Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


TG Nik Aziz doakan agar UMNO 'dibutakan mata, dikerat lidah’ di Pengkalan Kubor.. (Video Inside)

Posted: 24 Sep 2014 09:06 AM PDT


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

"Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya-Allah."

Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.



Beliau sebelum itu dalam ucapannya berkata, PAS melawan Umno kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.

"Inilah sebabnya mengapa kita menentang Umno. Umno hanya mengambil berat tentang perkara lain.Semuanya mengenai wang. Ada perkara lain bagi mereka?" kata Nik Aziz.

"Apabila Umno tolak Islam, maka konsep kehidupan selepas kematian tidak masuk kepala mereka. Dan apabila itu berlaku, mereka tidak mengambil berat tentang melakukan dosa kerana mereka fikir semua akan tamat apabila mati kelak."

Konsep Islam seperti hidup sesudah mati dan halal dan haram adalah tema biasa di kalangan penceramah dalam ceramah mega malam tadi, yang dihadiri pemimpin. PAS sahaja.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar‎ Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang gagal muncul, walaupun poster ceramah menunjukkan mereka akan menjadi antara penceramah utama ‎bersama Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Slot dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu digantikan dengan Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, dan Naib Presiden PAS Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika ditemui pemberita selepas ceramah bagi mendapatkan kepastikan akan ketidakhadiran sekutu mereka, Mahfuz enggan mengulas manakala Hadi mengelak daripada bertemu wartawan.

Sebelum itu, Nasruddin, Tuan Ibrahim dan Hadi mengingatkan orang ramai Allah dan para malaikat akan mengawasi mereka pada hari mengundi, 25 September ini.

"Dengan Melayu, apabila kita katakan amanah (kepercayaan) mereka fikir tentang mengumpul wang, kekayaan, harta. Itu sahaja," kata Hadi dalam ucapannya.

"Mereka tidak sedar amanah yang paling besar adalah untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin."

Nasruddin memberitahu orang ramai mereka perlu "ingat mati, jangan lupa mengundi parti Islam".

"Kita tidak boleh mengundi kerana parti yang menjadikannya halal (membenarkan)untuk berjudi ... jika kita undi dacing, kita akan berdosa walaupun kita tidak berjudi," katanya, merujuk kepada logo pada bendera Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim hanya bercakap sebentar semasa ‎slotnya walaupun PRK Pengkalan Kubor hanya dua hari lagi.

Dalam ucapan beliau, yang tidak sampai lima minit, Wan Rosdi langsung tidakmenyentuh rancangannya untuk Pengkalan Kubor, kawasan yang bakal diwakilinya.

Sebaliknya, beliau hanya meminta orang ramai membantu mengundi PAS pada ‎Khamis ini, dan memujuk saudara-maramereka pulang dan membuang undi untuk "bulan".

"Insya-Allah, jika kita semua menandakan bulan, kami akan mencapai kemenangan," katanya.

Beliau juga mengingatkan pengundi tidak berkongsi kad pengenalan mereka dengan sesiapa sahaja kerana ini boleh membawa kepada penipuan pilihan raya lapor The Malaysian Insider


Reman 15 anggota, pegawai Kastam dilanjut lima hari lagi.. huih!! tutup muka jenis apa depa pakai ni?

Posted: 24 Sep 2014 07:22 AM PDT


Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama 5 hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di Petaling Jaya pada pukul 10.05 pagi.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak. Pada 4 September lepas, kumpulan pertama iaitu seramai 12 pegawai Kastam ditahan reman berhubung kes sama.

Penahanan semua individu itu adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ). – Bernama


Pesanan dari Ummi Hafilda buat Azmin Ali..

Posted: 24 Sep 2014 05:00 AM PDT


"Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat." Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. 

"Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.

"Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.

"Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi 'remote control' kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya.


Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.

Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini.

Di Pengkalan Kubor, UMNO vs UMNO, PAS pulak vs PAS..

Posted: 24 Sep 2014 01:00 AM PDT


Sekali sekala best jugak membaca blog-blog Pro UMNO ni.. terutamanya yang ayat-ayatnya taklah teruk gila dan kaya dengan ayat-ayat lucah tu..

Dalam hal pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor ni.. coverage banyak dibuat oleh blogger-blogger Pro UMNO yang dengarnya ramai berkampung disana..

Kawan tapi lawan akupun ada kat sana dah seminggu kalau tak silap aku.. Menariknya kebelakangan ini ramai di antara mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan UMNO kawasan itu...

Laporan dari The Flying Kick ni nampak adil sikit buat PAS dan UMNO, jadi aku siarkan disini..

