Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khalid Ibrahim mahu letak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?

Posted: 29 Sep 2014 08:07 AM PDT


Kesan dari krisis MB Selangor yang berpanjangan terhadap PAS telah kita lihat dalam PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini..

Walaupun tidak menyeluruh, kita perlu akui krisis yang menyaksikan sikap berdolak dalik pemimpin-pemimpin PAS telah memberikan kesan terhadap PRK tersebut..

Jika spekulasi ini bertukar menjadi nyata, kita akan menyaksikan kesan dari krisis MB Selangor tehradap PKR pula..

Dengan pengundi yang berjumlah 34,784, Peratus keluar mengundi 87.02% dan undi rosak pula 596, Tan Sri Khalid yang bertanding atas tiket PKR telah memperolehi 18,591 undi.

Mengalahkan calon BN yang memperolehi 15,597 undi dengan majoriti 2,994 ... Mampukah PKR mengekalkan kerusi ini ditangan mereka andaikata benar Tan Sri Khalid akan metekakkan jawatan..

Aku jangkakan majoriti akan merosot dengan teruknya kalau jadi PRK...

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini. Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.


Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tike PKR.

Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor. Jawatan MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya Abdul Khalid masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

Abdul Khalid juga dikatakan tidak berminat menyertai Pas atau UMNO. Sebagai wakil rakyat bebas, Abdul Khalid akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih dalam pertimbangan Abdul Khalid dan masih belum muktamad.--MalaysiaGazette

Alvin Tan ‘Babikan’ Pemimpin Negara pulakdah!

Posted: 29 Sep 2014 03:30 AM PDT

Ini dah masuk tahap melampau punya penghinaan ni.. tak serik-serik lagi rupanya blogger seks Alvin Tan ni, sebelum ini dia menghina Ramadhan dan Islam..

Kali ini sekali lagi dia memuat naik status yang lebih dasyat.. Perdana Menteri, menteri KDN, KPN dan hakim negara pula menjadi sasaran penghinaannya.

Tidak tahu apa tujuannya dan yang pasti tindakan tersebut boleh merbahayakan dirinya meskipun jika undang-undang Malaysia tidak dikenakan keatasanya.


Katanya menerusi status berkenaan, "Seorang rakyat dipenjara hari ini kerana menggelar polis trafik 'monyet' di Facebook. Sekarang aku panggil kesemua kamu babi. Tolonglah datang tangkap!"

Lagi cabarnya "P.S. Kepada penyokong babi sekelian, silakan tag para pemimpin kamu untuk memaklumkan mereka ada 'hasutan' berlaku di sini. Tapi tak payah susah-susah aku dah buatkan pun" disusuli dengan tag kepada nama-nama pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun tindakan dia itu mendapat sokongan daripada beberapa individu yang sependapat dengannya.



Namun bersyukurlah tidak ramai yang menyokong tindakannya dan ada yang mencemuh perbuatan Alvin.



Sumber www.siakapkeli.com

15 Ahli Majlis MPPP mahu Iszuree dipecat..

Posted: 29 Sep 2014 12:59 AM PDT


Ahli majlis perbandaran daripada PKR dan DAP ketika ini sedang giat mengumpulkan tandatangan dari rakan mereka dalam usaha mendesak supaya Ketua Whip PAS Iszuree Ibrahim dipecat.

Sekakat ini, seramai 15 daripada 35 ahli majlis sudah menandatanganinya. 

Daripada 23 ahli majlis yang dilantik, 10 daripadanya adalah daripada DAP, 8 PKR dan 2 PAS, manakala tiga lagi daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli majlis Chris Lee daripada DAP berkata mereka serius meminta kerajaan negeri menamatkan khidmat ketua whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut.

Katanya, petisyen itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri hari ini untuk dipertimbangkan. 

Beberapa ahli majlis mengadakan sidang media di Komtar pagi ini, membidas tuduhan Iszuree yang menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu pembangunan.

Mereka mengkritik Iszuree kerana menyamakan kerajaan negeri dengan Barisan Nasional (BN) berikutan satu artikel yang diterbitkan dalam satu portal berita pada 19 September.

Iszuree yang berucap sebagai perwakilan semasa Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat itu menyentuh tentang penduduk tradisional yang diusir bagi memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri itu.

Beliau berkata, pemimpin PR kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.


Mohd Hariszuan Jaharudin, seorang lagi ahli majlis DAP berkata, Iszuree tidak pula menyebut mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri.

"Apa yang dikatakannya berat sebelah, tidak menggambarkan situasi sebenar. Sebagai seorang ahli majlis yang kanan, beliau sepatutnya tahu kenyataan itu akan mudah dimanipulasi.

"Dan beliau tidak berhenti di situ sahaja, sebaliknya memburukkan lagi keadaan dengan menulis kenyataan Mao Ze Dong dalam akaun Facebooknya. Adakah itu juga tersalah petik?"

Hariszuan merujuk kepada tulisan di Facebook Iszuree sebaik beliau digantung daripada jawatankuasa tetap kesihatan awam, kewangan dan perancangan lapor The Malaysian Insider

Gadis berpurdah pulak sertai DAP.. tapi kenapa DAP bukan PAS?

