CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


THE MALAYSIAN INSIDER: Pas khianat amanah Allah – Jeg Hui

Posted: 19 Aug 2014 02:42 AM PDT



Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama II pernah berkata "There is no short-cut to peace" (tidak ada jalan pintas untuk keamanan) apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan kenaikan taraf Palestin sebagai ahli pertubuhan itu.
Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan Palestin diterima dunia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan ini ditentang hebat Israel dan kuncunya Amerika Syarikat.
Tanggal 17 Ogos 2014. Sebenarnya hari itu adalah hari yang pahit buat Malaysia. Sama ada rakyat mahu sedar atau tidak, terpulanglah kepada mereka.
Bagi saya, tarikh ini sangat menduka-citakan sehingga air mata jantan ini menitis mengenangkan perbuatan segelintir pemimpin.
Sudahlah Dato' Menteri Besar Selangor dikhianati dan dizalimi, PAS yang kononnya menegakkan keadilan dan kebenaran atas nama Islam gagal dalam ujian integriti yang Allah SWT berikan.
Tan Sri Khalid Ibrahim kini seorang diri dalam menegakkan yang benar tentang dirinya.
Alim ulama berjanggut, bermisai, berserban yang sebelumnya mempertahankan beliau berubah fikiran dalam masa yang singkat.
Hanya kerana Khalid tidak lagi bersama Pakatan Rakyat. Eh, tidak tahu lagikah? Khalid dibuang parti secara tidak adil kerana tidak diberi peluang memperjelaskan apa-apa pun.
Bukannya dia sendiri yang mahu tinggalkan Pakatan Rakyat.
Saya yang beribu batu jauhnya pun boleh merasakan betapa ruginya PAS setelah menolak peluang untuk bersatu demi Islam dan Malaysia.
Mungkin ada yang kata saya ini isti'jal (tergesa-gesa) dalam mahukan keamanan negara melalui kesatuan ummah. Ingat, Obama berkata "there is no short-cut to peace".
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila disuruh jangan isti'jal adalah kata-kata Barack Obama yang zalim terhadap rakyat Palestin ini.
Bagi saya, "Peace should be made as a priority and there is ALWAYS a short-cut to peace" (Keamanan itu adalah utama dan jalan pintas SENTIASA ada untuk keamanan).
Jadi, apa kena-mengena keputusan PAS dengan keamanan Malaysia yang saya mahukan?
Tidak tahulah bagi anda tetapi tidak jemukah soal-soal agama dan perkauman dijadikan alat bagi memecah-belahkan rakyat Malaysia?
Tidak pernah sebelum ini laungan azan masjid dipersoalkan, lembu dijadikan sembelih korban boleh menjadi kontroversi, kalimah "Allah" dipolitikkan, masjid, gereja, kuil Hindu dan Buddha dibakar, kepala lembu dijaja bagi mencabar rakan beragama Hindu, Ramadhan dipelawa dengan bak kut teh, pemimpin menyokong umat Islam diberikan kebebasan murtad, yang berbangsa India dipanggil "Peria", yang Cina dipanggil babi, yang Melayu dipanggil orang hutan, agama Kristian dipermainkan, kitab bible dijadikan wadah politik, fatwa tentang perkara yang jelas berbeda-beda dan lain-lain lagi.
Saya ini tidaklah begitu tua tetapi sepengetahuan saya, perkara-perkara ini menjadi-jadi apabila rakyat Malaysia tidak bersatu sejak tahun 2008.
Sebelum ini saya ada menulis tentang pentingnya umat Islam bersatu supaya rakyat Malaysia bersatu dan peluang besar ini gagal digenggam PAS.
Katanya Umno itu jahat (PKR tidak jahat), Umno itu kafir (DAP tidak kafir), Umno itu korup (PKR, DAP tidak korup), Umno itu mengamalkan kronisme dan nepotisme (PKR, DAP tidak).
Ketua Umum PKR mahukan isterinya jadi Menteri Besar Boneka Selangor dan sanggup menikam sahabatnya yang saya sendiri akui sebagai menteri besar yang terbaik Selangor pernah ada.
Apa lagi yang tidak jelasnya? Khilaf juga?
Saya tidak setuju dengan kenyataan beberapa pemimpin yang berbaur perkauman.
Umat Islam bersatu tidak bermakna yang bukan Islam akan dihina, dicerca, dihukum, dianak-tirikan sampai tidak boleh "angkat muka".
Islam mengikut sejarah yang ada tidak pernah melakukan diskriminasi berdasarkan agama dan kaum.
Yang dicanang penulis Barat tentang kezaliman negara Islam berkenaan Jizya (cukai kepada yang bukan Islam) tidak menyebut tentang adanya Zakat (cukai untuk yang beragama Islam).
Nabi Muhammad mengharamkan riba' kepada penduduk Yahudi dalam negara Islamnya bukan bermaksud diskriminasi.
Agama mereka sendiri mengharamkan riba'! Lagipun riba', arak, judi, zina dan liwat adalah perkara-perkara yang tidak baik pun untuk masyarakat.
Sekiranya dalam kehidupan saya, umat Islam Malaysia bersatu tetapi berlaku tidak adil terhadap yang bukan Islam, saya sendiri yang jelik dengan menunjuk perasaan ,akan berguling-guling di atas jalan raya membangkang!
Berfikirlah sejenak. Tidak ada agama yang zalim dan Islam sebenarnya adalah agama yang reformis.
Daripada masyarakat yang jahil, membunuh anak-anak perempuan, menghina kaum wanita, berzina, berjudi dengan anak panah… Islam hadir tepat pada waktunya dan merubah kehidupan masyarakat Arab ketika itu dan kini seluruh dunia.
Apa lagi yang pemimpin PAS tunggu, entah lah. Katanya drama Selangor belum tamat lagi. Boleh pula mencadangkan pemimpin politikus yang tidak disenangi rakyat Selangor sebagai pelan B.
Katanya Khalid terpaksa pergi demi kestabilan Selangor. Padahal yang mengkucar-kacirkan Selangor adalah PKR.
Katanya tidak perlu tergesa-gesa dalam menegakkan kebenaran dan selesaikan krisis Selangor. Padahal tahu Sultan tidak mahukan Wan Azizah sebagai khalifah Selangor.
Padahal jika PAS bersama yang benar, Selangor dan Malaysia dengan izin Allah akan stabil, makmur dan harmoni.
Asalkan jika niat berkerja demi rakyat. Bukan demi politik.  – 19 Ogos, 2014
Sumber : The Malaysian Insider

