Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BERNAMA dedahkan nama calon MB Selangor yang baru...

Posted: 18 Sep 2014 09:00 AM PDT


Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.

Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita. Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.

Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu. -- BERNAMA

Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan..

Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan seteru politiknya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana.

Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf.

Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar.

Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku.

Dengan dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berisiko' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin.

Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS.


..... Apapun ini hanyalah spekulasi.. kita tunggu sajalah Selasa ini...

Warkah dari Istana kepada Anwar Ibrahim...

Posted: 18 Sep 2014 05:47 AM PDT


Dalam kenyataan empat muka kepada media ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengatakan kenyataan Ketua Umum PKR itu tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

"Adalah menjadi polisi pihak istana tidak mendedahkan nama-nama dan juga maklumat mengenai calon-calon yang dikemukakan, serta proses pemilihan menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan, maka perkara ini perlu diperjelaskan.

"Oleh demikian, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor," katanya.

Berikut adalah kenyataan medianya..


Rentetan dari jawapan pihak Istana itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun dari pihak Sultan andaikata ada kekhilafan berlaku...

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA  
18 SEPTEMBER 2014  
PENJELASAN MENGENAI AMALAN (CONVENTION)  
Merujuk kenyataan Y. Bhg. Dato' Hj. Mohamad Munir Bin Bani dan Istana Selangor mengenai soal amalan (convention), ingin saya jelaskan: saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan UMNO-BN, sejak 1982 hingga 1998.  
Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari DYMM Sultan Selangor.  
ANWAR IBRAHIM

MB Selangor yang baru angkat sumpah Selasa ini

Posted: 18 Sep 2014 02:36 AM PDT


Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. 

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendai memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam lapor Malaysiakini

Disebalik purata pendapatan RM5,900.. masih ada rakyat punya duit hanya cukup beli beras...

Posted: 17 Sep 2014 11:00 PM PDT


Kenyataan seorang Menteri tentang purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang kononnya telah mencecah RM5,900 sebulan telah menyebabkan ramai terpinga-pinga..

Kerana ramai tahu gaji minimum yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri bagi kakitangan Swasta ialah RM900, manakala untuk Kakitangan Kerajaan pula ialah RM1200 sebulan.

Ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada awal Januari yang lalu dan dalam masa tak sampai setahun ianya telah meningkat menjadi lebih dari RM5,000.

Apa yang nyata ianya adalah satu kenyataan untuk membodek Perdana Menteri, kerana hakikatnya masih ramai rakyat Malaysia jauh dari punya pendapatan sebanyak RM5,900 sebulan.

Dan setelah 57 tahun negara diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional.. masih ada rakyat yang pendapatannya hanya cukup untuk membeli beras..

Baca laporan ni...

'Duit hanya cukup beli beras...'

Keadaan dapur rumah Kembang Mohd
DUNGUN - "Mak saya miskin, tak mampu nak beli alat tulis. Jadi, saya pinjam dengan kawan-kawan. Impian saya kalau ada duit, saya cuma nak beli alat tulis untuk memudahkan saya buat kerja sekolah."

Demikian luahan hati adik Intan Syafiqah, 11, seorang murid miskin yang terpaksa meneruskan persekolahan dalam serba kepayahan kerana ibunya, Kembang Mohd, 54, yang berstatus ibu tunggal, tidak mampu untuk menyediakan kemudahan diperlukannya.

Lebih menyedihkan apabila anak bongsu daripada empat beradik itu kadangkala tidak membawa wang saku ke sekolah sehingga berminggu-minggu dan hanya bergantung harap kepada Rancangan Makan Tambahan (RMT) untuk mengisi perut yang kosong.

Syafiqah berkata, kadangkala terdetik di hatinya untuk menikmati makanan lazat dan kemudahan persekolahan mencukupi seperti murid lain, namun dia hanya memendamkan hasrat itu setelah memikirkan ketidakmampuan ibunya.

"Duit ibu ada cuma untuk beli beras sahaja. Jadi, tak bawa duit ke sekolah pun tak apa, yang penting saya dapat meneruskan persekolahan.

"Cuma saya sedih sebab tak ada alat tulis yang lengkap seperti kawan lain. Nak minta dengan ibu, dia tidak mampu beli," kata murid tahun lima SK Delong itu.

Kakaknya, Intan Shahirah, 13, yang bersekolah di SMK Padang Pulut turut menghadapi situasi sama apabila dia gagal menjelaskan yuran asramanya.

Menurutnya, dia tetap tabah menghadapi situasi itu walaupun sebagai pelajar perempuan, kegagalan menjelaskan yuran asrama sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya untuk belajar.

