Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh! Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS pun dah pandai U-Turn?

Posted: 17 Sep 2014 03:00 PM PDT


Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

"Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang semalam.

Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Sedangkan ianya hanya menyebut secara umum dalam konteks kaedah membuat keputusan yang digunapakai oleh Dewan Ulamak khususnya melibatkan pertukaran menteri besar.

"Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam.

"Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," tegasnya lapor HarakahDaily


... Persoalannya media yang mana satukah yang dimaksudkan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu?

Sedangkan lidah rasmi PAS iaitu Harakahdaily juga turut menyiarkan kenyataannya yang berbunyi "Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya.."

Ni printscreen dari Harakahdaily tu..


 Laporan sepenuhnya silalah baca di ( SINI ) itu pun kalau ada lagilah...

Akhirnya... Tan Sri Khalid jawab kontroversi pinjaman Bank Islam

Posted: 17 Sep 2014 08:25 AM PDT


ISU penyelesaian luar mahkamah (PLM) antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan antara "kontroversi" utama yang dikatakan pencetus bagi keraguan munasabah mengenai integriti dan kredibiliti TSKI.

Sebarang rumusan yang cuba mengaitkan PLM dengan unsur penyelewengan atau salah guna kuasa bagi mana-mana transaksi atau keputusan diambil Kerajaan Selangor merupakan fitnah dan tuduhan liar yang tidak berasas, bercanggah dengan fakta dan berniat jahat.

PERTAMA, fitnah bahawa TSKI tidak mampu dan/atau enggan membayar hutang dengan BIMB sehingga terpaksa diseret ke mahkamah.

HAKIKATNYA, TSKI merupakan pihak yang mula mengambil tindakan undang-undang terhadap BIMB pada 10 Mei 2007 dengan menamakan BIMB sebagai defendan dan bukan BIMB yang pertama menyeret TSKI ke mahkamah. Pelbagai kes mahkamah yang berkaitan kemudiannya menyusul dan berlarutan sehingga 2014.

KEDUA, tohmahan TSKI diberi layanan istimewa sehingga baki hutang tertunggak beliau dengan BIMB bernilai US$18,521,806.12 dilupuskan atau dimaafkan kerana tindakan BIMB bersetuju menggugurkan semua saman berkaitan didakwa "keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa" sedangkan "peguam BIMB berpendapat BIMB mempunyai kes yang kuat terhadap lawan" atau "TSKI sudah hampir kalah di mahkamah".

HAKIKATNYA, tiada layanan istimewa diberi kepada TSKI kerana PLM bukanlah sesuatu di luar kebiasaan memandangkan PLM merupakan salah satu daripada mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian selain daripada litigasi dan timbang tara. Tambahan pula, BIMB yang mula menawarkan pilihan PLM ini dalam siri rundingan pusingan pertama pada pertengahan 2008 sekaligus menyaksikan semua kes mahkamah terhenti buat seketika.

Malangnya, rundingan PLM pusingan pertama menemui jalan buntu kerana TSKI tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat yang ditawarkan pada masa itu.

Selepas beberapa kes difailkan oleh kedua-dua pihak dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sejak 2009, akhirnya kata sepakat dicapai pada Februari 2014 untuk menyelesaikan di luar mahkamah dalam siri rundingan peringkat kedua.

Sebenarnya, PLM ini dilihat lebih memberi manfaat kepada BIMB kerana sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada TSKI, ia akan menjadi kes "precedent" yang mengakibatkan risiko "letusan" kes mahkamah serupa, mempersoalkan kesahihan kontrak Bai' Bithaman Ajil dan Bai' Al-Inah malah keabsahan Akta Bank Negara 2009.

Persetujuan TSKI menerima PLM ini sebenarnya boleh disifatkan sebagai sumbangan TSKI kepada industri kewangan Islam di Malaysia demi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

KETIGA, dakwaan bahawa TSKI gagal atau enggan memberi penjelasan yang boleh diterima akal secara telus dan terbuka segala terma dan syarat PLM tersebut untuk menghentikan spekulasi.

