CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(DEMOKRASI?) (TERKINI,Khalid Samad: Tidak Suka PR, KELUAR PAS)(Rafizi: Tidak Suka Anwar, KELUAR PKR)

Posted: 27 Aug 2014 03:10 AM PDT


Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu  meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.
Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.
"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.


Pada Ahad lepas (24 Ogos) Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Mohd Rafizi Ramli membidas ahli dan pemimpin parti itu yang secara terbuka mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengakui wujud bantahan dalaman berhubung 'Langkah Kajang' yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor, Rafizi turut mencabar ahli PKR supaya keluar parti jika tidak bersetuju dengan ketua umum itu.

"Kalau kita pun salahkan Anwar, cari parti lain
. Salahkan Anwar sama dengan kita bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Terkini (AZMIN JADI MB) PAS akan hantar lebih dari satu nama (ENGGAN Patuh ARAHAN ANWAR)

Posted: 27 Aug 2014 02:20 AM PDT


    Pas nampaknya lebih sanggup menderhaka kepada Anwar berbanding menderhaka kepada Sultan Selangor.  
    PAS akan mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baru.


    "PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama,"
    beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.

    Bagaimanapun menurut Mustafa lagi, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada istana dan sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dimuktamadkan selepas itu.

    "Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline(tarikh akhir). Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

    "Saya tak fikir perlu mesyuarat (jawatankuasa Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

    Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ia sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataannya semalam, laporHarakahdaily.

    "Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar itu.




    Berbeza dengan PKR & DAP

    Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan untuk menyokong TS Khalid kekal sebagai MB Selangor sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.  Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS yang di kuasai oleh Mat Sabu dan puak Anwarinas pada 17 Ogos telah memutuskan untuk mencalonkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin sebagai calon.



    Ini telah memaksa Nik Aziz membuat u-turn menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai Mat Sabu dan Anwarinas, walaupun beliau tidak bersetuju TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan hanya berdasarkan fitnah yang dicipta oleh Anwar dan konco-konconya.





    Akhirnya pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat, PAS yang diwakili oleh Mat Sabu telah bersetuju dengan kedegilan DAP dan PKR untuk kekal mencalonkan hanya satu nama iaitu Wan Azizah. Sikap DAP dan PKR yang bermati-matian ingin mencalonkan hanya Wan Azizah telah menimbulkan persoalan kepada rakyat Selangor.





    Adakah Anwar yang akan dipejarakan atas kesalahan meliwat akan menggunakan kuasa yang dipegang oleh isterinya sebagai MB Selangor untuk tujuan-tujuan tertentu.





    Adakah Anwar akan menggunakan dana kekayaan Selangor bagi tujuan PRU14 yang merupakan PRU hidup mati pakatan rakyat.





    Apapun langkah PAS untuk mencadangkan tidak kurang daripada dua nama itu merupakan langkah berani dan berbeza dengan pendirian dua lagi rakannya dalam Pakatan – PKR dan DAP – yang hanya degil dan bebal masih mencalonkan Azizah.





    Menurut kenyataan bersama PKR dan DAP semalam, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.





    Menurut mereka, istana tahun lalu meminta lebih daripada satu nama tetapi mereka hanya menamakan Khalid dan akhirnya diperkenan sultan.





    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyatakan hujah anwar itu tidak tepat kerana Pakatan tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Bila Aziz Bari MENJADI BODOH: Jawapan Kepada Aziz 'Sultan tiada kuasa minta lebih banyak nama'

Posted: 27 Aug 2014 01:32 AM PDT


Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.

Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.

Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

"Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti," katanya kepada Malaysiakini.  

Mungkin Aziz Bari turut sasau mabuk KETUM hingga gagal melihat situasi terkini dalam Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar itu ketika ini.

Hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui di kaca mata penyokong dan ahli Pakatan Rakyat terdapat keretakan atau ketidak sefahaman berikutan tiada keputusan yang konsinsten dari parti-parti gabungan itu berhubung kemelut menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.


Pas sebelum ini mencalonkan Azizah dan Azmin, manakala PKR dan DAP kekal berkeras hanya inginkan Wan Azizah. 

Dalam situasi ini, dalam memutuskan yang terbaik, sudah tentu Sultan memerlukan lebih dari 2 nama untuk dipertimbangkan. Sudah tentu strategi meminta lebih dari 2 nama merupakan strategi baginda dalam memastikan negeri Selangor kekal stabil dan aman.




Satu hakikat yang harus disedari dan sedia difahami walaupun oleh pelajar undang-undang tahun satu ialah bahawa kuasa melantik Menteri Besar adalah pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kuasa baginda untuk melantik Menteri Besar Selangor diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 berdasarkan Artikel 51.


Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. 
Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam. 

