Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Haji Hadi buat lawak atau Nik Nazmi berbohong ni?

Posted: 13 Sep 2014 09:26 AM PDT


Kalau bohong Nik Nazmi ni... maka bohonglah aku.. sebabnya antara pendedahannya mengenai pertemuan antara Pemuda PR dengan Presiden PAS ada antara ayat yang sukar diterima akal..

Ya lah.. biasanya seseorang yang hendak memantau kebolehan seseorang itu, dirinya punya kebolehan atau pengalaman yang lebih baik dari individu yang hendak dipantaunya itu..

Tapi dalam hal ini.. Nik Nazmi kata Haji Hadi mahu memantau Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..

Baca ni..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.

Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.

Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.

"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB lapor The Malaysian Insider

Kalau nak memantau itu boleh.. tapi tidakkah Haji Hadi sedar beliau sendiri telah gagal mengekalkan Terengganu ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun wujud perpecahan dalam Umno.

Ditambah pula dengan sokongan membuta-tuli beliau kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS pada 2013, pada ketika PR memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.

Persoalan utamanya ialah adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? sedangkan nasihat rakan-rakan dari sesama parti pun tidak diendahkannya..

PAS tamak Ibrahim Ali kata..

Posted: 13 Sep 2014 03:13 AM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) di Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail lebih baik dan menuduh parti Islam PAS sebagai tamak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya kecil di negeri Kelantan itu.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon BN lebih baik dan berpengalaman berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

"Saya berpandangan, calon BN mempunyai kelebihan, terutamanya dari segi pengalaman, selain mempunyai latarbelakang agama," kata beliau yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim yang juga turun berkampung di Pengkalan Kubor juga menuduh PAS bertanding atas sifat tamak walaupun tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan tersebut.

Tindakan PAS bertanding menunjukkan sifat tamak.

Walaupun DUN berkenaan diwakili oleh mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri termasuk Menteri Besar (Pasir Pekan) dan Exco (Wakaf Bharu), namun kawasan berkenaan tetap jauh ketinggalan.

"Apa yang dilihat, kawasan-kawasan yang dikuasai PAS masih tidak membangun. Kalau ada sekalipun bangunan, itu projek swasta, bukan melalui kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga turut menggesa pengundi kawasan supaya memilih BN jika mahu melihat perubahan.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PKR pada awalnya menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut, bagaimanapun PAS Kelantan berkeras berkata kerusi tersebut hanya dipinjamkan kepada PKR lapor The Malaysian Insider

Tiga penjuru di PRK Pengkalan Kubor

Posted: 12 Sep 2014 06:46 PM PDT


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang.

Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka ..

Sementara itu MAlaysiakini melaporkan Proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi ini di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Proses itu dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan nama calon yang bakal bertanding dalam PRK itu pada 25 September ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, akibat kanser.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Bagaimanapun, kali ini, PKR menyerahkan kerusi itu kepada PAS yang mempunyai jentera pilihan raya yang lebih kuat di sana, dengan harapan untuk merampas kerusi itu daripada BN.


Orang ramai kelihatan mula memenuhi kawasan berkumpul mengikut parti masing-masing.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong dan pemimpin BN mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada pukul 8.40 pagi.


Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, calon BN Mat Razi Mat Ail serta seorang individu dipercayai calon bebas dilihat memasuki pusat penamaan calon pada jam 9.02 pagi
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...