Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Loji najis dibina di Kampung penyokong tegar UMNO sebagai penghargaan buat sokongan mereka?

Posted: 12 Sep 2014 08:15 AM PDT


Nasihat aku buat saudara-saudara dari negeri Johor ni yang mengaku mereka adalah penyokong tegar UMNO selama berdekad..

Tak perlu marah-marah.. bergembiralah!.. anggaplah loji najis yang nak dibina dikampung mereka itu sebagai hadiah atau penghargaan dari Kerajaan UMNO Johor buat mereka..

Penghargaan kerana dah berpuluh tahun mereka menyokong UMNO..

Loji najis yang hendak dibina dikampung mereka oleh pihak pemaju hartanah mewah Danga Bay tidak akan terbina di situ jika pelan pembinaannya tidak diluluskan oleh pihak berkuasa yang dikuasai oleh pemimpin UMNO Johor sendiri..

Takkanlah Ahli Majlis- Ahli Majlis yang terlibat untuk meluluskan pelan pembangunan di situ tidak menyedari adanya kampung mereka di situ..

Tapi mungkin juga kerana disedari mereka adalah penyokong tegar UMNO.. walau diperlakukan apa saja akan tetap menyokong UMNO maka Loji Najis diluluskan untuk dibina di situ... he..he..he...

Laporan berkaitan...

BERANG dengan cadangan pihak pemaju hartanah mewah Danga Bay mahu membina loji najis di kampung mereka, lebih 100 penduduk Kampung Pasir mengadakan perhimpunan secara aman hari ini.

Sambil membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang, penduduk kampung terbabit berkumpul sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di hadapan Masjid Ungku Tun Aminah di Kampung Pasir.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Pembinaan Loji Najis itu, Mortadza Abdullah yang mengetuai perhimpunan itu kemudiaannya menyerahkan memorandum bantahan penduduk kepada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Jumat.

Memorandum itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Tengku Putra, kerajaan negeri perlu memberi perhatian laungan ketidakpuasan hati penduduk Kampung Pasir dan kampung sekitarnya kerana mereka merupakan "fixed deposit" kepada Barisan Nasional (BN).

"Mereka merupakan fixed deposit kepada BN dan Umno sejak daripada dahulu lagi. Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada mereka," katanya.

Memandangkan projek pembinaan loji itu masih di peringkat cadangan, pandangan serta pendapat penduduk tempatan tentang projek loji najis masih boleh diberikan pertimbangan oleh kerajaan negeri termasuk membatalkannya.

"Kita kena cegah "disease" (loji) sebelum ianya menjadi penyakit," kata beliau sambil menambah, kejadian banjir kilat di jalanraya hadapan projek mewah Danga Bay semalam merupakan bukti jelas ketidakmampuan pemaju berkenaan mematuhi peraturan berkenaan pembinaan.

Jika pemaju gagal mematuhi peraturan bagi mengelak banjir di hadapan Danga Bay, terdapat kemungkinan yang sama akan berlaku pada pembinaan loji najis di Kampung Pasir dengan penduduk kampung pula menjadi mangsa, kata beliau.

Pemaju projek mewah di Danga Bay yang rata-ratanya telah dibeli oleh warga asing, bercadang membina loji najis di atas tanah seluas 18 ekar di tengah-tengah Kampung Pasir yang keseluruhannya didiami oleh penduduk berbangsa Melayu. -- Malaysia Gazette

Tentera Darat Malaysia jelaskan sebab Tentera Amerika kelihatan di Terengganu..

Posted: 12 Sep 2014 02:21 AM PDT


Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.

Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

"Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.

"Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu.


Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

"Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan," menurut kenyataan itu lagi.


Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.

Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika lapor BNBBC

GST akan sebabkan harga rumah meningkat 3 hingga 4%...

Posted: 11 Sep 2014 11:00 PM PDT


Dengan harga rumah yang ada sekarang inipun ramai diantara kita hanya 'Mampu Tengok' dari 'Mampu Milik' bagaimana pula jika harganya terus meningkat lagi?

Menurut Menteri-menteri dan juga pemimpin-pemimpin UMNO, GST tidak akan menyebabkan harga barangan yang sedia ada meningkat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata "Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,"

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berkata "Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

Manakala Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain pula berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

"Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

"Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai," katanya..

Tapi apahal pulak harga rumah akan naik kerana GST??


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.

Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan 'langkah-langkah penstabilan' pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.

Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.

Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.

Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.

"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.

Patutlah kebanyakkan pemimpin UMNO perutnya besar-besar belaka...

Posted: 11 Sep 2014 08:38 PM PDT


Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.

"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.

"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.

"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi" dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.

"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.

Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.

Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.

Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.

Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.

Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.

Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.

Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.

"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.

Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.

"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.

"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.

Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.

Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.

"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.

"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.

"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.

Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.

Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.

"Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar," katanya.

Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.

"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.

"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.

Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap lapor The Malaysian Insider

Setelah dihantar ke Tanjung Rambutan, Kaki fitnah Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay diperintah bayar RM60,000 pula..

Posted: 11 Sep 2014 05:30 PM PDT


Bertimpa-timpa malang yang menimpa individu yang dijadikan modal untuk menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh TV3 dan Utusan Malaysia ini.

21 Ogos lalu telah dilaporkan Yuktes Vijay ataupun Yuktesvaran Malaipan telah diarahkan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta diberi pengawasan selama sebulan oleh Hakim Mahkamah Kajang.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh Hakim berikutan dari dari tindakan Yuktes mencetuskan kekecohan dalam Mahkamah.

Hari ini pula individu yang menjadi mangsa fitnahnya di laman sosial Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap Yuktes .

Menurutnya, saman fitnah telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap Yuktes dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktes bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

PETALING JAYA: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap seorang individu yang telah memfitnahnya di laman sosial.

Menurutnya, saman fitnah itu telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap seorang individu bernama Yuktesvaran dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktesvaran bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

"Sekiranya gagal, kami akan memfailkan bankrapsi kepada beliau," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, seharusnya, kes ini harus menjadi pengajaran buat Yuktesvaran bahawa memfitnah merupakan amalan keji dan seharusnya beliau tidak mengulanginya lagi.

"Semoga kes ini mejadi iktibar kepada semua pihak," katanya.

Sebelum ini, FMT turut melaporkan bahawa Yuktesvaran Malaipan telah ditangkap oleh pihak polis dan dituduh di Mahkamah Sesyen Majisteret Kajang.

Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah menghantar Yuktesvaran ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan disebabkan beliau telah membuat kecoh di dalam mahkamah.

Beliau didakwa atas kesalahan membuat fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di laman sosialnya dengan menuduh Sanjeevan telah menembak dirinya sendiri yang mengakibatkannya koma selama 35 hari.

"Sebelum ini polis tidak dapat menangkap Yuktesvaran kerana dipercayai telah bersembunyi dan menyukarkan pihak polis untuk mengesannya," ujarnya lapor Free Malaysia Today
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...