CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


AirAsia Sahkan Ancaman Bom Terhadap Salah Satu Pesawatnya Di Thailand

Posted: 28 Aug 2014 03:00 AM PDT


PETALING JAYA: AirAsia mengesahkan terdapat ancaman bom dibuat terhadap salah satu pesawatnya dalam penerbangan dari Bangkok ke Phuket pada Selasa.
"Kami mengesahkan terdapat ancaman bom terhadap pesawat AirAsia bagi penerbangan FD3003 pada 26 Ogos seperti yang dilaporkan dan kami bekerjasama penuh dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Thailand (AoT) yang mengendalikan kes ini," kata AirAsia dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada The Star Online pada Khamis.
Pesawat itu mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT) pada pukul 12.15 tengah hari Selasa.
AoT dalam satu kenyataan berkata, HKT menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom pada penerbangan AirAsia FD 3003 selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok.
Mengenai ancaman itu, AoT mengesahkan bahawa pesawat Airbus A320-200 yang membawa 167 penumpang, empat kru dan dua juruterbang, berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.55 pagi.
"AoT kemudian melakukan prosedur kecemasan dengan menyediakan kawasan parkir berasingan untuk pesawat itu dan mendapatkan agensi berkaitan untuk menerima pesawat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai pemerintah di lokasi mengetuai unit Bahagian Ordinan Bahan Letupan (EOD) dan pegawai-pegawai berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ruang bagasi pesawat sebagai protokol kecemasan.
Menurut AoT, pemeriksaan itu tidak menemui sebarang objek mencurigakan yang dikatakan sebagai ancaman.
Ia menambah bahawa syarikat penerbangan dan penumpang penerbangan itu memberi kerjasama melalui proses itu dan pesawat berkenaan dibenarkan berlepas dari HKT pada pukul 3.08 petang.
Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang pada pukul 4.28 petang.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, pihak berkuasa percaya bahawa ancaman bom itu bertujuan untuk menimbulkan kekecohan dan menganggu penerbangan.
"AoT melancarkan siasatan penuh berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Rumah DATO' Ramli MS di Bandar Kinrara DISERBU JAIS pagi tadi, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah

Posted: 27 Aug 2014 11:23 PM PDT

Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.  --Astro Gempak

CUKUP-CUKUP LAH Bebal dan Degil Kamu Tu Anwar, Sultan Bukan Musuh Politik Kamu

Posted: 27 Aug 2014 10:06 PM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) amnya dan pemimpin PKR khasnya harus bijak menelah keadaan dan membuat keputusan bagi menyelesaikan kerumitan yang ada hari ini berhubung pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah mengaku untuk berundur.
Tanpa kebijaksanaan dan tangkas membaca apa yang akan berlaku di muka, ia akan meletakkan PR dan PKR dalam keadaan menyeksakan. Semua pihak dalam PR harus arif membaca pergolakan angin dan laut untuk mengelakkan ditimba taufan dan bah besar.
Saya bimbang dengan cara anak-anak muda atau pegawai tinggi PKR berpolitik, mengeluarkan kenyataan balas mempertahankan keinginan nafsu mereka. Misalnya mereka dilihat berwibawa dengan ketegasan pendirian untuk tetap mempertahankan calon MB ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail secara tunggal. Kenapa?
Bukankah Sultan Selangor sudah menggunakan budi bicara dan hemahnya meminta parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama calon masing-masing untuk dinobatkan sebagai MB. 
Permintaan Sultan itu bukan menepati kehendak perlembagaan, tetapi adalah budi bicaranya. Ia mungkin satu keadilan dan keperluan penting masa kini memandangkan PR gagal sepakat dalam soal calon MB. 
Tidak timbul kegagalan itu kerana apa, atau pun kerana ia satu permainan Datuk Mustapa Ali dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang nyata tidak ada persepakatan.
Tetapi sultan meminta berbuat demikian. Bagi saya permintaan Sultan itu satu kemurahan daripada baginda. Bukankah dengan tidak memenuhi kehendak Sultan itu boleh menyebabkan perbuatan itu ditafsirkan sebagai mengingkarkan kehendak istana? Dalam dunia orang Melayu, mengingkarkan kehendak sultan itu satu perbuatan yang keji kalaupun tidak sampai biadap.
Sekali lagi tidak timbul dan relevan untuk dikaitkan dengan pepatah berbunyi:"Sultan adil sultan disembah dan sultan zalim sultan disanggah."
Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang angkara seulas nangka tetap relevan dan menjadi iktibar cukup penting, tetapi ada kalanya ia sukar dipraktikan. Sultan dari juring mana sekalipun ia tetap sultan dan sebagai orang Melayu yang berpegang kepada feudalisme sangat menjunjung adat istiadat dan tradisinya. Pepatah kerja raja dijunjung kerja rakyat dikelek masih lekat tebal dalam kepala orang Melayu.
Jadi selagi orang Melayu belum dapat melupai tradisi dan budaya atau tabiat, misalnya menggaru kurap dipunggung semasa berak, maka orang Melayu khasnya pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR harus melayani tradisi dan budi bicara itu yang dianggap usang dan tidak perlu dipatuhi lagi.
Apa "rohok" sangatkah untuk sesetengah pemimpin PKR untuk melayan dan memenuhi kehendak Sultan itu sebagai menandakan penghormatan dan wujudnya saling memberi dan menerima berdasarkan amalan tradisi itu. Apa hendak disusahkan sangat apabila Sultan hendak dua nama atau lebih, hantarkan kepada baginda.
Dalam PKR hari ini bukan saja ada Dr Wan Azizah, tetapi masih ada 12 nama lain lagi dan dengan adanya sokongan dua Adun PAS menjadi 15 orang di pihak PKR. 
Dan kalau PKR berkehendakkan kepada MB wanita bukan saja Dr Wan Azizah yang ada, tetapi PKR masih ada Rodziah Ismail yang boleh juga dihantar kepada Sultan sebagai memenuhi permintaan itu.
Benarlah daripada segi hierarkinya Dr Wan Azizah paling layak kerana beliau presiden parti. Kesesuaian itu sangat jelas kalau juga diikutkan protokol orang Melayu. 
Masakan untuk menjadi ketua kepada sebuah kerajaan ia diserahkan kepada ahli yang berkedudukan ahli biasa dalam parti. Dan rasanya mengenai protokol dan prioriti calon ini Sultan juga memahaminya, kerana Sultan lagilah mematuhi soal protokol dan adat istiadat. Kita jamin untuk menjadi MB orang yang berkedudukan penting begitu Sultan tidak akan memilih teberau dari beberapa kalangan tebu yang dihantar kepadanya.
Tetapi apabila Sultan berkehendak demikian, laksanakan sebab ia bukan susah sangat. Kalau PKR menghantar dua atau tiga nama ia menyenangkan Sultan membuat pilihan. Dalam soal ini budi bicara Sultan berkedudukan di atas peraturan perlembagaan. Perkataan raja mendengar nasihat hendak difahami raja boleh bertindak sesuka hati atas rasa perkenan dirinya. Raja tetap raja. Mereka yang bermati-matian bepegang kepada undang-undang (perlembagaan) adalah mereka yang tidak bijaksana dan bersifat "diktator" serta tidak hadam politik negara "tigatujuhkosong" ini.
Kena dipercaya sesekali baginda tidak akan bertindak sehingga sesuatu itu sampai menjolok mata kerana ia akhirnya akan mendatang kemudaratan dan kekotoran kepada dirinya dan institusi yang disanjung itu. 
Jadi saya hendak nasihat kepada PKR, terutama individu yang sedang memperdagangkan kuasa politik, usahlah bertegas dengan hanya mahu mengirimkan nama Dr Wan Azizah secara tunggal. Yang penting semua pihak kena faham kedudukan PKR dan Pakatan Rakyat dalam suasana kritikal. Yang perlu diselamatkan kini bukan individu tetapi institusi. Bukan Hadi tetapi PAS dan bukan Anwar tetapi PKR dan Pakatan Rakyat yang perlu diselamatkan.
PKR, PAS dan Pakatan Rakyat harus hidup seribu tahun lagi kalau rakyat ada cita-cita untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional dan ia tidak perlu mati apabila orang seperti Anwar atau Hadi sudah tiada. Sebab perjuang sengoti ialah orang memperjuangkan prinsip dan dasar hidup bukannya memperjuangkan batang tubuh si pejuang. Yang perlu dihormati PAS, bukan Hadi, yang perlu dihormati PKR bukan Anwar atau pun Dr Wan Azizah.
Daripada firasat saya sekiranya kerumitan dan kedegilan di sebelah PKR ini berterusan ia bakal memberi natijah buruk. Semalam selepas Khalid dengan suci hati memaklumkan yang beliau hendak letak jawatan selepas langit politik hendak runtuh, Khalid seperti sudah terbersih daripada segala dosa. Khalid dilihat sebagai Khalid Ibnu Walid yang digugurkan sebagai panglima perang tetapi reda dengan atas apa yang berlaku.
Namun sebaliknya juga bagi PAS, kalau PAS secara diam-diam menghantar nama kepada Sultan dan melakukan lobi agar Adunnya diangkat sebagai MB, maka PAS mengesahkan yang parti agama itu adalah munafik dan tindakan itu merupakan satu pembunuhan diri sendiri oleh PAS.
Yang sedang diperhati hari ini ialah sikap atau individu yang tetap mahukan kepada Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor yang kini bertindak bagaikana ingin mencabar budi bicara Sultan dalam menilai kemelut yang ada hari ini. Harapnya orang yang cuba membentuk kekuasaan menerusi Dr Wan Azizah dalam PKR menyedari akan bahana dan bahaya keadaan ini.
Kehancuran kerajaan PR di Selangor, sejarah tidak saja menulis nama Khalid dengan huruf besar, tetapi ada beberapa nama lain termasuklah juga Anwar, Hadi, Mustafa, Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan berapa nama lain juga akan ditulis dengan huruf besar. Yang pastinya nama Dr Mahathir Mohamad tercicir dalam senarai "belengas" ini. – msomelayu.blogspot.com, 28 Ogos, 2014.