CEO MRT Corp LETAK JAWATAN Ambil Tanggungjawab Atas Insiden 3 Terkorban di tapak Pembinaan MRT

Posted: 19 Aug 2014 02:07 AM PDT


Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki," katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Ia sebahagian langkah susulan kepada keputusan kerajaan untuk menubuhkan syarikat bagi mengambil alih pemilikan dan pembangunan projek MRT di Lembah Klang daripada Syarikat Prasarana Malaysia Bhd.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara jam 8.30 malam tadi.

Pada jam 2.30 pagi semalam, mayat pertama mangsa ditemui pihak bomba.

Dua lagi mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada tapak kemalangan pada jam 1.35 tengah hari tadi.

(GAMBAR) Kereta Kebal Terbalik, 2 Tentera Terbunuh, 4 Cedera

Posted: 19 Aug 2014 01:00 AM PDT

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor. 
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.
Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.

KHALID: Inilah Harga Integriti ( INTEGRITI vs KEZALIMAN ANWAR)

Posted: 19 Aug 2014 12:27 AM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat kerana krisis pentadbiran Selangor.

Beliau berkata beliau kini membayar "harga" kerana menjadi seorang yang berintegriti.

Beliau mengulas demikian ketika dibelenggu kontroversi selepas dipecat PKR dua minggu lalu.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda.

"Saya mengambil keputusan menjadi ahli politik jadi saya kena hadapinya," kata beliau merujuk kehadiran lebih 20 media dalam majlis persidangan integriti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

"Inilah harga integriti," tambah beliau.

Dalam ucapan yang dihadiri kira-kira 100 penjawat PKNS itu, Khalid tidak merujuk kepada kes politik tetapi menyentuh keperluan untuk memegang amanah dengan integriti.

Beliau dalam ucapannya turut memetik hadis yang menyebut, bahawa kehancuran akan tiba apabila amanah tidak lagi dipegang teguh.

Khalid turut terus menutup mulut ketika diekori sekumpulan besar wartawan selepas seminggu ke setiap majlis sejak dipecat dari PKR dua minggu lalu.

Beliau bagaimanapun terus mendiamkan diri dan diiringi hampir 20 pasukan keselamatan yang menghalang wartawan bertanya menahan beliau.

Khalid sebelum ini dikenali sebagai mesra media hanya tersenyum tanpa sebarang kenyataan.

