Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Calon Bebas dedahkan sebab bertanding di Pengkalan Kubor

Posted: 14 Sep 2014 07:00 AM PDT


Calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor kesal kerana semua parti politik di negara ini disifatkan 'cakap tak serupa bikin'.

Izat Bukhary Ismail Bukhary ketika ditemui MalaysiaGazette berkata, banyak yang dibuat oleh parti-parti politik hari ini tidak pernah menjadi.

"Saya dicabar supaya masuk bertanding apabila ramai yang berkata saya jangan hanya pandai bercakap di belakang.

"Mereka ni semua akan menyokong saya jika saya berani menyahut cabaran untuk bertanding bagi memperbetulkan semua kelemahan yang dibuat oleh parti-parti politik di tanah air," katanya.

Sambil menunjukkan sebatang pen sebagai lambang kepada parti bebas yang dibawa, Izat Bukhari tetap mengharapkan kemenangan yang diluar jangkaan kepada dirinya.

"Saya tahu bukanlah mudah untuk saya menang di sini atau di mana-mana pilihan raya tetapi saya tidak boleh mengalah selagi belum mencuba.

"Tujuan saya bertanding adalah untuk menang dan jika takdir memihak kepada saya, rakyat akan menikmati lebih banyak pembangunan di Pengkalan Kubor kerana saya nampak banyak lagi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat," katanya.

Tegasnya lagi, walaupun tidak popular seperti calon BN dan Pas, namun dia mempunyai misi tersendiri untuk meyakinkan pengundi.

"Bagi saya, yang penting sekali pastikan perjuangan yang dibawa itu betul, jujur dan ikhlas.

"Kalau nak perjuangkan Islam, jangan langgar prinsip Islam dan kalau nak buat pembangunan, biarlah amanah dan telus," ujarnya. - MalaysiaGazette

Haji Hadi kata Nik Nazmi bohong?

Posted: 14 Sep 2014 05:00 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata: "Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar lapor Malaysiakini

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah terkorban di Syria

Posted: 14 Sep 2014 02:49 AM PDT


Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin yang menyertai peperangan di Syria bagi menentang Presiden Bashar Al-Assad dilaporkan terkorban hari ini selepas mengalami kecederaan parah sebelum ini.

Laporan pemergian Lotfi dipetik daripada akaun Facebook, Abu Talhah II, salah seorang lagi rakyat Malaysia yang turut berperang di Syria.

"Assalamualaikum, perginya seorang sahabat buat diriku, ulama dan mujahid buat ummah ini. Pemergiannya sangat dirasai kepada kami di sini, beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalah ulama," tulis Abu Talhah di Facebook.

Gambar kenangan pemilik akaun tersebut bersama Lotfi juga diletak bersama-sama status untuk memberitahu tentang kematian seorang lagi rakyat Malaysia itu.

Pengguna Facebook di ruang komen juga mengucapkan takziah di atas berita pemergian Lotfi. Lotfi sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu.

Lofti bersama kumpulan Malaysia dikatakan diserang hendap tentera Al-Assad di Syria.

Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, mengesahkan perkara itu dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

Zainon berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan adiknya oleh rakan melalui laman Facebook.

Salah seorang pengguna Facebook, Izham Che Mohd Jusoh mengucapkan takziah di ruang komen status tersebut. "Semoga Allah menerima beliau sebagai Syuhada," katanya.

Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukanya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial.

Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata.

Seorang lagi rakyat Malaysia, adalah bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay.

Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya ke Syria.

Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria lapor The Malaysian Insider 

..... Semoga Allah menerima beliau sebagai Syuhada.. dan Al Fatihah buat Allahyarham...

Debat bukan budaya kita?.. Najib bohong rupanya, Ahli MT UMNO sahkan!

Posted: 13 Sep 2014 11:00 PM PDT


DULU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

KINI.. Ahli UMNO khususnya sayap Pemuda dan Puteri perlu kembali membudayakan amalan berdebat dan berpidato bagi memastikan kelangsungan serta penerimaan parti itu dalam kalangan masyarakat generasi muda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, amalan sedemikian adalah senjata utama yang dimiliki pemimpin UMNO terdahulu dalam perjuangan menentang Malayan Union dan gerakan kemerdekaan negara.

Katanya, budaya tersebut dilihat semakin berkurangan dalam kalangan ahli UMNO sebaliknya diambil kesempatan oleh pemimpin pembangkang dalam usaha mereka menarik sokongan pengundi.

"Pemimpin pembangkang dilihat lebih ke hadapan dalam membudayakan amalan berdebat serta berpidato dan hasilnya terlihat melalui sokongan diterima mereka.

"Seharusnya budaya itu dikembalikan dan menjadi amalan lazim dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO dalam melahirkan lebih banyak idea, cadangan dan pandangan bernas untuk masyarakat negara ini," katanya lapor Utusan

SELAMANYA... Macai diperbodohkan sampai mati...

UMNO kawan dengan Komunis dah 40 tahun rupanya..

Posted: 13 Sep 2014 08:57 PM PDT


Parti Komunis China (CPC) hari ini mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan UMNO, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC, Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang antara Beijing dengan Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia di sini kelmarin.

Sejumlah 15 petugas media (wartawan dan jurukamera) berada di ibu negara China ini sejak kelmarin bagi menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama Parti Komunis China (CPC) dan UMNO.

Seminar yang berkonsep lawatan sambil belajar ini merupakan satu manifestasi kerjasama rapat antara parti UMNO dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan UMNO merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan UMNO, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan UMNO berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.

Bercakap dalam pertemuan hampir dua jam dengan media Malaysia, Zhang berkata, tiga aspek iaitu kestabilan, pembangunan dan reformasi berkait rapat dan saling bergantung.

"Tanpa kestabilan, tidak ada asas untuk berlaku pembangunan. Tanpa pembangunan, tidak ada persekitaran untuk membuat reformasi. Dan Tanpa reformasi, tidak terjadi kestabilan serta pembangunan," jelasnya.

Zhang berkata, Malaysia dalam kedudukan yang penting dan strategik apabila menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan dan ketika berlaku pembentukan Komuniti ASEAN (AC).

"Pusat kuasa dunia sudah beralih dari Barat ke Timur, dari Eropah Atlantik ke Asia Pasifik, khususnya ke Asia Tenggara.

"Sehubungan itu, CPC yakin Malaysia melalui kepimpinan UMNO akan dapat merebut peluang untuk menetapkan hala tuju ASEAN, menggalakkan lagi pembangunan, mengurus permasalahan serantau dan mencari penyelesaian kepada pertikaian wilayah," katanya. - MINGGUAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...