"Kadang-kadang sahaja saya bawa wang saku ke sekolah. Kebanyakannya, saya pergi sekolah dengan poket kosong.

"Yuran asrama pula banyak tertangguh. Nak suruh ibu bayar pun dia tidak bekerja, hanya mengharapkan wang bantuan bulanan untuk bayar yuran. Duit itu juga untuk beli keperluan asas lain. Jadi, saya tak boleh minta lebih daripada ibu," katanya.

Hanya bergantung bantuan RM200 sebulan


Bilik air mereka
Sementara itu, Kembang berkata, akibat kemiskinan hidup, dia bersama dua anaknya terpaksa tinggal di rumah kosong peninggalan bekas suaminya, biarpun rumah tersebut sebenarnya tidak layak dijadikan kediaman kerana tidak mempunyai kemudahan air dan elektrik.

Menurutnya, dia cuba sedaya upaya untuk keluar daripada situasi memeritkan itu, namun tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Saya cuma dapat duit bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan. Dengan duit itulah, saya buat belanja anak sekolah dan beli beras.

"Jumlah itu tidak mencukupi, nasib baik sekali-sekala ada jiran tampil menghulurkan makanan. Jika tidak, kami tiga beranak pasti mati kelaparan," katanya.

Kembang juga berkata, dia amat berharap ada insan bersimpati untuk membantu terutama bagi membaiki rumah peninggalan didiami mereka tiga beranak itu yang tidak mempunyai pintu dan tingkap bilik air, selain bilik air serta tandas tidak sempurna.

"Saya sudah beberapa kali memohon bantuan rumah daripada pihak berkenaan, namun sehingga kini permohonan itu masih tidak mendapat maklum balas sewajarnya.

"Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, kehidupan kami sekeluarga akan berubah," katanya lapor Sinar Harian

AS$30 Juta Ditawar Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17 Oleh Penderma Tak Dikenali

Posted: 17 Sep 2014 08:24 PM PDT


Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.

Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.

Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa.

Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.

"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.

Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta) untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu.

Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.

Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.

Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.

Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta) lapor mStar

Bila Aziz Bari tersalah fakta, Nik Nazmi disebelahnya angguk juga...

Posted: 17 Sep 2014 05:30 PM PDT


Boleh jadi disebabkan terlau excited membelasah Khalid Ibrahim, Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari telah berhujah berdasarkan fakta yang salah..

Dalam Wacana Ilmiah Sinar Harian ke-31 'Kerusi Panas MB Selangor' yang diadakan di Shah Alam semalam Dr Aziz Bari dilaporkan berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memohon maaf di atas keengganannya untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

"Kita mempunyai peraturan, tradisi dan amalan yang jelas, kalau kita mempunyai jiwa yang besar, ada kejujuran dan bersedia untuk mengaku salah, tidak ada masalah.

"....Kalau dah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalanlah, itu sahaja," katanya.

Hakikat sebenarnya ialah Tan Sri Khalid telahpun meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor pada 26 Ogos 2014 yang lalu bagaimanapun Sultan Selangor menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan dari pihak istana telah memaklumkan, penangguhan penerimaan peletakan jawatan Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.

"Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (@) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.

"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....."

Jadi apa perlunya Khalid memohon maaf kerana enggan berundur dari Jawatan Menteri Besar Selangor sedangkan beliau telahpun meletakkan jawatan?

Laporan berkaitan...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memohon maaf di atas keengganannya untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari, peluang Abdul Khalid untuk mengakui kesilapan masih terbuka untuknya.

"Kita mempunyai peraturan, tradisi dan amalan yang jelas, kalau kita mempunyai jiwa yang besar, ada kejujuran dan bersedia untuk mengaku salah, tidak ada masalah.

"....Kalau dah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalanlah, itu sahaja," katanya melalui Wacana Ilmiah Sinar Harian ke-31 'Kerusi Panas MB Selangor' yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan perjanjian utama melibatkan penstrukturan industri bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan Pusat.

Dakwanya, Abdul Khalid telah menandatangani perjanjian tersebut secara terburu-buru.

"Dari segi moral, beliau (Abdul Khalid) tidak patut tandatangan perjanjian tersebut, akan ada pihak yang akan persoalkan adakah kemelut Menteri Besar Selangor ini sebenarnya berkait rapat dengan isu air," ujarnya.

Kenyataannya turut disokong oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang merupakan barisan panelis wacana.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar penyelesaian terhadap kemelut menteri besar yang membelenggu semua parti politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya melihat atau mengharapkan bahawa krisis di Selangor ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya lagi lapor Sinar Harian

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...