Posted: 28 Sep 2014 11:00 PM PDT


Aku bukan nak kutuk PAS dalam hal ini, cuma kalau boleh jika laporan ini di baca oleh mana-mana pimpinan PAS.. fikirkan kenapa jadi begini..

Seminggu dua yang lalu ada pihak telah berkata "PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis" dan PAS parti Islam..

Tapi kenapa seorang anak gadis Melayu yang berugama Islam dan memakai purdah lebih tertarik untuk menyertai DAP dari PAS?

Minta pihak yang sepatutnya memikirkan perkara ini... fikirkanlah..


SELEPAS peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti 'chauvinist' Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

"Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

"Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.

"Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

"Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia," katanya.

DAP menentang 'kapitalisme parti' 

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.

"Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.

"Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin.

"Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini.

"Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut "nihil spectari homine admirabilius", yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan.

"DAP menentang 'kapitalisme parti', mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti.

"Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat?

DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam 

Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial.

Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan.

"Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam.

"Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati.

"Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah.

"Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP.

"Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia," kata Melati lapor Free Malaysia Today

Zul Noordin minta maaf dan bayar gantirugi kepada Syed Husin sebab fitnah..

Posted: 28 Sep 2014 09:39 PM PDT


Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk membayar sejumlah kos yang tidak didedahkan kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Ini ekoran bekas pemimpin PERKASA itu bersetuju untuk menarik balik posting dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah manakala akhbar milik Umno itu pula bersetuju menarik balik artikelnya yang memetik blog tersebut.

Zulkifli turut memohon maaf di atas posting blog itu yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen', dan juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap Syed Husin.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera.

Itu lapor Malaysiakini.. berikut pulak adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Syed Husin tarik saman UMMB, Zulkifli Noordin  

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan Datuk Zulkifli Noordin. 
Syed Husin memfailkan saman pada 27 Januari 2012 dengan mendakwa, UMMB telah menyiarkan satu artikel bertajuk: Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin di akhbar Utusan Malaysia pada 20 November 2011 mengandungi perkataan berbaur fitnah. 
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera merekodkan penyelesaian saman itu dan juga saman balas yang difailkan oleh Zulkifli terhadap Syed Husin tanpa sebarang kos. 
Sementara itu, UMMB pula bersetuju menarik balik sepenuhnya kenyataan-kenyataan fitnah di dalam artikel "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November 2011 dan akan membayar kepada Syed Husin suatu amaun yang tidak didedahkan jumlahnya. 
Syed Husin diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala Zulkifli diwakili oleh Mohd. Ruzaini dan UMMB diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE

Tajuknya menggambarkan seolah-olah Syed Husin yang kalah...

Exco Pulau Pinang dedah sebab sebenar Iszuree dikeluarkan dari Jawatankuasa Tetap MPPP..

Posted: 28 Sep 2014 05:30 PM PDT


Tindakan kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP adalah kerana tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan beliau.

Ia sama sekali bukan disebabkan kerajaan negeri tidak menghormati demokrasi dan tidak boleh menerima kritikan, kata Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

"Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan beliau berniat jahat dan langsung tidak mencerminkan hal sebenar. Kita sentiasa terbuka kepada kritikan dan pandangan selagi mana ia bukanlah fitnah dan cercaan," katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan itu diambil ekoran tohmahan Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri dalam Muktamar PAS lalu, kononnya dasar kerajaan negeri tidak berbeza dengan kerajaan BN yang pro-pemaju apabila melibatkan isu kawasan setinggan.

Menurut laporan Bernama, Iszuree dalam reaksinya atas tindakan itu menyifatkannya sebagai 'tidak demokratik' dan menunjukkan DAP sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Mengulas lanjut Afif berkata, sebagai Ahli Majlis MPPP, Iszuree sepatutnya faham bahawa dasar kerajaan negeri sentiasa digubal atas semangat kebertanggungjawaban bersama.

"Berbanding dasar kerajaan BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan ke atas tanah setinggan. Ia bagi menggalakkan pemaju berunding dengan setinggan.

"Iszuree sedia maklum tentang perubahan dasar ini. Beberapa kampung yang disebutnya jelas sekali ada hubungkait dengan Umno atau BN," kata Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR itu lagi.

Malah, katanya lagi, kerajaan negeri telah memberikan bantuan guaman kepada penduduk setinggan yang diheret ke mahkamah ekoran pemaju dan pemilik tanah yang ingin mengusir mereka tanpa bayaran pampasan.

"Kita juga tidak akan memberikan kelulusan pembangunan jika mereka berjaya menang di mahkamah," katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan Iszuree yang cuba mengheret isu lain dan bermain dengan sentimen amat dikesali.

"Beliau perlu menerima bahawa beliau bukan dipilih secara langsung oleh rakyat, tetapi dilantik kerajaan negeri.

"Hakikatnya, sukar untuk sebuah kerajaan negeri melaksanakan tugas jika wujud apa yang dipanggil sebagai 'gunting dalam lipatan'," kata Afif. – Roketkini.com

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...