HAKIKATNYA, TSKI telah memberi penerangan serba-sedikit tentang PLM dan sebarang isu berbangkit kepada Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat khas pada 6 Mac 2014 meskipun sebenarnya TSKI terikat dengan "non-disclosure agreement" (NDA) yang lazimnya disertakan dalam sebarang PLM untuk melindungi hak dan kepentingan semua pihak terbabit.

Wajib patuh dengan NDA tersebut, TSKI tiada kebebasan atau keperluan untuk mendedahkan perincian spesifik PLM tersebut terutama jumlah "haircut" bagi hutang tertunggak, kaedah pembayaran dan jadual pembayaran.

Butiran bagi sebarang PLM tidak perlu didedahkan kepada awam selagi mana ia melibatkan perkara-perkara bersifat peribadi seperti hutang peribadi TSKI dengan BIMB sejak 1997 yang kemudiannya menjadi kes mahkamah sejak 2007, lama sebelum TSKI dipertanggungjawabkan dengan jawatan awam.

Malah, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berpendapat bahawa semua yang hadir pada mesyuarat khas tersebut berpuas hati dan bersetuju dengan hujah dan jawapan TSKI. TSKI juga hanya menerima surat pengesahan muktamadnya PLM ini daripada BIMB pada hujung Julai 2014.

KEEMPAT, fitnah bahawa PLM telah dirunding menerusi atau dengan bantuan Tan Sri Rashid Manaf (TSRM), seorang tokoh korporat UMNO dan bekas peguam Tun Daim Zainuddin semata-mata kerana:

1. Pengesahan oleh salah seorang Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor bahawa TSKI bertemu dengan TSRM "beberapa kali"

2. PLM dibuat di luar pengetahuan pihak peguam BIMB, Tetuan Tommy Thomas yang mendakwa diberitahu keputusan tersebut pada saat-saat akhir menjelang pertengahan Februari 2014

3. Penjualan pada 19 Mac 2014 308.72 ekar tanah milik Tropicana Corporation Berhad (sebahagian tanah pembangunan keseluruhan seluas 1,172 ekar yang dibeli daripada Kerajaan Selangor pada bulan April 2013) kepada Eco World Development Group Berhad (Eco World) di mana TSRM merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan pemegang saham utama Eko World

4. Penganugerahan projek pembinaan 2,496 unit perumahan mampu milik (PMM) di Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak dianggarkan bernilai RM520 juta kepada Eko World menerusi MoU yang termeterai pada 25 Mac 2014

HAKIKATNYA, sebagai bekas tokoh korporat tersohor yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, tidak mustahil malah satu kelaziman bagi TSKI untuk mengenali dan pernah berurusan dengan ribuan tokoh lain daripada dunia korporat dan kewangan domestik dan antarabangsa.

Ada di kalangan mereka kekal sebagai kenalan rapat TSKI meskipun pendirian politik berbeza. Namun, dari situasi sebegitu untuk seterusnya dituduh menjadi orang tengah atau dalang bagi PLM agak keterlaluan malah simplistik.

Dalam Surat Akuan Berkanun bertarikh 4 September 2014, Encik Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar menafikan butiran perbualan telefon pada 29 Julai 2014 seperti yang didakwa dalam dossier setebal 91 halaman terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menerangkan sebenarnya apa yang berlaku.

Bukanlah sesuatu yang aneh sekiranya peguam yang mewakili mana-mana pihak dalam litigasi di mahkamah tiba-tiba diketepikan dalam sebarang rundingan PLM memandangkan antara manfaat PLM adalah penjimatan kos guaman serta mengelakkan pembaziran masa dan tenaga di mahkamah.

Walaubagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa peguam mewakili TSKI telah memberi nasihat dan terlibat sepenuhnya daripada peringkat awal kes pada Mei 2007 sehingga muktamadnya PLM ini pada hujung Julai 2014.

Untuk penjelasan lanjut mengenai isu Tropicana dan Eco World dalam projek Canal City serta penganugerahan projek PMM Selangorku di Sungai Sering kepada Eco World, rujuk kepada pautan berikut:
~ http://bm.selangorku.com/58631/isu-tropicana-dan-eco-world-dalam-projek-canal-city-diperjelas/
~ http://bm.selangorku.com/58634/isu-pembinaan-perumahan-mampu-milik-selangorku-di-sungai-sering-oleh-eco-world-diperjelas/.