Baca ni..

Tanpa perlu beretorik besar-besaran, atau berlagak seolah-olah alim mahupun penuh tawadduk, di Pengkalan Kubor yang kebanyakan golongan mudanya majoriti terlibat dalam kegiatan menyeludup beras, DUIT adalah elemen utama.

Di kalangan UMNO-BN, yang menjadi isu ialah UMNO-BN Kelantan tersangatlah gedebe dan enggan memberikan kerjasama.

Banyak isu yang muncul dan diperkatakan, terutama sekali apabila UMNO-BN tempatan berlagak seolah-olah mereka serba tahu dan enggan memberikan bantuan sewajarnya.

Malah, ramai yang datang ke Pengkalan Kubor, membuat kesimpulan awal bahawa UMNO-BN Pengkalan Kubor dan Kelantan, khususnya tak mahu menang kerana ia turut melibatkan faktor ICU dan kewangan kepada PDM dan Bahagian.

Itu masalah UMNO-BN.


Bagaimanapun, isu yang sama turut melanda dalam jentera PAS. Jentera utama propaganda PAS, Muslimat mempamerkan apa yang sedang berlaku di Pengkalan Kubor.

Dua kumpulan yang wujud hasil daripada pemilihan UPU, melibatkan kumpulan Wan Rosdi dan kumpulan yang telah kena CAH KETING, membuatkan slogan 'SATU UNDI SATU KRONI' begitu terkenal.

Beberapa kumpulan Muslimat terutama dari Terengganu, sudah pun meninggalkan pos dan sarang masing-masing untuk pulang.

Jentera cantas yang ditubuhkan khas oleh PAS pula, gagal mencantas dan melakukan sabotaj apabila beberapa orang daripada mereka telah ditangkap.

Walaupun ada Muslimat PAS yang membuat kempen dari rumah ke rumah, memutarbelitkan isu seperti JANGAN UNDI CIKGU DI, dengan alasan, Cikgu Di (Mat Razi Mat Ail) kalau menang pun tidak dapat berbuat apa-apa, namun ada pula kumpulan Muslimat lain yang berkempen agar jangan mengundi calon PAS, Wan Rosdi.


Namun seperkara yang paling ketara ialah PERSAMAAN antara masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN dengan PAS iaitu DUIT.

Mungkin ramai yang tidak tahu, SPRM berada di Pengkalan Kubor kerana masalah ini.

Secara terang-terang, di Pengkalan Kubor, ada pengundi-pengundi atau lebih tepat lagi broker-broker mereka yang bertindak mencari keuntungan segera dengan menuntut pembayaran buat mereka.

Dan secara terang-terang juga, perbuatan menyogok pengundi dengan beberapa kaedah, akan dlihat sebagai rasuah.

Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Baru hari pertama sebagai MB, Azmin dah diserang Utusan?

Posted: 23 Sep 2014 10:30 PM PDT


Baru hari pertama Azmin Ali memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru hari ini tapi rasanya belum sempat dia melangkah ke pejabatnya Lidah Rasmi UMNO dah mula menyerangnya..

Lidah Rasmi UMNO telah cuba untuk melaga-lagakan antara Azmin dan Khalid dalam masa yang sama cuba untuk menunjukkan Azmin Ali bersifat pendendam..

Utusan telah melaporkan kononnya Azmin telah mengkritik pentadbiran Khalid yang telah menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sekaligus menjadikan Ketua Umum KEADILAN hilang jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.


Laporannya..

Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan belang pada hari pertama beliau menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengkritik tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.  
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemecatan itu menimbulkan persoalan memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.  
"Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengapa pemecatan ini berlaku pada hari terakhir pentadbiran Abdul Khalid.  
"Anwar telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu, tiada isu apa pun. Mengapa beliau disingkirkan?" katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, dekat sini hari ini ~ Utusan

Yang aku faham ialah apa yang Azmin katakan itu ialah satu persoalan.. apakah mempersoalkan itu bermaksud mengkritik?

Mungkin bagi pengarang Utusan mempersoalkan itu sama maksudnya dengan mengkritik... entahlah..

Hakikatnya Azmin tak kritikpun malah dia puji Khalid lapor Sinar..

KLANG - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memuji gerak kerja bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beliau berjanji untuk meneruskan dasar peduli rakyat seperti amalan sebelum ini. 
"Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Abdul Khalid dan beliau telah letakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri. 
"Sudah tentulah menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar-dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih, bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. 
Mohamed Azmin dalam sidang media pertamanya selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Menteri Besar berkata, beliau akan mencorakkan pentadbiran negeri dengan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan yang berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menjamin pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat ~ Sinar Harian

Bezakanlah.. dan nilaikan yang mana lebih berkredibiliti...