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu.
Beliau berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini.
Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang Ahli DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan, dan syarat kedua, seorang menteri besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya.
Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik menteri besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.
"Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya.
Namun, Mohd Noor berkata calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti PAS atau PKR.
Oleh itu tidak timbul soal sama ada boleh meminta lebih dari satu nama atau tidak kerana jelas Pas juga dibolehkan untuk mencalonkan wakil mereka. 

Profesor dan Penasihat Undang-undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk A. Halim Sidek pula berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor yang bakal dilakukan Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah berpandukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan mengambil kira dua artikel penting.

"Pertama, baginda berhak untuk melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan.

Manakala kedua, orang yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Turut menarik perhatian ialah Artikel 51 (1A) yang menyebut baginda juga berhak memilih seorang Timbalan Menteri Besar Selangor.

PRU13 menghasilkan keputusan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala PKR memperoleh 14 kerusi daripada 56 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi.

Prof A. Halim berkata jika mengikut perkiraan bilangan kerusi, calon dari PAS, PKR dan DAP sama layak, tetapi dengan kuasa yang ada pada baginda berdasarkan artikel tadi, DAP tidak layak kerana mereka tiada calon Melayu beragama Islam di Selangor.

Dalam ketiadaan kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat, sudah tentu Sultan ingin membuat pilihan yang terbaik demi rakyat dan neger Selangor dengan meminta lebih dari 2 nama. Ini juga budi bicara dan langkah strategik oleh Sultan. 


Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.


Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.

TERKINI: Anwar ARAHKAN PAS Pertahankan 1 Nama, Azizah, (JANGAN BIKIN KACAU) PKR Tidak KACAU Pas Lantik MB Kedah, Kelantan dan Perak

Posted: 26 Aug 2014 11:59 PM PDT


Ketua Umum (KETUM) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama saja untuk dilantik menjadi menteri besar Selangor dan meminta PAS juga akan berbuat demikian.
"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR dan DAP semalam yang BIADAP dan DERHAKA Titah Sultan apabila tetap mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.
Anwar menggunakan PENDERHAKAAN dan KEBIADAPAN yang lalu sebagai hujah untuk mengulangi sekali lagi penderhakaan dan kebiadapan. Dia berkata, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta 4 nama namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sungguhpun demikian kenyataan Anwar itu DISANGGAH Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan, Pakatan Rakyat tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Justeru, katanya, tindakan PKR mencalonkan satu nama sahaja sebagai penggantinya, atas alasan mengambil kira konvensyen 2013, tidak tepat.

Anwar berkata, PKR berhak untuk dihormati sebagaimana PKR tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan.
Anwar berkata, penting untuk ditegaskan semua isu yang berkaitan dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat pada 17 Ogos yang kemudiannya satu nama diluluskan.
"Kita sedar ada perbezaan pendapat antara 2 nama dengan satu nama dan juga tentang mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain.
"Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani kenyataan bersumpah (SD) untuk menyokong Wan Azizah," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang terpaksa tunduk dan patuh kepada kekuasaan Anwar walaupun nama beliau dicalonkan oleh Pas.
Pada 17 Ogos, Majlis Presiden Pakatan mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos kerana melanggar keputusan partinya agar meletakkan jawatan. Haji Hadi tidak hadir pada Majlis Presiden tersebut sebaliknya Mat Sabu yang merupakan Ketua Anwarinas dalam Pas yang hadir, yang akhirnya keputusan itu dibantah oleh Pengarah Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi kerana Mat Sabu membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Presiden Pas. 
Beberapa pemimpin PAS yang bukan penyokong Anwarinas juga tidak senang dengan keputusan itu dan merasakan calon kedua diperlukan jika istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.
Parti Islam itu pada awalnya mencadangkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin sebagai calon.
Namun Azmin terikat dengan keputusan dan kedegilan partinya yang hanya mencalonkan Dr Wan Azizah.
Anwar sebelum ini mengesahkan surat mencalonkan isterinya Dr Wan Azizah untuk jawatan MB sudah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Persoalan timbul kenapa surat tersebut tidak ditandatangani oleh Presiden Pas, TG Haji Hadi.  Adakah berlaku sabotaj oleh puak Anwarinas yang cuba membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini. 
Bagaimanapun Khalid pada sidang medianya semalam berkata, surat Dr Wan azizah atau pencalonannya sebagai MB tidak berbangkit dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor semalam.
Khalid berkata, Sultan mahu pemimpin PAS, DAP dan PKR masing-masing menghantar sekurang-kurangnya 3 nama untuk dipertimbangkan.
Semalam Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya namun diminta terus bertugas selagi penggantinya tidak dilantik. – 27 Ogos, 2014,

Sumber: The Malaysian Insider

Ahli PAS Kedah DEMO Desak Keputusan 17 Ogos TIDAK SOKONG Khalid DIBATALKAN, KEKALKAN Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 26 Aug 2014 11:11 PM PDT


SUNGAI PETANI – Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk 'Tolong batalkan keputusan Pas Pusat', 'Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas' dan 'Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas'.
Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.


"Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

"Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ," dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.


(ANWAR MAKIN SASAU) Wakil PAS bakal MB Baru Selangor, Kerusi MB Semakin Jauh Dari Capaian Wan Azizah

Posted: 26 Aug 2014 10:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. 

Sultan Selangor hari ini menitahkan PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebgai menteri besar (MB).

"Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada PR. Jika mereka bertegas dengan calon asal (Wan Azizah), Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?," katanya.

Azmi juga tidak menolak kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baharu datang daripada PAS, memandangkan parti itu kini 'terpaksa' menamakan lebih dua calon, meskipun mempunyai 'perjanjian gentleman' dalam PR, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR. 

Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada PAS akan 'meretakkan' hubungan PAS-PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi MB, Azmi menjelaskan bahawa PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan. 

"PAS tidak melanggar 'gentleman agreement' kerana ia adalah titah Sultan untuk setiap parti itu menamakan lebih dua calon dan tidak ada salahnya jika seorang MB dilantik daripada parti itu. 

"PKR juga kena terima kerana mereka perlu ingat bahawa rancangan menyingkirkan Abdul Khalid bermula daripada Langkah Kajang yang kini bukan sahaja gagal, namun nampaknya telah memakan diri," katanya. 

Azmi juga tidak menyifatkan tindakan Abdul Khalid ingin meletakkan jawatan sebagai mengalah, namun melihatnya sebagai tindakan terpuji yang 'mengenepikan ego demi kelangsungan pentadbiran Selangor dan kepentingan rakyat'.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Abdul Khalid adalah 'mangsa politik' kerana tidak disabitkan kesalahan yang menyebabkan MB hilang kelayakan selain pemecatannya daripada mengangggotai parti juga masih belum 'sahih mengikut undang-undang'. 

Beliau juga berpendapat krisis ini mungkin akan menyebabkan Abdul Khalid 'hilang minat dan keyakinan' terhadap politik, memandangkan beliau menghadapi 'episod gelap' dalam karier politiknya. 

"Kita maklum Abdul Khalid jadi MB kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan insiden ini mungkin akan menyebabkan beliau terkilan atau tidak berpuas hati kerana apa yang diimpikan beliau tidak boleh dilaksanakan akibat campur tangan pihak lain," katanya. 

Ditanya sama ada kemelut kerusi MB Selangor akan selesai dalam tempoh terdekat dengan titah Sultan meminta lebih dua nama masing-masing daripada PAS, PKR dan DAP, Ahmad Marthada secara peribadi berpendapat krisis itu tidak akan selesai sepenuhnya. 

"Sesetengah pihak nampak ia satu isyarat Sultan seolah-olah tidak mahu Wan Azizah, sedangkan PKR begitu mendesak. Jadi saya berasakan akan berlaku krisis antara PAS dan sekutunya PKR, apatah lagi PAS masih berdolak-dalik mengenai sokongan kepada Wan Azizah," katanya. 

Sementara itu, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata PR perlu sedar mereka tidak boleh terlalu bertegas mahu Wan Azizah menjawat jawatan menteri besar kerana Sultan berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam tradisi pelantikan MB di negara ini. 

"Kita perlu ingat bahawa penolakan calon sebagai MB pernah berlaku di Malaysia pada 2008 di Terengganu apabila nama yang dicalonkan parti politik tidak dipersetujui Sultan, yang terus melantik individu lain sebagai MB," katanya.

Justeru itu, Chandra melihat Sultan Selangor masih lagi bertoleransi dalam kemelut ini dan usaha itu seharusnya dihargai agar kepercayaan itu terus ada agar urusan pentadbiran berjalan lancar.  

(BIADAP & DERHAKA) PKR & DAP PUTUSKAN kekal Calonkan Satu Nama, Azizah Walaupun Sultan Titahkan Lebih 2 Nama

Posted: 26 Aug 2014 08:50 AM PDT


PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Berikut adalah kenyataan DAP dan PKR:


PERLANTIKAN DATO' MENTERI BESAR 
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato' Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato' Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato' Menteri Besar sebelum ini. 

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato' Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato' Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

26 Ogos 2014


Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.


Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu. 



Jawatan MB: Pas akan kemuka calon selaras dengan Titah Sultan

Posted: 26 Aug 2014 08:24 AM PDT

Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik titah sultan yang meminta PR mencadangkan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.

"Pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Terdahulu, Pas menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar selain calon tunggal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu beliau menegaskan, kesemua empat anggota Exco yang masih kekal akan terus berkhidmat demi memastikan pentadbiran bagi kerajaan dan rakyat negeri Selangor berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan terus mempertahankan PR dan kita serah sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukan calon yang terbaik bagi jawatan menteri besar tersebut," katanya lagi.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...