Sumber: The Malaysian Insider

Pesawat pejuang F-15 Amerika Syarikat terhempas di Virginia

Posted: 27 Aug 2014 07:46 PM PDT


WASHINGTON: Sebuah jet pejuang F-15C Amerika Syarikat terhempas di kawasan hutan Virginia dan tidak jelas sama ada juruterbang melantunkan dirinya keluar sebelum pesawat terbabit terjunam.
Pesawat itu adalah sebahagian daripada jet pejuang udara National Guard ke-104 dari Westfield, Massachusetts, kata jurucakap Pentagon Kolonel To Crosson.
Jet dengan tempat duduk tunggal itu terhempas pada kira-kira jam 9 pagi (9 malam waktu Malaysia) di kawasan luar bandar berhampiran bandar Deerfield di Hutan Nasional George Washington dan Jefferson, kira-kira 290 kilometer di barat daya Washington DC.
Pesawat itu tidak membawa senjata ketika ia terhempas, kata Kolonel James Keefe, Komander Sayap Pejuang ke-104.
"Pesawat itu sedang melakukan penerbangan ke stesen udara tentera laut New Orleans. Juruterbang terbabit tidak melaporkan sebarang kecemasan sebelum hilang perhubungan sejurus selepas 9 pagi, kata Keefe.
Katanya, pada masa ini pihaknya tidak lagi menerima sebarang perhubungan dengan juruterbang berkenaan dan sedang melakukan misi menyelamat. - AFP

SETIA vs PENGECUT: Pas mahu Calonkan 3 Adun PKR bukan Adun PAS, kata Mustafa Ali

Posted: 27 Aug 2014 06:48 PM PDT

SETIA vs PENGECUT

PAS Selangor hari ini tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.
"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana menteri besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara itu."kata beliau selepas mesyuarat perhubungan negeri di Shah Alam, malam tadi.
Turut hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).
Pendirian ulama Pas sebelum di u-turn oleh Mat Sabu dan Anwarinas dalam Pas.

