3. CADANGAN

Apabila Ketua Umum PKR, DSAI mengumumkan pertukaran MB Selangor kepada DSWA dengan PAS dan DAP akan pulang membawa perbincangan hal itu kepada parti masing-masing bermakna hal itu adalah berstatus cadangan.

4. PENDIRIAN PARTI

Reaksi kepada pertanyaan media oleh TGHH bukanlah ulasan atau pandangan peribadinya. Pernyataan beliau itu adalah 'pendirian rasmi' PAS sebagaimana telah diputus dan dipegang sejak PRK Kajang.

5. MEMAKSA & GOPOH

Mereka yang mengkritik TGHH kerana penyataan itu hakikatnya tidak demokratik kerana lontaran DSAI itu hanyalah berstatus cadangan. Mereka seakan memaksa TGHH menerimanya sebagai keputusan sedang mesyuarat belum berlangsung, bermakna merekalah yang gopoh dan mengkhianati.

6. MEMPERIBADIKAN ISU

Pendirian PAS yang diulang sebut oleh TGHH itu menjadikan beliau sasaran serangan kononnya sibuk dan mencampuri hak PKR. Mereka cuba memperibadikan isu ini. Jika ini hanya semata-mata isu dalaman PKR, mengapa menggunakan mesyuarat PR? Mengapa LGE/DAP mahu mempertahankannya sama? Ini bukan isu keahlian PKR tapi isu kerusi MB.

7. TABIAT PERJUANGAN ISLAM

Pendirian yang dilihat kononnya bercanggah itu dinilai sebagai usaha PAS bergabung dengan Umno dan mahu keluar dari PR. Ini tafsiran bersifat fitnah dan gagal memahami tabiat perjuangan Islam. PAS telah mengulangi dalam beberapa kali muktamar bahawa ia akan kekal bersama PR yang menjadi janji dan jamaah Islam tidak memungkiri janji. Sangat aneh mereka yang berburuk sangka pada ulama dan jamaah sendiri. Kenapa tidak berfikir PKR dan DAP yang mungkin keluar PR?

8. SERANGAN BERBALAS

Gagal mendapat sokongan, PKR dilihat melancarkan serangan terutama kepada PAS termasuk batang tubuh TGHH. Malah, beberapa pimpinan PAS juga berkelakuan sedemikian. Antara diserang juga pentadbiran Kerajaan PR Kedah yang lalu hingga mengundang pendedahan mantan SETPOL MB Kedah, Almarhum TSAR. Jika sesiapa meneliti penulisan itu, ia bukan pendedahan penyelewengan tapi tuntutan (demand) yang menggambarkan sikap PKR. Kenapa mereka melatah?

9. LEMAH AQIDAH

Ada ahli PAS sudahpun longlai sebelum bertempur dengan nada mengugut andai PAS sendirian tidak akan mencapai cita-cita memerintah Malaysia. Inilah hujah akal yang terbukti lemah kerana Quran telahpun menghidangkan 1001 iktibar tamkin.

10. PENDAKWAAN

Tanpa berselindung, TSKI dihadapkan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan keraguan berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan (sanggup mereka tikam rakan sendiri?). Tetapi yang utamanya ialah TSKI diletakkan seperti telah dibuktikan bersalah sedangkan prosiding pengadilan tidak dilakukan atas beliau. Sedangkan kezaliman mendapatkan hak seperti itulah yang selama ini PAS, PKR dan DAP perjuangkan terutama untuk DSAI. Akhirnya TSKI dipecat pada 9 Ogos, ternyata langkah PKR sangat gopoh kerana tidak sempat menanti 10 Ogos yang menjadi tarikh asal PAS untuk menyatakan jawapan. Bermakna juga PKR merasai impak keputusan MSU yang bersidang sebelum itu. Paling memeningkan ialah hendak menjelaskan kepada rakyat kerana selama ini pentadbiran PR Selangor dijadikan modal ceramah satu bentuk pemerintahan yang telus dan berjaya oleh PR ke arah cita-cita model pemerintahan Malaysia baru.

11. MENDAHULUI MESYUARAT

Tidak berbangkit isu MSU mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana semua hal terikat dengan panduan syarak dan MSU telahpun menunjukkan sikap proaktifnya. Semua entiti PAS yang lain adalah penetap pelaksanaan dan pelaksana.

