Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Komposisi EXCO yang kekal.. bukan kuota EXCO yang kekal rupanya...

Posted: 25 Sep 2014 08:25 AM PDT


Apa yang perlu kita faham ialah Azmin Azmin berkata komposisi exco negeri iaitu 10 orang adalah kekal kerana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Jadi kita boleh anggapkan dia main angguk saja tanpa mendengar dengan jelas soalan tu...bahaya tu...

Oleh itu kuota untuk Exco tu iaitu 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR bukanlah satu perkara yang telah dimuktamadkan..

Mungkin ianya akan berubah esok.. dari 4:3:3 menjadi 5:3:2 atau 3:3:4.... bersamalah kita nantikannya..

Kalau ada parti yang mendapat lebih.. Alhamdulillah.. dan yang terkurang pula redho sajalah..

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di Twitter beliau sebentar tadi.

Kira-kira dua jam sebelum ini, Azmin dilaporkan berkata komposisi exco negeri kekal.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa sebelum ini dilaporkan berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Beliau berkata demikian sejurus selepas keluar dari Istana Mestika bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama calon yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa jam sebelum itu.

Beliau juga berkata akan mengumumkan perkara itu esok.

Azmin yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Selasa lalu mengambil masa dua hari untuk berbincang dengan pemimpin dari ketiga-tiga parti sebelum menghadap bagi mendapatkan perkenan baginda.

"Saya bersyukur kerana Tuanku telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan kepada Tuanku," kata beliau.

Isu mengenai exco Selangor dikhuatiri menjadi kecoh berikutan pandangan berbeza yang dimiliki sesama kem atau pasukan dalam PKR sendiri.

Semalam, Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin secara terbuka meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata PAS sepatutnya hanya diberikan kuota sagu hati kerana tidak menyokong calon asal yang dicadangkan PKR dan DAP iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan pimpinan PAS negeri pula, beberapa kali mengulangi kenyataan tidak akan meletakkan jawatan exco demi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Difahamkan hanya satu nama exco yang kekal iaitu Dr Daroyah Alwi - ADUN Sementa yang merupakan exco kesihatan, pembangunan usahawan, sains, teknologi dan inovasi.

Beredar berasingan

Sementara itu, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail diminta memberi laluan kepada orang lain.

Tempat mereka dikatakan bakal diganti oleh ADUN Rawang Gan Pei Nei dan seorang lagi calon dari kem Azmin, Amiruddin Shari, wakil rakyat Batu Caves.

Azmin dilihat memasuki Istana Mestika kira-kira jam 2.40 petang tadi ketika menteri besar itu menghantar senarai nama exco.

Mereka bagaimanapun menaiki kenderaan berbeza dan kemudiannya beredar secara berasingan.

Bagaimanapun dua lagi nama yang mungkin diketengahkan ialah Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Seri Setia dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang dilihat berada di kem Azmin.

Sementara itu DAP dan PAS dilihat tidak mempunyai perubahan besar. DAP dijangka mengekalkan ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Kim dan ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dalam pilihan mereka.

Seorang lagi exco V Ganabatirao - ADUN Kota Alam Shah - dijangka mengekalkan jawatannya sebagai exco dari kaum India walaupun desas-desus beliau akan digantikan ADUN Bukit Gasing R Rajiv.

Sementara itu PAS pula berjaya dalam perjuangan mempertahankan kuota empat exco mereka selepas Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad semalam bertegas mempertahankan hal itu.

Iskandar yang juga ADUN Chempaka, Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dijangka mengekalkan jawatan serta portfolio masing-masing.

Bagaimanapun ada pandangan dari PAS bahawa Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dijangka bakal digantikan kerana telah berkhidmat sejak 2008 untuk memberi laluan kepada exco baru.


BN menang di Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar

Posted: 25 Sep 2014 07:21 AM PDT


Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor apabila calonnya Mat Razi Mat Ail memperoleh majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, Khamis.

Majoriti undi juga meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di Tumpat pukul 9 malam.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Hadir sama pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengarah Jentera BN PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan undi itu.

PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di Tumpat sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama lapor Bernama


Individu itu bukan pengundi hantu kata Ketua Polis Kelantan

Posted: 25 Sep 2014 03:14 AM PDT


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menafikan individu yang ditangkap Pemuda PAS hari ini semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor ialah pengundi hantu.

"Individu itu bukan rakyat Thailand, tetapi warga Malaysia yang menjalankan tugasnya sebagai seorang warganegara, mengundi di Sekolah Rendah Bendang Pak Yong," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Tiada isu pengundi hantu seperti dakwaan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS. Pemeriksaan individu itu tidak menjumpai sebarang dokumen menunjukkan dia warga Thailand.

"Isu pengundi hantu tidak timbul," kata Mazlan dalam mesej melalui sistem pesanan ringkas.

Terdahulu hari ini, Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata peguam yang mereka tugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Bendang Pak Yon menahan dan menyoal siasat seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia.

"Suspek tidak kelihatan seperti pengundi Malaysia, tetapi mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia," katanya di dalam satu kenyataan itu.

"Pengundi tersebut asalnya diiringi penghulu Kampung Bendang Pak Yong, namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut," kata Noorazmir lagi.

Tambahnya, keraguan semakin memuncak apabila disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu nombor kad pengenalannya, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor sebagaimana tertera pada kad.

Proses pengundian di PRK Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor bermula jam 8 pagi melibatkan 11 pusat mengundi, 45 saluran dan 23,929 pengundi lapor The Malaysian Insider


Exco Selangor kekal PAS 4, DAP 3, PKR 3

Posted: 25 Sep 2014 01:58 AM PDT


Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3.

"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam hari ini.