Sebelum ini ramai penganalisis politik berpendapat PAS Selangor pimpinan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad perlu keluar daripada 'bayang-bayang' rakan sekutunya - PKR dan DAP - selepas berdolak-dalik dalam penerimaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PAS kurang cerdik jika terus bersikap 'mengikut' hanya disebabkan 'gentleman agreement' antara parti yang menyerahkan kerusi menteri besar kepada PKR.

"Jumlah kerusi PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga lebih banyak daripada PKR, jadi mengapa masih tetap enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu?

"Jika (keenganan menjadi menteri besar) disebabkan oleh gentleman agreement, PAS perlu berfikir sama ada mahu meneruskan perjanjian itu kerana Langkah Kajang untuk menyingkirkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dipersetujui PAS," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

DUN Selangor kini terdiri daripada 15 wakil PAS, 15 DAP, 13 PKR, 12 Barisan Nasional (BN) dan 1 Bebas.

Ahmad Tarmizi menambah kata beliau tidak melihat PAS sebagai mungkir janji - jika mencalonkan wakil rakyatnya kerana PAS hanya melaksanakan titah Sultan yang mahu beberapa calon dikemukakan untuk baginda memilih calon berkelayakan bagi menerajui pentadbiran negeri.

Ditanya bagaimana PAS dapat memastikan calon yang dikemukakannya mendapat sokongan majoriti sidang DUN tanpa sokongan PKR dan DAP?, Ahmad Tarmizi berkata:

"Politik kini turut melihat golongan minoriti menentukan masa depan majoriti. Itu yang berlaku.
Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Kawan boleh menjadi lawan dan sebaliknya," katanya.

Pendapat sama disuarakan Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dengan berkata PAS perlu berani ke hadapan supaya dapat membuktikan mereka adalah parti yang dinamik dan berkebolehan, bukan sekadar arif dalam urusan agama.

"Setakat ini rekod panjang PAS hanya sebagai menteri besar di Kelantan, negeri yang 90 peratus adalah orang Melayu. Mengapa tidak ambil peluang untuk tunjukkan mereka juga boleh tadbir negeri pelbagai bangsa, negeri yang menjadi pusat tumpuan negara?," soalnya.

Mohd Fuad menambah kata beliau tidak hairan jika'kedegilan' PKR dan DAP yang bertegas dengan Dr Wan Azizah akan menyebabkan Sultan Selangor memilih menteri besar daripada PAS, jika parti itu berani 'menentang arus yang ditetapkan rakan sekutu'.

"PAS tidak perlu bimbang jika tindakan itu menyebabkan PKR dan DAP marah, kerana menjadi adat politik ada yang akan membenci. Namun apa yang penting adalah mereka (PAS) berlaku adil kepada rakyat yang mengundi mereka," katanya.



PAS HINA DAN JIJIK

PAS dianggap jijik, jengkel, tidak berpendirian dan tidak bermaruah oleh DAP. Sampai begitu sekali kenyataan Lim Kit Siang DAP apabila terdengar khabar angin bahawa PAS menawarkan Khalid Ibrahim menyertai Pas.


PAS teruk dihentam dan dikritik pemimpin DAP berhubung pendirian mereka yang tidak sepakat memilih Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dengan itu, kenyataan beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mempertahankan Khalid Ibrahim lalu menolak pelantikan Wan Azizah dianggp mereka sebagai pendirian yang tidak matang.

Sepanjang tempoh itu, DAP dilihat bersikap angkuh hingga kepada menghina PAS yang dilihatnya sebagai parti politik yang tidak sesuai berada dalam Pakatan Rakyat.

Pas sebenarnya telah banyak berkorban hinggakan terpaksa merugikan Islam demi pakatan. Dalam isu kalimah ALLAH, pas telah cuba membantu DAP yang 90% pemimpin parti itu adalah kristian dengan mencari hujah yang tidak sesuai dengan situasi negara inu demi menghalalkan agenda kafir Kristian DAP. Tindakan mereka telah ditentang oleh ulama Pas sendiri yang masih tinggi jiwa Islam dalam diri iaitu TG Haron Din. ALLAH MAHA BERKUASA, demi kebenaran Islam Nik Aziz akhirnya telah membuat u-turn tidak membenarkan kafir menggunakan kalimah Allah. 

