House PK

House PK


PANAS BERAPI! MARI KITA TENGOK DRAMA PKR DAN PAS SELEPAS KHALID DIPECAT!

Posted: 09 Aug 2014 11:00 AM PDT

Drama demi drama yang ditunjukkan oleh Pakatan di Selangor makin menjadi panas! Aku nak share dengan korang KENYATAAN AKHBAR dari Parti Konek Reput tentang pemecatan Khalid Ibrahim:
 
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
 
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
 
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
 
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
 
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
 
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
 
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
 
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
 
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
 
DATO' DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Ok sekarang kita baca pula kenyataan Nilk Aziz mengenai pemecatan Khalid Ibrahim:

Nik Aziz tak mahu campuri pemecatan Khalid Ibrahim

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam isu pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR.

"Itu dia (PKR) punya pasal dan PAS tidak boleh ganggu dalam sebarang urusan parti," katanya kepada pemberita di kediamannya Pulau Melaka, malam tadi.

Ditanya sama ada beliau sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi, bekas Menteri Besar Kelantan itu menolaknya.

"Saya tidak suka menjangka untuk parti lain. Kalau mengenai PAS, bolehlah," katanya.

Dalam pertanyaan sama ada penolakan PKR terhadap Khalid itu disebabkan PAS, beliau menafikan sekeras-keras.

"Dalam hal ini jangan dikaitkan dengan PAS. Ia tiada kena mengena," katanya.

House PK: Apa ni Nik Aziz? Masa Anwar kena pecat sebab salah guna kuasa dan meliwat kau dan PAS defend dia bagai nak rak?

Ini Khalid yang terang-terang buat kerja untuk rakyat dan tak nak swindle duit kerajaan Selangor kau tak nak tolong! Kenapa Nik Aziz dan Pas? Tell us why la? Kenapa double standard? 

Aku nak tanya PAS ni korang tak nak bela Khalid Ibrahim ke? Aku letak sekali kenyataan Khalid Ibrahim lepas dipecat kat bawah ni:

Kenyataan TS Khalid Ibrahim Berhubung Pemecatan Keahliannya

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...