KELIMA, fitnah bahawa terdapat timbal balas atau pertukaran bagi menyelesaikan kes TSKI-BIMB ini yang terbukti antara lain dalam bentuk kenyataan dan kemunculan TSKI dalam media Barisan Nasional serta kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang kononnya memberi ruang menyerang PKR dan Pakatan Rakyat; beberapa tindakan lain yang didakwa terburu-buru dan menimbulkan syak wasangka; penstrukturan semula industri air Selangor didakwa secara tergesa-gesa termasuk menyegerakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februari 2014 dan Perjanjian Induk (HoA) pada 1 Ogos 2014 tanpa merujuk kepada pimpinan Keadilan atau Pakatan Rakyat serta Projek Langat 2.

HAKIKATNYA, hubungan baik dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat dialu-alukan malah dituntut demi kebaikan atau menyelesaikan permasalahan rakyat apatah lagi memandangkan senarai persekutuan, negeri atau bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa dan prerogatif masing-masing.

Agak lucu dan tidak matang sekiranya kenyataan atau kemunculan berkaitan rakyat dan hal-ehwal negeri dalam media nasional yang sememangnya condong malah milik entiti Barisan Nasional sekian lama dikatakan serong dan menimbulkan kesangsian.

Proses penyusunan semula industri Selangor bermula hampir sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negeri pada 2008 kerana mengembalikan aset air kepada rakyat merupakan antara agenda utama.

Maka, menuduh pemuktamadan satu proses yang telah memakan masa lebih enam tahun sebagai tergesa-gesa jelas satu cubaan memesong fakta dan berniat jahat. Untuk penjelasan lanjut mengenai isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor, rujuk kepada pautan berikut:
~ http://bm.selangorku.com/57790/isu-penstrukturan-air-selangor-siri-1/
~ http://bm.selangorku.com/57888/penstrukturan-air-selangor-siri-2/
~ http://bm.selangorku.com/58217/isu-penstrukturan-semula-air-diperjelas-siri-3/
~ http://bm.selangorku.com/58626/penstrukturan-semula-air-siri-4/
~ http://bm.selangorku.com/58628/penstrukturan-isu-air-selangor-siri-5/

KEENAM, dakwaan bahawa TSKI memberi penjelasan tidak masuk akal apabila menyatakan antara sebab BIMB bersetuju dengan PLM ada kaitan dengan tuntutan saman bernilai RM300 juta terhadap Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang TSKI yakin akan menang dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas sesi penerangan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 6 Mac 2014 tetapi tiada khabar berita sehingga kini.

HAKIKATNYA, bukanlah sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan sekiranya sebarang tindakan mahkamah mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan. Menurut salah seorang peguam pihak TSKI, Encik Mathew Thomas Philips, "case management" bagi kes saman menentang PNB ini dijadualkan bermula 1 Oktober 2014.

Tuntutan "general damages and loss of profits" yang ditaksirkan bernilai RM300 juta merujuk kepada kes asal difailkan pada 2010 di mana PNB dan BIMB dinamakan sebagai defendan atas dasar hak TSKI memiliki saham Guthrie yang selebihnya dinafikan.

Namun, BIMB digugurkan daripada senarai defendan sebagai salah satu daripada syarat PLM dan sudah pasti taksiran nilai tuntutan juga turun kepada satu paras yang lebih rendah.


Sumbernya dari SINI

Wan Azizah ditolak sebagai calon MB sebab dia wanita?.. pulakdah..

Posted: 17 Sep 2014 02:20 AM PDT


Hari tu kata Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor bukan kerana dia adalah seorang wanita.. tapi hari ini alasan Wan Azizah ditolak ialah dia seorang wanita..

14 Ogos yang lalu..Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak". Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur.

Tapi hari ini pula.. baca dan fahamkanlah..