Empat Exco PAS Selangor letak jawatan semalam

Posted: 23 Sep 2014 07:49 PM PDT


Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan serta-merta semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.

"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau dalam pada itu berkata Pas Selangor sebenarnya menjadi penyelamat utama dalam krisis menteri besar hingga berjaya mengelakkan berlakunya pilihan raya negeri.

"Empat Exco Pas yang terus kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid sebenarnya membawa semangat dan prinsip PR sepanjang tempoh krisis berlaku.

"Empat orang Exco ini pada hakikatnya menjadi penyelamat dan menghalang dari berlakunya pilihan raya negeri kerana kita tetap kekal mendengar arahan Pas Pusat dan terus bersama kerajaan menteri besar (kini bekas), sekali gus menyelamatkan kerajaan negeri.

"Mereka juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan jika ada Adun Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

"Akhirnya, kemelut menteri besar ini sudah berakhir dan saya bersyukur ia berakhir dengan baik," katanya.

Beliau merujuk empat Exco Pas yang meletak jawatan itu melibatkan Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan beliau sendiri yang kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid.

Semalam, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid di Istana Alam Shah.

Iskandar turut menzahirkan kesediaan Pas dalam bekerjasama dengan Mohamed Azmin dan yakin mampu bekerja dengan baik demi kebajikan dan kemajuan rakyat.

Sementara itu, Sallehen berkata, beliau tiada masalah jika bukan lagi Exco dan menyifatkan semua Adun Pas yang lain juga mempunyai kredibiliti masing-masing terpilih untuk menggantikannya.

"Saya seronok kalau nama saya digugurkan. Kuasa memilih barisan Exco adalah terletak pada menteri besar dan ia terpulang sama ada Azmin ingin mengekalkan empat Exco Pas yang lama atau melantik yang baharu.

"Cuma dalam parti saya rasa masih akan tetap mengekalkan Exco yang sedia ada sebab masing-masing sudah ada perancangan dan elok untuk meneruskannya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar, di Istana Alam Shah, semalam.

Sementara itu beliau menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai jahil dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat kenyataan mendakwa empat Exco Pas sebagai 'pengkhianat' kerana tidak meletak jawatan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lapor Sinar Harian


"Kuala Kedah tetap Kuala Kedah" dah kalahpun depa nak gaduh lagi?.. sudah-sudah laa..

Posted: 23 Sep 2014 05:30 PM PDT


Sebelum ini mungkin ramai yang tak kenal siapa Ustaz Ridzwan Abu Bakar... tetapi selepas episod doa laknat dan mikrofon dirampas, nama Ustaz ini menjadi viral di media sosial.

"Outburst" ustaz itu mengundang pelbagai respons, termasuk dari Dr Riduan Mohamad Nor.

Namun ternyata status pendek Dr Riduan menyinggung Ustaz Ridzwan dari Kuala Kedah:


Berikut kenyataan balas Ustaz Ridzwan terhadap status Dr Riduan Mohamad Nor tersebut. Yong siarkan buat penilaian yang tiada FB:

KUALA KEDAH TETAP KUALA KEDAH.

Itulah yang ditulis oleh Dr Riduan Md Noor melalui FBnya pada 19 September yang lalu, saya yakin Kuala Kedah yang beliau maksudkan adalah PAS Kawasan Kuala Kedah, saya juga yakin beliau keluarkan ungkapan itu merujuk kepada teguran perwakilan Kuala Kedah dalam muktamar pada hari tersebut terhadap perbahasan gaya doa yang telah disampaikan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan, saya juga yakin ungkapan ini keluar kerana beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia telah ditegur oleh perwakilan pemuda Kuala Kedah kerana menerima usul tergempar yang membawa makna dan maksud yang sama dengan satu usul yang telah diterima tanpa bahas, seolah olah ada sesuatu yang amat perlu dizahirkan melalui usul tersebut. Ungkapan tersebut juga saya yakin lahir kerana pelbagai "kata tak sedap" yang telah dilemparkan kepada PAS Kuala Kedah.