Dalam isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan untuk menyokong TS Khalid Ibrahim kerana beliau belum dibuktikan bersalah bagi segala fitnah yang dicipta oleh Anwar dan konco-konconya.

Namun, disebabkan majoriti Ahli Majlis Tertinggi PAS dikuasai golongan yang dikenali Anwarinas maka keputusan musyawarah PAS dalam mesyuarat tergempar mereka telah memihak Anwar Ibrahim dan keputusannya telah dijangka dari awal lagi.

Itulah Pas, rakan pakatan mereka menghina menghina dan mencaci tetapi mereka kekal setia dengan DAP dan PKR.  Adakah ini setia membabi buta atau pengecut?

MB Selangor: Beranikah PAS ketengahkan CALON SENDIRI? Beranikah Haji Hadi & Ulama Mengingkari Mat Sabu & Anwarinas

Posted: 27 Aug 2014 09:35 AM PDT

 

KUALA LUMPUR: Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik membuka peluang untuk PAS membuktikan kemampuan mereka mentadbir.

Bagaimanapun, persoalan yang berbangkit: Beranikah PAS untuk mengemukakan calon daripada parti itu untuk memegang jawatan nombor satu negeri terkaya di negara ini?

Penganalisis politik berpendapat PAS Selangor pimpinan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad perlu keluar daripada 'bayang-bayang' rakan sekutunya - PKR dan DAP - selepas berdolak-dalik dalam penerimaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PAS kurang cerdik jika terus bersikap 'mengikut' hanya disebabkan 'gentleman agreement' antara parti yang menyerahkan kerusi menteri besar kepada PKR.

"Jumlah kerusi PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga lebih banyak daripada PKR, jadi mengapa masih tetap enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu?

"Jika (keenganan menjadi menteri besar) disebabkan oleh gentleman agreement, PAS perlu berfikir sama ada mahu meneruskan perjanjian itu kerana Langkah Kajang untuk menyingkirkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dipersetujui PAS," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

DUN Selangor kini terdiri daripada 15 wakil PAS, 15 DAP, 13 PKR, 12 Barisan Nasional (BN) dan 1 Bebas.

Ahmad Tarmizi menambah kata beliau tidak melihat PAS sebagai mungkir janji - jika mencalonkan wakil rakyatnya kerana PAS hanya melaksanakan titah Sultan yang mahu beberapa calon dikemukakan untuk baginda memilih calon berkelayakan bagi menerajui pentadbiran negeri.

Ditanya bagaimana PAS dapat memastikan calon yang dikemukakannya mendapat sokongan majoriti sidang DUN tanpa sokongan PKR dan DAP?, Ahmad Tarmizi berkata:

"Politik kini turut melihat golongan minoriti menentukan masa depan majoriti. Itu yang berlaku.
Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Kawan boleh menjadi lawan dan sebaliknya," katanya.

Pendapat sama disuarakan Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dengan berkata PAS perlu berani ke hadapan supaya dapat membuktikan mereka adalah parti yang dinamik dan berkebolehan, bukan sekadar arif dalam urusan agama.

"Setakat ini rekod panjang PAS hanya sebagai menteri besar di Kelantan, negeri yang 90 peratus adalah orang Melayu. Mengapa tidak ambil peluang untuk tunjukkan mereka juga boleh tadbir negeri pelbagai bangsa, negeri yang menjadi pusat tumpuan negara?," soalnya.

Mohd Fuad menambah kata beliau tidak hairan jika 'kedegilan' PKR dan DAP yang bertegas dengan Dr Wan Azizah akan menyebabkan Sultan Selangor memilih menteri besar daripada PAS, jika parti itu berani 'menentang arus yang ditetapkan rakan sekutu'.
"PAS tidak perlu bimbang jika tindakan itu menyebabkan PKR dan DAP marah, kerana menjadi adat politik ada yang akan membenci. Namun apa yang penting adalah mereka (PAS) berlaku adil kepada rakyat yang mengundi mereka," katanya.