Beliau tampil dalam acara itu hari ini selepas membatalkan dua acara rasmi, iaitu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor semalam.

(KALAULAH KULI MASIH MUDA) PENGGAL TERAKHIR Najib, Cukuplah ISA DIGADAI (Akta Hasutan SEDANG DIMANSUHKAN), Melayu-Islam DIPIJAK, Cina DIPUJA,

Posted: 18 Aug 2014 11:27 PM PDT


SYABAS TUN MAHATHIR MASUK GELANGGANG SEMULA.

Allah memberikati segala doa dan sembahyang hajat mereka yang cintakan bangsa, agama dan tanahair. 


Allah telah membuka hati Tun M untuk kembali berjuang ditengah-tengah rakyat yang inginkan perubahan dan pembelaan. 

Melayu/Bumi di bawah Najib semakin terhimpit. 

Dasar kera di hutan disusui anak dipangkuan ditinggalkan menyebabkan UMNO dibenci orang Melayu apalagi bukan Melayu. 

Inilah masanya seluruh umat Islam mesti bersatu memperjuangkan hak bangsa, agama dan negara secara terbuka. Apakah ahli-ahli UMNO seramai 3.4 juta orang itu masih bodoh dan mengejar fantasi syurga di dunia dibawah kepimpinan yang lemah? 

Apakah kalian tidak lihat undi BN dalam PRU 13 hanya 47%? Melayu sendiri tidak mengundi UMNo walaupun juak-juak Najib berkokok kononnya Melayu tetap bersama UMNO. 

Hanya Tun Mahathir yang masih dihormati rakyat, khasnya Melayu yang boleh memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO. Hanya Tun M yang berani dan mampu mengubah kepimpinan yang super rakus yang menjadi boneka US dan Zionis itu. 

Kita cabar Najib adakan perbincangan terbuka dengan tokoh-tokoh intelektuil Melayu mengenai 1 Malaysia. 

Bagi Perkasa menganjurkan perjumpaan itu, dan panel dari beberapa orang intelektuil Melayu (bukan orang parti politik tau) bersedia menghadapi Najib membincangkan gagasan 1 Malaysianya secara terbuka.

Kita berdoa Allah lanjutkan usia Tun Mahathir. Kita juga berharap akan lahir barisan pemimpin Melayu yang berilmu, berwibawa, tidak korup, berpegang pada tali Allah tampil dalam UMNO. 


Kita juga menyeru lahirlah barisan pemimpin muda yang berjiwa Islam, berilmu di kalangan Pas, dan juga di kalangan intelektuil Melayu Islam yang lain untuk mengangkat maruah bangsa Melayu, islam dan negara dari kehancuran akibat kepimpinan Melayu yang songsang.

Melayu mesti waspada mainan licik bukan Melayu dan kuasa asing UIS, Zionis, Beijing, Singapura yang menangguk di air keruh. Kalau Melayu terus berpecah yu akan kenyang. 


PRU 14 paling kritikal bagi umat Islam. Kalau Melayu hilang kuasa politik jangan mimpi Melayu akan kembali berkuasa seperti sekarang ini.

PENGGAL TERAKHIR NAJIB

DS Najib Razak mungkin tidak patut letak jawatan sekarang. Tapi harap ini adalah penggal terakhirnya sebagai PM... ambo toksey doh kelih dio memerintoh, buwi ko oghe laing pulok huk lebih "GEDEBE" mace Tun Mahathir. 

ISA tergadai, Ordinan Darurat terhapus, lepas itu ada hati nak usik Akta Hasutan pula? Gilo kalu gini sokmo...

Saya tidak pernah kata Tun Mahathir itu sempurna, Wali Keramat, Imam Mahdi, Anugerah Tuhan atau confirmed syurga. 

Tetapi satu dunia tahu PM Malaysia mana yang membuat sumbangan paling signifikan terhadap pembangunan negara dan mempunyai reputasi meluas di kalangan negara-negara Islam. 

Tun Mahathir manusia biasa, banyak buat salah dan banyak juga buat perkara yang betul sebagai pemerintah. 

Bezanya dengan Najib dan Pak Lah? Beliau tidak gila ber-selfie dengan pemimpin pro Zionist apatah lagi tidur sewaktu mesyuarat.

BETTER THAN NAJIB & PAK LAH BUT...

Jika lah dahulu Ku Li tidak gopoh dan tidak terhasut oleh Musa Hitam yang liberal itu, mungkin Ku Li boleh jadi PM setelah Tun Mahathir. 


