Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dua ADUN PAS tak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS kata Mustafa Ali

Posted: 30 Sep 2014 10:04 AM PDT


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi.

 

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi.

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini.

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan lapor Astro Awani

 

Siapa Ketua Bahagian UMNO Sabah yang ditahan SPRM kerana didakwa pecah amanah RM300 Juta ni?

Posted: 30 Sep 2014 05:30 AM PDT


Siapakah agaknya individu yang dikatakan sebagai Ketua Bahagian UMNO di Sabah ini yang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa pecah amanah ini?

Menurut laporan dari portal Daily Express seorang Ketua Bahagian UMNO dari Sabah telah ditahan oleh pihak SPRM minggu lalu atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM300 Juta.

Individu tersebut dilaporkan telah ditahan oleh pihak SPRM Khamis lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Pemimpin itu dipercayai adalah seorang bekas Pengerusi Agensi Kerajaan Negeri dan dan juga merupakan salah seorang Ketua dari 25 Bahagian UMNO di Sabah.

Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin UMNO Bahagian yang bertemu dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu dalam satu mesyuarat bagi membincangkan, antara lain, "pelan peralihan" bagi kepimpinan Umno Sabah.


Tapi... menurut SPRM individu tersebut telah dibebaskan setelah kenyataannya diambil pihak SPRM pada hari yang sama beliau ditahan..

KUALA LUMPUR, Sept 30 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today it has released a senior Sabah Umno leader under investigation for a criminal breach of trust (CBT) case involving RM300 million. 
The unnamed politician was taken into custody last Friday and released the same day after his statements were recorded, MACC director of investigations Datuk Mohd Jamidan Abdullah said in a statement. 
"He is being investigated under Section 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 for allegations of corruption elements in a government owned land compensation deal. 
"He was released after this statement was recorded," he said. 
Earlier today, Sabahan newspaper Daily Express reported a Sabah Umno division leader was detained at the Kuala Lumpur International Airport on Thursday on corruption allegations. 
The leader is believed to be a former state agency chairman and heads one of the 25 Umno divisions in Sabah. 
He was also believed to be one of the division leaders who met with the Prime Minister on July 10 for a meeting to discuss, among others, a "transitional plan" for the Sabah Umno leadership. 
Umno's Sepanggar MP Datuk Jumat Idris, who was also at the meeting in July, in a Facebook post this morning questioned the decision to detain the division leader and suggested it could be motivated by revenge for the "transitional plan" ~ The Malay Mail

'Langkah Kajang' punca banjir kilat, MCA kata...

Posted: 30 Sep 2014 12:42 AM PDT


MCA hari ini menyalahkan 'Langkah Kajang' sebagai antara penyebab banjir kilat di Kajang akibat hujan lebat berterusan dua jam semalam.

"Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya," kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

"Saya sungguh-sungguh menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini," kata Ng.

Langkah Kajang direncanakan oleh PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ng juga berkata, Kajang pernah dilanda banjir kilat pada 2011 tetapi kerajaan nampaknya kerajaan negeri tidak mengambil pengajaran.

Hujan lebat semalam mengakibatkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah ke jalan sehingga menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter.

Pengguna media sosial memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar bandar itu, jalan pasar Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya lapor Malaysiakini


Video warga asing baru lepas pantang dakwa dirogol RELA, JPAM dan Polis tersebar!!

Posted: 29 Sep 2014 10:21 PM PDT


Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing.

Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.


Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi.

Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah kelak.

Namun jika benar berlaku kes rogol ini, ia cuma satu titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya.


Sumber mynewshub

Seorang lagi pensyarah jadi mangsa Akta Hasutan

Posted: 29 Sep 2014 09:31 PM PDT


Polis akan menyoal siasat pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari esok, mangsa terbaru pendakwaan besar-besaran hasutan Putrajaya yang sebelum ini menyaksikan ahli politik pembangkang dan aktivis, disiasat mengikut akta kolonial itu.

Polis memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap pakar Perlembagaan itu di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.

Seorang pegawai polis memberitahu Aziz akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan merangkumi mana-mana individu yang "melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan, akan berbaur hasutan".

"Beliau belum ditahan, tetapi akan datang untuk sesi soal siasat esok (Rabu) di balai polis," kata pegawai polis itu.

Beliau berkata, laporan polis dibuat terhadap ahli akademik itu dari seluruh negara kerana kenyataan beliau dalam dua artikel diterbitkan The Malaysian Insider.

Artikel tersebut adalah Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari pada 1 September dan Only God, not Sultan, has absolute powers.

Dua wartawan The Malaysian Insider memberi kenyataan mereka kepada polis berkenaan artikel tersebut di pejabat portal berita itu di Bangsar, semalam.

