House PK

House PK


KETUM SUDAH HANGIT! APABILA BLOGGER PAS MULA AMUK!

Posted: 22 Aug 2014 05:00 PM PDT

Salah seorang pengkhianat bernama Shaari Sungip memberitahu, dia hadir dalam sidang media menyokong Wan Azizah sebenarnya bukanlah untuk menyokong Wan Azizah tetapi untuk menyokong perlucutan jawatan Menteri Besar Selangor daripada Khalid Ibrahim.

Katanya lagi, kebetulan pula majlis tersebut memberikan sokongan kepada Wan Azizah. Apabila ditanya tentang surat akuan, Shaari Sungip memberitahu, surat tersebut telah disediakan lebih awal dan dia hanya menurunkan tandatangan dengan niat supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Tiada niat lain.

Manakala seorang lagi pengkhianat, Hasnul Baharuddin yang menghilangkan diri setelah ketakutan, tidak memberikan sebarang komen kerana gagal ditemui. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, membuatkan dia kembang dada walaupun masih takut untuk keluar berhadapan dengan para penyokong dan pengundinya di Morib.

Gerombolan pengkhianat di dalam PAS masih belum dikenakan sebarang tindakan. Malahan mereka semakin menyombong, angkuh dan bercakap besar tentang peralihan kuasa di dalam PAS.

Selepas kejayaan mereka memalukan Dewan Ulama dan Majlis Syura, AJK-AJK PAS Pusat yang majoritinya menyokong, menyembah dan memuja Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng kini sudah mula merangka untuk merampas kedudukan yang lebih penting iaitu Presiden. Manakala peranan Mursyidul Am PAS pula akan dikecilkan dan dikurangkan. Malah sudah ada perancangan untuk menjadikan Mursyidul Am hanyalah sebagai simbol semata-mata tanpa sebarang peranan mahupun kuasa berbanding sekarang.

Semua kuasa akan dipindahkan kepada Presiden sama seperti yang berlaku dalam UBN. Manakala Anwar Ibrahim akan menjadi Ketua Umum yang mempunyai kuasa luar biasa dalam PAS. Anwar Ibrahim juga berfungsi sebagai pengikat DAP dan PKR dengan PAS.

Dengan kata lain, PAS berada di bawah Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan buat PKR dan DAP. Kerja dan fungsi PAS sekadar memberi khidmat kepada PKR dan DAP. Untuk jangka panjang, PAS akan pupus dan kesemua ahli PAS akan diserap masuk ke dalam PKR dengan sebahagiannya pula berada dalam DAP.

Bagaimanapun, DAP cuma berminat dengan ahli-ahli PAS yang masih muda memandangkan golongan muda PAS merupakan golongan yang paling mudah dibentuk dan disuruh mengikut kehendak Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Guan Eng.

Ada yang berkata, kita tidak boleh terlalu prejudis dengan PKR dan DAP, bahkan kita mesti menerima mereka dengan sepenuh hati kerana mereka telah membantu PAS.

Itu mimpi yang seringkali dimomok-momokkan oleh para pemimpin PKR dan DAP memandangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.


SETERUSNYA BACA DISINI

KETUM SUDAH PANAS! KETUA AMK BARU DIBOIKOT 16 EXCO BARU?

Posted: 22 Aug 2014 10:42 AM PDT

AIDCNews – 22/8/14 – Sembilan Exco AMK bertindak meninggalkan dewan sebaik sahaja Ketua AMK baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad mahu memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu pagi tadi, lapor The Malaysian Insider.

Menurut portal itu, mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis.

Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi.

Seorang jurucakap untuk exco itu mengatakan Amiruddin sepatutnya memenangi jawatan tertinggi sayap parti itu.

"Nik Nazmi hanya menang selepas undian semula dibuat membabitkan bahagian Pensiangan," katanya, merujuk kepada proses pengundian di salah satu bahagian di Sabah itu yang mengalami masalah dalaman.

"Kami sudah menghantar bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti tetapi ia ditolak. Ini akan jadi satu permulaan yang sukar buat Nik Nazmi. Dia terpaksa berusaha keras meyakinkan mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan itu untuk bekerja dengannya," katanya yang enggan dinamakan.



Sementara itu, Nik Nazmi yang ditemui selepas memberikan ucapan penangguhannya enggan mengulas lanjut, sebaliknya berharap krisis tersebut tidak menjejaskan kepimpinan sayap berkenaan.

Menurutnya, dia menerima kepelbagaian dalam AMK, dia sendiri mewakili AMK Malaysia dipilih sebagai Ketua AMK, Timbalan Ketuanya, Afif Bahardin dari kem Amiruddin dan Azmizam Zaman Huri dari kem Mohd Nazree dipilih sebagai Pengerusi Tetap AMK.

"Saya tidak akan berikan sebarang komen berkenaan keputusan yang melibatkan teknikal. Apa juga keputusan saya terima dan saya sendiri dari AMK Malaysia, Afif daripada AMK baru, Azmizam daripada Nadi AMK dan saya boleh terima mereka semua di dalam kumpulan saya.

"Saya sangat berharap, mesej saya kepada mereka seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang mana musuh kita bukanlah di kalangan ahli parti, musuh kita ialah UMNO dan Barisan Nasional.

"Jadi kita ada tugas yang besar dan saya rasa rakyat juga tidak akan ambil kesah berkenaan ini," katanya dilaporkan Suara TV.

Malaysiakini melaporkan bukan 9 Exco AMK yang memboikot Nik Nazmi, sebaliknya berjumlah 16 Exco.

Timbalan Ketua AMK yang baharu dipilih Afif Bahardin yang dihubungi portal itu berkata kesemua exco yang memboikot Nik Nazmi itu dari kem AMK Baru kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari.

Kata Afif, keputusan terbaharu pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu.

"Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya.

Pada pemilihan AMK yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR semalam, Amirudin Shari yang sentiasa mendahului sebagai Ketua AMK telah tewas pada saat-saat akhir kepada Nik Nazmi dengan perbezaan 250 undi.

Namun, jawatan Timbalan Ketua, Afif Bahardin dan tiga Naib Ketua AMK; Raymond Ahuar, Radzlan Jalaludin dan J Sangetha seperti keputusan sebelumnya, kesemuanya dimenangi oleh kem Amiruddin.

Begitu juga kem Amiruddin turut memonopoli majoriti daripada 21 Ahli Jawatankuasa AMK yang dipilih.

Amiruddin mewakili kem Azmin Ali manakala Nik Nazmi pula mewakili kem Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

HOUSE PK: Sial punya PKR! Dah lama pemilihan mereka begitu lama, makan masa berbulan-bulan pastu yang menang semua anjing al Jubs je. Sekarang kau rasa la la la la...

KETUM SONGSANG PRODUCTION MEMPERSEMBAHKAN KAJANG MOVIE "MY BINI MY BONEKA"

Posted: 22 Aug 2014 03:34 AM PDT

Sementara kita menantikan laporan polis yang Rafizi masih tak buat walau dah 3 hari tentang dokumen Kajang move tu, apa kata korang layan video khas tentang keluarga bermasalah no 1 di Malaysia. Walau video ini berbentuk parody tapi mesej yang disampaikan adalah sangat jelas dan tolong jangan jadi pengikut taksub yang bodoh macam babi ok!

Tq Waku Up Malaya for the video
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...