Antara senarai panjang "pandangan serong" dan "tuduhan" kepada PAS Kuala Kedah adalah; bughah, suka melawan, tak wala, ada agenda sendiri, besar kepala, kumpulan syiah atau cenderung syiah dan yang paling besar pada waktu ini penyebab kepada kekalahan PAS dan Pakatan di Kedah, semua pandangan serong ini menyebabkan ramai membuat kesimpulan "biasalah Kuala Kedah!" apabila ada apa apa isu yang berkait dengan Kuala Kedah, hatta ada di kalangan pimpinan pusat tak sudi menerima jemputan berprogram kerana dianjurkan oleh PAS Kuala Kedah. Demikianlah penangan pandangan serong yang dibina terhadap PAS Kuala Kedah.

Ada juga tuduhan bahawa PAS Kuala Kedah sengaja membawa diri membina autonomi sendiri, kononnya Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir mesyuarat penerangan, sedangkan sememangnya ketua penerangan kawasan tidak pernah dijemput, satu ketika PAS Kedah mengeluarkan buletin, petugas yang menghantar buletin ke pejabat PAS Kuala Kedah telah bertanya kepada petugas "nak dak buletin ni?" dengan nada yang agak kasar, petugas menjawab "tak mau" tanpa diarah oleh sesiapa, beliau hanya menjawab pertanyaan orang yang menghantar, selepas itu dihebohkan bahawa "tu la Kuala Kedah, besaq kepala, depa ingat depa tu wilayah autonomi", pimpinan kawasan segera bertindak untuk membetulkan salah faham, PAS Kuala Kedah membeli buletin tersebut untuk setiap keluaran sehingga ia diberhentikan.

Sewaktu pilihanraya kecil Sungai Limau, Kuala Kedah ditugaskan menjaga UPU Dulang Kecil dan Dulang Besar, setiap hari ada taklimat untuk jentera penerangan, jentera penerangan Kuala Kedah sesekali terpaksa "menguzurkan" diri kerana tugas lain, sekali lagi "puak kola ni memang keraih kepala" dihebohkan sampai ada yang berautoriti dalam penerangan mengatakan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir pertemuan jentera penerangan, pada hal sepanjang PRK itu, penerangan Kuala Kedah sentiasa menghantar wakil samaada ketua penerangan, setiausaha penerangan atau ketua penerangan pemuda.
Bahkan, ada pertemuan yang diaturkan oleh penerangan negeri yang hanya dihadiri oleh wakil beberapa kawasan yang salah satunya adalah Kuala Kedah, termasuklah perbincangan pra Konvensyen PAS Kedah pada 13 September yang lalu, apapun "Kuala Kedah tetap Kuala Kedah".

PAS Kuala Kedah secara keseluruhannya dituduh syiah hanya kerana ada syiah di kuala kedah, tanpa ada tuduhan yang sahih dan juga tanpa sebarang pengadilan. Tuduhan bahawa "Fulan bin Fulan" syiah sering kedengaran, tetapi selalunya TANPA bukti yang nyata, hanya kerana pernah ke Iran dicopnya beberapa orang pimpinan Kuala Kedah sebagai syiah.

PAS Kuala Kedah dituduh sebagai bughah kerana krisis yang pernah tercetus diantara YDP Kuala Kedah dengan bekas MB kedah satu ketika dahulu, ramai orang hanya bertanya dan berbicara tentang krisis tanpa melihat latarbelakang kenapakah krisis tersebut berlaku. Apapun dalam menghadapi krisis tersebut YDP Kuala Kedah telah bertindak dengan semangat syura yang tinggi.

PAS Kuala Kedah dituduh penyebab kekalahan PAS di Kedah, hakikatnya Kuala Kedah adalah antara kawasan di Kedah yang dimenangi sepenuhnya oleh PAS dan Pakatan selain Padang Serai, ini semua berlaku dengan bantuan Allah dan kesungguhan pimpinan dan amilin Kuala Kedah merancang, bergerak dan bekerja untuk kemenangan wadah Islam yang didukung oleh PAS.

Demikianlah, PAS Kuala Kedah disalahpandang oleh kebanyakan orang hatta AJK PAS Pusat macam Dr Riduan pun terkeliru dan tidak pernah bertanya tentang Kuala Kedah dari pimpinan Kuala Kedah.

Untuk Dr Riduan dan mereka yang salah anggap kepada PAS Kuala Kedah, silalah ke Kuala Kedah untuk menziarahi dan berprogram bersama PAS Kuala Kedah.

Ridzwan Abu Bakar
Ketua Penerangan Kuala Kedah
(Asal Kubang Pasu, bermukim di Pokok Sena).

Berikut status Dr Riduan yang menyinggung Kuala Kedah:


Sumbernya dari Yong Suka Kuning.. ulasan Yong silalah baca di ( SINI )

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...