Dewan Ulama Pas tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak berkenaan cadangan melantik Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yaakob menegaskan, mengikut syarak, pemilihan pemimpin merupakan tanggungjawab besar pada pandangan Islam. 
"Segala persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah dan bakal menjadi soal-jawab di akhirat kelak. 
"Kami (Dewan Ulama Pusat) menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap pelantikan Wan Azizah selepas melihat perkara itu dari perspektif syarak. 
Mengambil pelajaran daripada isu yang sama, pada awal lagi, Dewan Ulamak Pas tidak bersetuju pelantikan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah rakyat dan pembaziran harta negara untuk suatu pilihan raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan. 
"Dewan Ulamak Pas menegaskan pertukaran MB adalah tidak perlu dan menegaskan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh, dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. 
Dewan Ulama Pas, katanya, ada perbincangan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wanita dan soal kemampuan untuk memerintah. 
Rahsia landasan Dewan Ulama ialah perjuangan Islamnya berlandaskan al-Quran, sunnah, Ijmak dan kias, mendokong kepimpinan ulama dari dulu hingga sekarang. 
Sejak dipaterikan sebagai parti Islam, Pas, katanya, amat konsisten dalam perjuangan. 
"Sebagai sebuah parti Islam segala keputusan politik sama ada dalam kerangka Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan di atas sumber-sumber hukum Islam.
Dalam pada itu, Dewan Ulama memuji tindakan Presiden Pas, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konsisten merujuk ajaran Islam dalam buat keputusan.--MalaysiaGazette

Hujah mereka mungkin berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah al-Nisa' ayat 34 yang bermaksud: "Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) memberikan dari hartanya."

Dan hujah daripada hadis riwayat Abi Bakrah "Tidak akan berjaya bagi sesuatu kaum seandainya urusan pemerintahannya diketuai seorang perempuan".

Tapi menurut bekas Pengerusi Biro Penerangan PKR pandangan ulama Syaikh Yusuf Qardawi tidak menafikan hadis tersebut, tetapi perlu dilihat dalam konteks yang khusus. 

Katanya, al-Qardawi menegaskan isu wanita sebagai penjawat awam tidak pernah diputuskan secara ijma' (sepakat) kerana berlaku perbezaan pendapat di kalangan ahli fekah. 

Manakala Presiden Gerakan al Nahdah Islamiyah di Tunisia, Syaikh Rashid al Ghanoushi menyatakan petikan surah al-Nisa itu merujuk kepada kaum lelaki yang menerajui institusi kekeluargaan, katanya.

Zaman kerajaan Aceh abad ke-17 juga pernah membuktikan pemerintahan beraja wanita wujud dalam masyarakat Islam di Nusantara yang berpegang kepada mazhab Shafi'e.  
Mereka adalah Ratu Sofiatuddin (1641-1675), Ratu Naqiatuddin (1675-1678), Ratu Zakiatuddin (1678-1688), dan Ratu Kamalat Syah (1688-1689).  
"Di Indonesia, satu gerakan ulama Nahdatul Ulama membuat keputusan mendukung Megawati sebagai Presiden.  
"Jadi isu kepimpinan wanita tidak menjadi satu halangan dari segi syarak," katanya.

Akhirnya kita yang tak berapa pandai dalam hal ugama ini terpinga-pinga....

Patutlah nak buat kerajaan UG.. Haji Hadi kecil hati dengan Anwar rupanya..

Posted: 16 Sep 2014 11:44 PM PDT


Kecil hati dengan perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata perwakilan Pemuda PAS.

Perwakilan Pemuda PAS dari Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi berkata, sebagai ahli, dan penyokong, keputusan Hadi itu seharusnya disokong kerana presiden PAS itu lebih mengenali Anwar.

Nur Azariza berkata keputusan dibuat Hadi adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus PR.

"Hadi kenal Anwar berpuluh tahun dulu, siapa kita hendak persoalkan," katanya, ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Kota Tinggi, Johor hari ini.

"Hadi kecil hati banyak dengan Anwar apabila Anwar umum perkara yang tidak menerima konsensus PR.

"Anwar lakukan beberapa keputusan seperti Langkah Kajang tanpa konsensus PR," katanya di depan perwakilan dan pemerhati muktamar tahunan ke-55 sayap parti Islam itu.

"Reaksi Hadi adalah hasil perbuatan rakan kita," katanya.

Beliau berkata, PAS Kelantan mempertahankan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir PR.