Ini kerana kebijaksanaannya terutama dalam hal-hal ekonomi negara. 

Beliau adalah pengasas Petronas, juga terlibat dalam mengasaskan Bank Bumiputera (sebelum CIMB wujud), juga antara insan yang menjayakan PERNAS, dan beliau orang yang dihantar kerajaan Malaysia untuk membeli pemilikan akhbar berbahasa Inggeris Straits Times dari Singapura untuk dijadikan akhbar NST di negara ini. 

Hingga kini kawasannya Gua Musang terus membangun secara teratur di Kelantan.

Sumber: FB Yahaya Ismail dan 

PAS (termasuk Nik Aziz & Hj Hadi) 'persenda' ulama, Majlis Syura?

Posted: 18 Aug 2014 09:04 PM PDT


IPOH, Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan keputusan pimpinan Pas membuat pusingan U dengan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'mempersenda' kumpulan ulama dan Majlis Syura parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Pas menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar seolah-olah 'meludah' ke muka sendiri.

Katanya, keputusan tersebut juga telah memalukan kepemimpinan ulama parti yang sebelum ini memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid termasuklah Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi, apabila keputusan terbaru ini dibuat, Perkasa berpendapat Pas seolah-olah 'membuat' undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdul Hadi, selain menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura.

"Secara moralnya, kalau parti sudah tidak 'percaya' dengan Abdul Hadi, beliau perlu berundur dan letak jawatan. Pas sebelum ini mendakwa UMNO sebagai tidak islamik, tetapi adakah tidak menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura yang diterajui kumpulan ulama sesuatu yang islamik?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen Batu Gajah, Ipoh Barat dan Ipoh Timur serta jamuan Hari Raya Perkasa Perak yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di sini semalam.

Ibrahim mengulas mengenai keputusan Pas membuat pusingan U berhubung kemelut Menteri Besar Selangor yang menyaksikan parti itu menarik semula sokongan terhadap Abdul Khalid dan mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin bagi mengisi jawatan itu.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, meskipun Wan Azizah dan Azmin telah dicalonkan, belum tentu lagi kedua-duanya mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Abdul Khalid.

Lebih-lebih lagi, kata Ibrahim, Wan Azizah paling tidak menepati undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang menetapkan Menteri Besar harus lelaki.

"Dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, jawatan Menteri Besar dirujuk sebagai he yang membawa maksud lelaki. Wan Azizah seorang wanita, jadi beliau tidak memenuhi syarat itu," jelas beliau.

Dalam pada itu, pada majlis sama, Ibrahim bersama kepimpinan Perkasa negeri turut menganjurkan perhimpunan membantah kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Bantahan terhadap kekejaman rejim berkenaan dizahirkan menerusi pembakaran bendera Israel serta patung Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.


Politik pagi lain, petang lain VS Pagi Kafir Petang Beriman

Posted: 18 Aug 2014 06:40 PM PDT


Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah
telah bersabda (mafhumnya): "Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia."(Hadis riwayat Imam Muslim)


SAYA selalu teringatkan kata-kata penyair Jihaty Abadi, bahawa ahli politik membuat kenyataan pada waktu pagi, dan mengubahnya waktu petang. Warna putih pada waktu pagi akan dikatakan hitam pada waktu petang.

Jika kita tidak bertabiat begitu, kita bukanlah ahli politik, demikian Jihaty memberikan penegasan.

Akhbar Suara Keadilan 12 Ogos memuatkan berita sampah-sarap di Kampung Tasek Tambahan, Ampang.

Pada masa lepas, ketika melukiskan kebagusan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor, hal yang negatif begitu tidak disiarkan oleh Suara Keadilan, tetapi tersiar dalam media yang pro-Barisan Nasional.

Melalui bahasa perbandingan, pada waktu pagi Khalid ialah MB yang hebat, tetapi pada waktu petang Khalid dikatakan tidak tahu menjaga kebersihan negeri.

Contoh yang di atas tidak memaparkan kepalsuan, tetapi pemilihan perkara. Apabila dipilih hal yang positif, moleklah imej seseorang, tetapi jika dipilih hal negatif, maka buruklah imejnya.

Akhir-akhir ini, imej Khalid amat  baik di mata tokoh Umno dan Pas, sebelum Pas mengubahnya pada 17 Ogos.

