Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang baru ditubuhkan ni.. serpihan DAP ke?

Posted: 16 Sep 2014 09:12 AM PDT


Sebuah parti politik baru - Parti Alternatif Rakyat (PAP) - akan ditubuhkan sebagai suara ketiga rakyat selaras dengan ideologi memartabatkan jati diri, hak dan kepentingan rakyat Malaysia.

Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd Noor berkata pihaknya telah menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan masih menunggu kelulusan.

"Selepas mendapat kelulusan daripada ROS, kami akan melancarkan parti baru ini di Kuala Lumpur. Sementara menunggu kelulusan itu, kami akan patuh arahan pihak ROS yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sehingga disahkan mendapat sijil rasmi kelak," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja PAP di Gorge Town hari ini.

Beliau berkata penubuhan parti baru yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu juga berhasrat untuk mempersiapkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kelak.


Katanya, calon akan dihantar bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di seluruh negara.

Zulkifli berkata selain 25 anggota jawatankuasa penaja, pihaknya telah mengenal pasti pemimpin di peringkat negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta mengembangkan parti itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keahlian PAP terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan tidak akan menyekat anggota daripada mana-mana parti politik lain untuk menyertai parti berkenaan.

"Kami memberi peluang kepada anak-anak muda, mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti, mereka ingin tinggalkan dan sudah tinggalkan parti mereka. Mereka yang tiada platform untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum dan kecil.

"Mereka yang terdiri daripada pesara angkatan tentera, polis dan anggota keselamatan yang lain bolehlah menyertai atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada parti ini," katanya. - Bernama

Kumpulan Pro Ulamak keluar dewan ketika Mat Sabu berucap.. (Video Inside)

Posted: 16 Sep 2014 06:30 AM PDT


Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'


Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.


Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada ucapan beliau.

Dalam sidang medianya kemudiannya, Mohamad menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui "tidak nampak" perbuatan mereka itu.

'Mungkin pergi solat'

Beliau bagaimanapun menganggap mungkin tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.

"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

Kenyataan Mohamad itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang hadir dalam sidang media itu.

"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang ada pergi sembahyang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak dapat memastikan hal itu kerana beliau berada depan pentas.

Beliau berkata jika benar, bekas ketua Pemuda PAS itu menyifatkan ia "suatu yang tidak sepatutnya berlaku".

"Walau macam mana pun, kita akan dengar laporan nanti daripada muktamar Pemuda tentang apa yang berlaku. Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya duduk di barisan hadapan," katanya lapor Malaysiakini

Nga Kor Ming menjawab serangan Blogger PR isu rumah dan keretanya..

Posted: 16 Sep 2014 12:00 AM PDT


Gambar di atas adalah salah satu dari empat keping gambar yang beredar dalam laman Blog, Facebook dan juga Twitter baru-baru ini.

Ianya dikatakan milik Ahli Parlimen Taiping yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nilainya dianggarkan lebih dari setengah juta RM di mana Volvo XC90 samada D5 atau T5 aku kurang pasti tapi harganya ialah sekitar RM350,000 manakala Toyota Estima harganya antara RM180,000 dan VolksWagen Golf pulak harganya sekitar RM140,000.

Tak tahu pulak aku kereta yang mana satu dibeli menggunakan AP yang diperolehinya sebagai Ahli Parlimen..kalau beli gunakan AP harganya lebih rendah dari harga di atas..

Disamping gambar tiga buah kereta itu gambar-gambar sebuah rumah yang berwarna putih yang dianggarkan bernilai lebih dari RM3 Juta juga turut tersebar..

Berikut adalah gambar-gambar rumah tersebut..


Aku tak turut sama menyerang Nga Kor Ming ni bukannya kerana aku dibauar oleh DAP atau PKR ataupun PAS sebagaimana yang dituduh kebanyakkan macai.

Tapi kerana sejak dari mula aku terlibat secara tak langsung dalam arena politik negara kita ini aku nampak ada perbezaan antara ahli Politik yang berbangsa Cina dan Melayu.

Kebanyakkan ahli politik yang berbangsa Cina sebelum berkecimpung dalam dunia politik terdiri dari usahawan atau peniaga, mereka menceburi politik hanya untuk mengejar kuasa bagi membolehkan empayar perniagaan mereka diperluaskan.

Manakala ahli Politik yang terdiri dari bangsa Melayu pula, kebanyakkannya tak punya harta sebanyak manapun.. mereka menceburi politik untuk mengejar kuasa bagi membina harta.. tengoklah sekeliling kita.. tengok semua pemimpin baik dari UMNO, PKR mahupun PAS..

Pasal rumah pulak aku tak berapa hairan kalau masyarakat Cina ni punya rumah yang besar-besar, sebabnya kebanyakkan mereka tinggal dalam satu rumah itu beramai-ramai atau hampir satu keturunan bermula dari datuk nenek hingga ke anak cucu..

Kalau tak percaya pergi lihat sendirilah... tengok pada sebelah malam atau pada hari cuti dan kira berapa banyak kereta yang ada.. Jadi bayar pun dikongsi bersama-sama mereka..

Sayangnya masyarakat Melayu tak boleh nak tinggal satu keturunan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Cina itu.. paling lama pun setengah tahun saja...

Berikut adalah penjelasan Nga


IPOH - Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

"Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

"Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya," katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

"Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

"Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta," katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah lapor Sinar Harian

Disebalik Hari Malaysia.. Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu ialah..

Posted: 15 Sep 2014 09:21 PM PDT


Sambutan Hari Malaysia Ke-51 peringkat kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Bandaraya Miri, Sarawak, malam ini.

Pada 16 September 1963, Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Tanggal tersebut menjadi tarikh keramat menyaksikan seluruh rakyat menghayati pembentukan Malaysia menerusi kata sepakat yang dicapai antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (juga Singapura ketika itu) pada tahun 1963.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytihar sebagai hari cuti awam di seluruh negara mulai tahun 2010 ekoran pengumuman Najib pada Oktober tahun sebelumnya.

Namun disebalik pengumuman Najib itu apa yang kita rakyat Malaysia perlu tahu ialah cadangan cuti tersebut bukanlah datangnya dari idea Najib.

Ianya datang dari hasil pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada awalnya telah ditolak mentah-mentah oleh Pak Lah dan disanggah oleh beberapa orang Professor..

Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.

Manakala Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.

Menurutnya, tiada apa signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak. ''Apakah kalau cuti, kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata, tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bankrap idea seperti Anwar.

Seorang lagi ahli akademik, Abdul Hamid Yeop Zainudin berkata, cadangan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa ia sebahagian daripada agenda politiknya dalam usaha meraih perhatian rakyat secara psikologi.

''Ini adalah perang psikologi yang cuba diterapkan oleh Anwar, tiada lain semata-mata untuk tujuan politik beliau,'' katanya.

Abdul Hamid yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Anwar itu juga amat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.


Sekarang apa macam professor-proffesor?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...