Timbalan presiden PKR itu bagaimanapun enggan mendedahkan 10 exco terbabit, sebaliknya akan mengumumkan esok semasa majlis angkat sumpah lapor The Malaysian Insider ...

Betoi ka ni??

Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap...

Posted: 24 Sep 2014 08:27 PM PDT


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Zuraida perlu gunakan otaknya untuk berfikir dalam kerangka yang lebih besar dan jauh kehadapan..

Bukannya bercakap dengan perasaan dendam yang masih belum padam..

Apa yang penting sekarang ialah perbetulkan semua kesilapan dan rapatkan kembali keretakan yang telah berlaku..

Bukannya membalas dendam!!

Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan 'consolation seats' dalam barisan Exco Selangor. 
Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail. 
Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. 
Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu. 
Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu. 
Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. 
Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR.
PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida? 
Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. 
PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu. 
PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. 
Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukkan oleh Zuraida ini. 
Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin. 
Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu. 
Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai 'alternative' kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini? 
Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu? Tak sedar dek untung! ~ Aspan Alias


Tapi persoalan utamanya ialah layakkah Zuraida ini memberikan nasihat kepada Azmin?

Semasa pemilihan 2014 dia berada dalam kem Azmin menjadi penyokong tegar kepada Azmin, kemana Azmin pergi adalah dia.. Apa saja Azmin kata dialah yang akan bersungguh-sungguh mempertahakannya..

Tiba-tiba dia membuat kejutan dengan melarikan diri meninggalkan Azmin menyokong Wan Azizah pulak sebagai Calon Menteri Besar..

Membacakan kenyataan media yang dikatakan telah ditukar yang dibuang nama Azmin dari senarai calon Menteri Besar dari PKR itu..

Sekarang bila Azmin dah diperkenan oleh Sultan sebagai Menteri Besar.. dia kembali nak menyokong Azmin pula... macam lalang la lu...


Ahli Majlis MPPP yang kritik Kerajaan Negeri dalam Muktamar PAS akan dipecat?

Posted: 24 Sep 2014 05:30 PM PDT


Dalam membahaskan ucapan dasar Presiden PAS bertajuk "Terus Beristiqamah" - yang memasuki hari kedua - dalam Muktamar PAS di Batu Pahat beberapa hari lalu, Perwakilan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Izuree Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.

Rentetan dari ucapannya di Muktamar PAS itu, Izuree telah dibidas oleh dua orang Ahli Majlis dari MPPP yang merupakan rakan sejawatnya, mereka ialah Haris Zuan yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera serta A.Kumaresan Naib Ketua AMK Pulau Pinang..

Haris Zuan menganggap Izuree umpama musuh dalam selimut, kerana taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu yang dicadangkan oleh Izuree belum sempat diadakan, Izuree telah semberono memfitnah Kerajaan Negeri.

Menurut Haris Zuan lagi, beliau tiada masalah jika Saudara Izuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.

Manakala Kumaresan menggesa Izuree untuk menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang kerana mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan mengelirukan rakyat..

Muktamar telah berakhir dan semua perwakilan telah pulang ke tempat asal masing-masing..

Kerana ucapannya yang berbaur fitnah itu, Izuree dilaporkan berkemungkinan dipecat dari jawatan Ahli Majlis yang dijawatnya sekarang oleh Kerajaan Negeri..

AHLI MAJLIS MPPP (PAS) AKAN DIPECAT ? 

Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PAS, Izuree Ibrahim menyelar kerajaan negeri PR Pulau Pinang di Muktamar PAS lalu, mengundang kemarahan rakan-rakan sejawatannya di MPPP.

Mereka telah mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadapnya seperti yang terkandung dalam kenyataan media bertarikh 23 September 2014.

Izuree yang juga Yang Dipertua PAS Bayan Baru, menuduh kerajaan negeri mengamalkan dasar pembangunan yang sama seperti BN-menindas rakyat.

Izuree pernah terlibat dalam sidang media mengugut kerajaan negeri sebelum ini.

Lanjutan itu, pemimpin PAS berkenaan dianggap sebagai 'musuh dalam selimut' kerajaan PR Pulau Pinang seperti mana kenyataan media oleh Haris Zuan salah seorang Ahli Majlis daripada DAP.

Ahli Majlis MPPP menganggap Izuree gagal memahami dan menjalankan tugasnya.

Beliau seolah-olah tidak mempeduli perkembangan pembangunan negeri.

Saya turut menerima salinan sms Izuree kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, YB Wong Hong Wai bagi menjelaskan tindakannya di muktamar.

Izuree mendakwa beliau hanyalah mewakili dan mengikut arahan pimpinan PAS Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, jawatan beliau yang disandang sejak tahun 2010 bakal ditamatkan atau tidak akan dilanjutkan lagi oleh kerajaan negeri.

Zul Mohamed melaporkan di  ( SINI )

Ahli Majlis yang tak faham dasar Kerajaan Negeri sendiri yang sepatutnya difahaminya supaya mudah untuk disampaikan kepada rakyat, sebaiknya letak jawatan atau dipecat..

Aku tak kata Kerajaan Negeri tak boleh dikritik tapi adalah lebih baik jika kritikan itu dibuat melalui saluran yang betul.

Dalam hal ini Izuree sendiri adalah salah seorang Ahli Majlis MPPP dari PAS, beliau berada dalam pihak yang merangka dasar Kerajaan Negeri.

Sebagai Ahli Majlis yang merangka dasar Kerajaan Negeri isu ini sepatutnya dibincangkan didalam mesyuarat Ahli Majlis bukannya dibentangkan dalam Muktamar PAS.

Tetapi Izuree memilih untuk menggunakan isu ini bagi menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri dalam Muktamar PAS?

Lalu ianya dipetik oleh media arus perdana dan digunakan untuk menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang,,

Soalnya kenapa dan untuk apa?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...