Kata-kata Jihaty Abadi muncul berulang kali di fikiran saya apabila pergolakan politik tanah air berlaku. Pujian pagi berubah menjadi cacian petang.

Tokoh yang dikatakan berjasa kepada negeri, tiba-tiba dipecat dan diketepikan oleh pemuji dan penyanjungnya. Tentulah beberapa orang tokoh lain sedang menunggu giliran untuk dijadikan mangsa seterusnya.

Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kita telah melihat nasib tokoh-tokoh yang pada satu masa berdiri kukuh di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian meninggalkannya.
Tokoh-tokoh yang sedemikian mengukuhkan makna dan maksud Jihaty Abadi di fikiran saya. Kehebatan Anwar terletak pada kecepatannya mendapat sokongan baru setelah ditinggalkan oleh kawan lama.

Peristiwa yang mengejutkan sejumlah rakyat Malaysia ialah apabila pada 17 Ogos, Pas tidak lagi menyokong Khalid. Jarak antara masa sokong dan masa tidak sokong ialah beberapa minggu saja.

Ertinya, Pas juga mengamalkan 'lain pagi, lain petang.' Maka sahlah bahawa gejala itu ialah kebiasaan dalam politik.

Perubahan sikap dan janji dalam politik menyebabkan istilah demokrasi meleset. Di sana sini orang berbangga dan berlagak selaku pemegang demokrasi, tetapi istilah itu tidak tepat apabila kita tinjau perlakuan di lapangan.

Itulah sebabnya muncul istilah democrazy, iaitu cantuman antara demo dan crazy. Demo dalam konteks itu ialah demonstration, iaitu perkataan Latin yang bermaksud pertunjukan (show).

Istilah democrazy dicipta oleh Damon Albarn. Ketika makalah ini ditulis, democrazy sedang menjadi-jadi di Selangor.

Democrazy dalam konteks ini bermakna kegilaan pada kuasa, atau lebih tepat kita sebutkan power crazy.

Istilah democrazy sangat bertepatan dengan realpolitik yang sedang 'dinikmati' dan 'dihayati' oleh rakyat Selangor kini.

Untuk memahami keseluruhan fenomena di Selangor, 'Langkah Kajang' bolehlah dijadikan titik tolak. 'Langkah Kajang' ialah anjuran Rafizi Ramli, anak muda yang nampak jelas masa depannya. Rafizi nampak bahawa sesiapa pun yang menjadi

Menteri Besar Selangor akan berada di kerusi panas. Pertukaran menteri besar daripada seorang ke seorang yang lain akan berlaku dan berlaku lagi, hinggalah giliran Rafizi yang tentunya tidak mengambil masa panjang.

Kita janganlah sekali-kali lupa bahawa Rafizi ialah ahli strategi. Jika ini dilupakan, maka aplikasi akal dan helah politik di Selangor tidak akan dapat difahami dengan mudah.

Dalam pergolakan yang bising ini, kita dapati Khalid bukanlah sebarang orang.

Beliau tidak mudah berundur dari kerusi menteri besar, kerana beliau sedar bahawa pengundurannya bukanlah demi kepentingan rakyat.

Saya mengemukakan perkara ini kerana makna politik amat perlu kita fahami bersama-sama.

Hukum agama menuntut janji ditepati, tetapi hukum politik mengizinkan semua perkara dilakukan, dan pada ketika lain apa-apa pun boleh dimungkiri, berasaskan alasan-alasan yang dicipta mengikut keperluan.

Perhatian terhadap perkembangan politik Selangor minggu ini tidak lain daripada pemerhatian terhadap helah yang berganti-gantian.


• Datuk Rahman Shaari ialah penerima SEA Write Award daripada kerajaan Thailand (2007) dan penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau ialah mantan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

BAHAYA: KAJIAN Dapati Air Mesin Isian Semula mengandungi Bakteria Bahaya E.coli, Koliform, Clostridium Perfringens

Posted: 18 Aug 2014 06:05 PM PDT


PETALING JAYA: Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.

Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. 

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek.

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan."

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Stardengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.

Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia.

Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. 

Kos lesen selama dua tahun adalah RM150.

Sumber: mStar Online

Isu MB: PR tidak boleh PAKSA Sultan kata Prof. Dr. Ahmad Atory ( penganalisis politik)

Posted: 18 Aug 2014 04:20 PM PDT


SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.

"PR tak boleh mendesak Sultan...nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.
"Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.

Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.

"Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.

"Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.
Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih," katanya.

Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.

"Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.
"Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan," katanya.

Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...