"Kelantan bersama presiden dan kepimpinan ulama," katanya.

Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim menyuarakan kekecewaan kepada kepimpinan Suhaizan yang dilihat tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Hadi.

Polisi "politik budiman" yang dianjurkan Suhaizan juga turut dikritik apabila beliau sering bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).

"Kami setuju tetapi kami bimbang PAS saja yang budiman tetapi rakan kita yang lain tidak.

"Ini terbukti apabila Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad langsung tidak budiman dengan Hadi," katanya.

Beliau berkata, meskipun mengadakan pertemuan dengan Hadi baru-baru ini bersama Suhaizan dan Ketua Pemuda Sosialis Kebangsaan (Dapsy) Teo Kok Seong, pemimpin PKR itu masih lagi mengkritik Hadi.

"Apa budi beliau buat bertemu dengan presiden sedangkan melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan Pemuda," katanya.

Beliau mengharapkan Suhaizan untuk melihat dengan lebih lanjut berhubung perkara itu kerana khuatir dalam mereka berbudiman bersama rakan dalam PR, mereka meminggirkan Hadi.

"Saya harap ketua Pemuda PAS melihat ke depan, dalam keadaan kita fikir budiman ini, tiba-tiba kita tidak budiman dengan presiden sendiri.

"Saya menunggu kenyataan rasmi ketua Pemuda untuk mendukung kenyataan presiden secara terbuka," katanya lapor The Malaysian Insider


..... Sayang sekali.. pemimpin besar berjiwa kecil...

PAS akan hilang Kelantan seperti Kedah dan Terengganu..

Posted: 16 Sep 2014 06:34 PM PDT


PAS Kelantan tidak boleh lagi terlalu berharap kepada ketokohan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus kekal memerintah negeri tersebut, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Suhaizan berkata faktor ketokohan bekas Menteri Besar Kelantan tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.

"Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) maka mereka mengundi PAS. Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri.

"Kini Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihan Raya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.

Pentadbiran PAS Kelantan kini diterajui oleh Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Yaakob.

Suhaizan juga memberi amaran, kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya parti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.

Tegas beliau, tidak mustahil pentadbiran PAS Kelantan bakal berhadapan dengan nasib yang sama ketika parti itu mentadbir Kedah dan Terengganu.

Katanya pengundi dan penyokong PAS boleh menolak parti itu pada bila-bila masa sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan prestasi terkini PAS Kelantan.

"Kemenangan PAS dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi. Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita.

"Perlu diingatkan juga bahawa rakyat Kelantan terkenal dengan pemikiran politik yang kritikal dan dinamik. Sejarah telah membuktikan mereka boleh sahaja menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi Kerajaan Negeri pimpinan kita," katanya.

Suhaizan berkata hasil post-mortem mengenai prestasi PAS dalam PRU-13 lalu mendapati punca utama kekalahannya di Kedah berpunca daripada masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik.

"Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah. Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara.

"Sedangkan Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Suhaizan juga mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya tidak mengambil mudah kajiselidik yang dijalankan pada bulan Mei lalu oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Katanya, kajiselidik itu menunjukkan bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat merudum ke paras 35% berbanding dengan tahap sokongan sebanyak 50% yang direkodkan semasa kajiselidik yang sama dibuat sebelum PRU lepas.

"Namun yang amat mendukacitakan kita, baru setahun selepas PRU, kita berantakan sesama sendiri hingga hampir memusnahkan jalinan hubungan yang telah kita semai sejak bertahun yang lalu dan memesongkan kita dari tanggungjawab sebenar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Di mana janji-janji muluk untuk membawa politik baru di Malaysia?

"Jangan menunggu sehingga hasil kajian itu diterjemahkan dalam bentuk penolakan kepada kita dalam PRU ke 14," katanya.

Justeru beliau menyeru kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya mengambil berat perkara ini dan mengambil langkah segera bagi memperkukuhkan kembali hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat lapor AstroAwani

Gara-gara Muktamar Pemuda PAS kecoh, Pengerusi Tetap dikejarkan ke Hospital

Posted: 16 Sep 2014 03:30 PM PDT


Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian.

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.


Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...