Mohd Fuad juga mempersoalkan tindakan PKR yang kekal mahu menamakan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai calon menteri besar, yang seolah-olah menunjukkan tidak ada calon lain yang berwibawa untuk memegang jawatan itu.

Ini bertentangan dengan dakwaan parti itu yang sering kali melaung-laungkan bahawa keanggotaan parti mereka adalah terdiri daripada golongan profesional, berkebolehan dan bijak pandai, tambahnya.

"Mereka kata berlambak (golongan profesional) jadi inilah medan untuk PKR membuktikan apa yang dikatakan sebelum ini," tegas Mohd Fuad.

Beliau juga berpendapat PKR sebagai parti yang demokratik dan berpegang kepada integriti, seharusnya akur kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, jika mereka mahu krisis yang bermula dengan Langkah Kajang sejak awal tahun lalu tamat.

Berhubung kenyataan bersama PKR dan DAP bahawa pencalonan tunggal Dr Wan Azizah adalah sama seperti konvensyen yang diamalkan pada tahun 2013 dengan menamakan Abdul Khalid sebagai calon tunggal menteri besar kepada Sultan, Mohd Fuad berkata perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras.

"Pencalonan tunggal Abdul Khalid berlaku semasa tiada krisis menteri besar. Malah semasa itu, Sultan boleh melihat rekod prestasi Abdul Khalid kerana beliau telah memegang jawatan itu lebih sepenggal bermula 2008.
"Mereka kena ingat kepimpinan Abdul Khalid menyumbang kepada kemenangan pakatan rakyat pada pilihan raya umum lalu dan apa pula rekod Dr Wan Azizah yang dapat menunjukkan beliau lebih baik dari Abdul Khalid?," soalnya.

Abdul Khalid berhasrat meletak jawatan tetapi Sultan Selangor menangguhkan penerimaan peletakan jawatan itu sehingga pengganti menteri besar ditentukan.
daripada PKR.

PAS Hasrat Tanding PRK Pengkalan Kubor, Kerusi MILIK Pas, Hanya PINJAMKAN kepada PKR

Posted: 27 Aug 2014 08:18 AM PDT


GUA MUSANG - Walaupun kerusi Dun Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya Pas berhasrat untuk bertanding kerusi Dun itu pada PRK kerana yakin mampu mencapai kemenangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerusi itu yang diberi kepada PKR pada PRU13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan Pas boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.

"Kerusi itu memang milik Pas sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di sini, hari ini.


Turut hadir Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata hasrat Pas itu akan dibincangkan dengan PKR.

"Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. 

Surat Istana kepada PKR, PAS & DAP, Sultan tetap mahu lebih dua nama calon jadi MB Selangor

Posted: 27 Aug 2014 06:23 AM PDT

 

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menegaskan sekali lagi, setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk menentukan calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani ke ibu pejabat PKR, calon berkenaan perlu berbangsa Melayu, menganut agama Islam dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September ini," katanya dalam surat yang dihantar salinan kepada Astro AWANI di sini.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismai itu turut dihantar salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.

Ia bagi memastikan proses pertukaran menteri besar berjalan lancar dan teratur.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan, Keadilan dan DAP dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ISTANA hantar surat Kepada PAS, PKR & DAP, 3 Sept tarikh akhir hantar nama calon MB

Posted: 27 Aug 2014 05:16 PM PDT


Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.

Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya  kira-kira jam 3.15 petang.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kandungan surat yang dilihat Malaysiakini itu tiada merujuk sebarang nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.

Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.

Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.



Anwar sebelum ini berkeras untuk menderhaka kepada Sultan Selangor dengan terus berdegil mahu menghantar hanya satu nama iaitu Wan Azizah. 

Anwar berlagak hebat seolah-olah PKR mempunyai kerusi terbanyak di DUN SELANGOR. 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...