12. HIMPUNAN DILEMA

Sikap PKR dan DAP terkini meletakkan PAS dalam dilema kerana ada unsur mahu berpecah. Lebih malang nada-nada menuduh PAS akan bersama BN Selangor dalam situasi ini. Tetapi kerana isu ini ada pihak yang nyata seperti dipinggirkan iaitulah rakyat. Malah, meletakkan PR pada situasi genting iaitu kemungkinan bertembung dengan istana dan Pilihan Raya Negeri yang boleh menatijahkan PR kalah dan hilang pemerintahan (Pengarah Strategik PKR telahpun nyatakan sanggup hilang Selangor). Jadi, apakah tujuan utama sebuah pemerintahan yang difahami PKR dan DAP?

13. HUKUM YANG MENGIKAT

Kita yakin anggota MSU kita adalah ulama yang berkemampuan melihat dan memahami sesuatu perkara secara spontan (syai' badihi). Tetapi, sidang MSU menilai konteks isu ini berdasarkan hukum Islam yakni bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Sudah pasti hal berkaitan kepimpinan, rakyat, negeri dan perundangan yang menjadi intipati penting dalam siyasah syariyyah telah diteliti. Sebagai ahli/pimpinan PAS, sewajibnya keputusan syarak ini menjadi hukum yang mengikat, tidak mungkin ada hukum lebih tinggi, itulah yang diimani selama ini. Maka setiap ahli PAS perlu menilai kembali intima'nya terhadap jamaah ini. Wallahu'alam.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
* penulis ialah Wartawan Harakah Kedah dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah. Catatan ini hanyalah pandangan peribadi beliau

(ANWARINAS ELOK IKUT SERTA) Zulhazmi, ahli exco Pemuda PAS letak jawatan dan Mohon Maaf Kerana Kritik Hj Hadi Secara Keterlaluan

Posted: 12 Aug 2014 11:19 PM PDT

Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda Pas

Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi (bawah) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.

(AWAS) Senarai Nama Anwarinas (Parasit) Dalam Pas Yang Bersuara Tunjukkan Diri

Posted: 12 Aug 2014 09:39 PM PDT


1. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS



2. Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS (dikatakan dipaksa masuk Anwarinas kerana video spender)


3. Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat




4. Khalid Samad, AJK PAS Pusat, MP Shah Alam


5. Hanipa Maidin, AJK PAS Pusat, MP Sepang


6. Husam Musa, Naib Presiden Pas


7. Dr. Abdul Rani Osman, ADUN Meru



8. Shaari Sungib, ADUN Hulu Kelang


Anwarinas yang lain tapi kurang menonjol dalam isu MB Selangor ialah Kamaruddin Jaafar, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Dr Siti Mariah Mahmud, dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.
*sila tambah, potong dan kemaskini diruangan komen

(EXCO PAS ENGKAR ARAHAN DIKTATOR DAP) Exco PAS HADIR mesyuarat Exco Dipengerusikan MB Khalid hari ini

Posted: 12 Aug 2014 08:28 PM PDT


Empat orang exco daripada PAS dilihat hadir pagi ini bagi menghadiri mesyuarat exco bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah.

Exco yang hadir ialah Halimah Ali, Sallehin Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Iskandar Samad.

Ditanya mengenai gesaan PKR dan DAP supaya exco PAS memulaukan mesyuarat exco hari ini, Yunus berkata, beliau hadir pagi ini demi rakyat dan atas arahan parti.

"Saya telah dipilih oleh Sultan. Saya bertugas untuk rakyat.

"Saya hadir hari ini atas arahan parti, " katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah beliau mengingkari arahan daripada Pakatan Yunus berkata, "Jangan tanya soalan yang provokasi, tak baik,".

Dalam kenyataan semalam, Guan Eng telah memberi peringatan keras kepada pemimpin PAS agar tidak membenarkan 4 exconya yang tidak dipecat untuk menghadiri mesyuarat exco yang berlangsung hari ini sebagai tanda setiakawan dan menyokong PKR dan DAP dalam kemelut ini.


"Kami telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Mustapa Ali bagi menyampaikan hasrat supaya Exco PAS yang berbaki empat orang tidak menghadiri mesyuarat exco esok sebagai tanda setiakawan bersama rakan-rakan DAP dan PKR dan semua adun yang dipecat sebulat suara membantah tindakan Khalid yang disifatkan tidak beretika itu". tambah Guan Eng lagi.


Semalam Khalid Ibrahim bertindak memecat enam Exco PKR dan DAP yang berkuat kuasa serta merta. 





Sumber gambar: Blog Angin Perubahan

Isu Anggota JPJ dikepong dan ditetak di highway KESAS semalam

Posted: 12 Aug 2014 05:35 PM PDT


13 Ogos 2014

Kenyataan oleh JPJ Ibu Pejabat.

Isu "Anggota JPJ dikepong dan ditetak di highway KESAS"

Untuk makluman semua, hebahan di media sosial berkenaan dengan "anggota JPJ dikepong dan ditetak" adalah PALSU.