Dalam artikel "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari", Aziz memberitahu The Malaysian Insider Sultan terikat dengan Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992 yang menetapkan peraturan bagi Sultan, termasuk menjelaskan peranan kerabat diraja dalam politik.

Artikel kedua "Only God, not Sultan, has absolute powers" pula berdasarkan ucapan Aziz semasa forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) pada 8 September bertajuk "PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju".

Beliau memberitahu hadirin mengikut Perlembagaan, kuasa budi bicara Sultan dalam melantik menteri besar terhad kepada kes Parlimen tergantung.

Aziz berkata, ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes Selangor kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Siasatan polis dijangka tamat hujung minggu ini selepas kenyataan pengadu dan Aziz direkodkan.

Jika Aziz didakwa, beliau akan menjadi ahli akademik kedua yang termasuk perangkap Akta Hasutan selepas Prof Madya Dr Azmi Sharom dari Universiti Malaya.

Beliau boleh dipenjarakan 3 tahun dan didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Azmi seorang undang-undang didakwa mengikut Akta Hasutan pada 2 September kerana kenyataannya dalam satu portal online tentang krisis Perlembagaan Perak.

Aziz kini menyertai sekumpulan ahli politik pembangkang, aktivis sosial, pensyarah undang-undang, portal berita Malaysiakini dan wartawannya, seorang ustaz yang sama ada didakwa kerana menghasut, berdepan dengan perbicaraan atau sedang disiasat.

Awal bulan ini aktivis Safwan Anang dan Adam Adli Abdul Halim dijatuhkan hukuman 10 bulan dan 12 bulan penjara, kerana kenyataan dibuat dalam sebuah forum pada 13 Mei tahun lepas yang menyeru orang ramai turun ke jalan raya jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Seorang lagi aktivis Ali Abd Jalil berdepan 3 dakwaan menghasut kerana dikatakan menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor di Facebook. Ali dibebaskan semalam selepas ditahan lebih 20 hari.

Jumaat lepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirakamkan kenyataan oleh polis berhubung laporan polis dilakukan terhadapnya pada 2011, di mana beliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat keduanya.

Bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Hussin didakwa pada 10 September kerana mengeluarkan kenyataan menghasut di Facebook berhubung peranan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri.

Pada 4 September, wartawan Susan Loone ditahan di Pulau Pinang berhubung artikelnya mengenai wawancara bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Phee Boon Poh dan penahanan besar-besaran Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada Hari Merdeka.

Ahli politik pembangkang lain yang didakwa mengikut akta sama termasuk Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bagan Serai N Surendran, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dan Adun Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lapor The Malaysian Insider

Polis lancar Ops Godam ATM

Posted: 29 Sep 2014 05:34 PM PDT


Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada Polis Bukit Aman dan polis kontinjen negeri berkaitan susulan beberapa insiden Mesin Teler Automatik (ATM) digodam mengakibatkan lebih RM1 juta lesap setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)(Jenayah Siber dan Multimedia) Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, penjenayah yang terlibat akan diburu secara besar-besaran.

Menurutnya, polis percaya anggota sindiket yang dikatakan berasal dari Amerika Latin dan Asia Barat itu masih berada di negara ini.

 "Justeru, kami mengaktifkan pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laluan laut dan laluan udara," katanya kepada Bernama hari ini.

Terbaharu, polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian menggodam mesin ATM melibatkan cawangan sebuah bank di Kota Damansara, mengakibatkan kecurian kira-kira RM300,000.

Terdahulu, Affin Bank dalam kenyataan hari ini berkata sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam mesin ATM kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Bahru, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Menurut polis, insiden di Kota Damansara itu melibatkan kecurian wang dalam satu mesin ATM walaupun dua ATM didapati diusik penjenayah.

Secara kasar, tujuh mesin ATM milik dua kumpulan perbankan digodam, dipercayai menggunakan sim kad telefon dan sistem teknologi tertentu, sejak Sabtu lepas.

Menurut Mohd Kamarudin, pihak bank terlibat sedang menjalankan semakan bagi menentukan tarikh sebenar kejadian yang menimpa institusi masing-masing.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata gambar suspek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini disebarkan di seluruh negara termasuk bagi tujuan pemantauan di pintu masuk.

Menurutnya, belum ada tangkapan dibuat dan identiti suspek masih belum dikenal pasti. - Bernama

Pemuda PAS Kelantan sound Nik Abduh

Posted: 29 Sep 2014 03:30 PM PDT


Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.

"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.

"Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya.

Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu.

Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

"Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.


"Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya.

Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP.

Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.

"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

"Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu.

"Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...