Kejadian yang sebenar berlaku pada semalam (12 Ogos 2014) yang telah dihebahkan berdasarkan gambar seperti yang dilampirkan adalah berkenaan dengan kes kemalangan kenderaan JPJ dengan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya. Laporan polis telah dibuat dan kenyataan laporan tersebut adalah seperti berikut:

Kenderaan Terlibat :
1. M/4WD WRG7097 Jenis Toyota Fortuner (JPJ)
2. M/KAR NAD9380 Jenis Proton Saga

Siasatan : 
Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di Susur Masuk ke Jalan Bukit Kemuning dari Shah Alam hala ke Klang.

Fakta kes : 
Kejadian berlaku pada 12.8.2014 jam lebih kurang 1350hrs, dimana anggota Penguatkuasa JPJ melalui Susur ke Jalan Bukit Kemuning hendak balik ke pejabat di Padang Jawa tiba-tiba M/kar NAD9380 Jenis Proton Saga memotong cara bahaya - potong Q dan berlaku geseran di bahagian belakang sebelah kiri M/4WD WRG7097 milik JPJ dan pemandu M/KAR NAD9380 telah memotong dan menghalang M/4WD WRG7097. Berlaku pertengkaran mulut antara pemandu M/kar NAD9380 dan anggota JPJ tersebut.

Kecederaan : Tiada

Kerosakan : 
1. M/4WD WRG7097 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kiri kenderaan.
2. M/KAR NAD9380 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kanan kenderaan. 

Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: FB JPJ

(ANWAR BUNTU) TIADA Kelibat Pemimpin PAS hadir Pada Mesyuarat Tergempar PR Sebentar Tadi

Posted: 12 Aug 2014 08:12 AM PDT


12 OGOS: Pakatan DAP dan PKR yang hampir runtuh di Selangor terpaksa merayu Exco PAS memulaukan mesyuarat exco, esok.
Tindakan memboikot itu dianggap kedua-dua parti itu sebagai tanda sokongan terhadap enam exco parti itu yang dipecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang tadi.
Rayuan itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP LIm Guan Eng dalam sidang media selepas mesyuarat tergempar parti masing-masing sebentar tadi.
Guan Eng pula berkata, tindakan Khalid itu membelakangkan demokrasi dan tidak beretika.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan memecat semua exco terbabit  juga membelakangkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Mesyuarat malam tadi ekoran keputusan mengejut Khalid memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan menggantikan Khalid turut hadir termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun, tiada kelibat pemimpin PAS hadir pada mesyuarat tersebut.
Khalid sebelum ini mengumumkan empat Exco mewakili PAS kekal bersamanya dalam kerajaan negeri sekarang selepas beliau mendapat perkenan kekal sebagai menteri besar.  -bnbbc.my

Pensyarah UM Mabuk KETUM: Pemecatan serta-merta Exco Selangor TIDAK SAH, kata Prof. Gurdial pensyarah Kangkung

Posted: 12 Aug 2014 06:28 AM PDT


Mungkin kerana terkejut biawak bahawa Pakatan Rakyat bukan lagi menjadi pemerintah di Selangor,  seorang Prof. Kangkung terus membuat kenyataan seperti orang mabuk KETUM (Ketua Umum).
Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar.
Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.
"Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.
Kebodohan Prof. hingga mengeluarkan kenyataan yang pelajar undang-undang tahun satu pun telah tahu itu mungkin kerana terkejut dan kecewa.
Khalid, ketika ditemui pemberita di Shah Alam petang tadi, berkata beliau sudah mempersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, surat memohon perkenan untuk memecat ahli EXCO berkenaan kerana cuba mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar.  

MUTAKHIR: Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP

Posted: 12 Aug 2014 05:04 AM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.



Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


15 Adun PAS perlu beri sokongan penuh kepada Khalid, kata Mohd Amar  


Kesemua 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor perlu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kekal menerajui Selangor sebagai menteri besar.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan berkenaan selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.
"Apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menyokong Khalid dan selagi parti masih belum membuat apa-apa keputusan (lain) mengenainya, dari segi kewajipan wakil rakyat PAS Selangor akan (terus) bersama-sama beliau (Khalid).
"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada exco PAS Selangor supaya kekal dengan jawatan yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat keanggotaannya daripada PKR, Sabtu lalu.
Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Khalid dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan selepas Majlis Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat di Istana Alam Shah, Klang bagi membincangkan antara lain kedudukan jawatan menteri besar.
Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam parti dan segala yang diputuskan majlis itu selalunya tidak akan disanggah oleh anggota mahupun kepimpinan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...