Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


“Langkah Hadi” muncul melingkupkan "Langkah Kajang"..

Posted: 05 Sep 2014 01:00 AM PDT


Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai "Langkah Hadi", dilihat "mengingkari" keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dalam Internet," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Malah, timbalan Hadi, Mohamad Sabu juga menegaskan beliau dan pimpinan Pusat PAS tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan surat itu dihantar ke istana oleh seorang exco Pemuda PAS yang "rapat" dengan Hadi, dengan ditemani seorang kerabat diraja Selangor yang mengetuai satu syarikat GLC negeri itu.

Tiada nama calon PKR

Beberapa sumber memberitahu, seorang pimpinan kanan PAS yang terlibat langsung dalam perkara ini naik berang dan meminta pejabat presidennya menarik kembali senarai itu dan menghantar senarai baru.

Perkembangan itu menunjukkan PAS seolah-olah berjaya menyelesaikan satu satu krisis.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya dilaporkan mengakui bahawa pelan asal parti itu adalah untuk menghantar nama tiga ADUN PAS sahaja.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS "membetulkan" perkara tersebut melalui senarai kedua yang dihantar kepada istana Selangor.

Senarai baru yang mengandungi nama dua ADUN PKR dan satu ADUN PAS itu dihantar beberapa jam selepas itu.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN dalam senarai baru tersebut.

Beberapa lagi sumber yang berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai nama baru itu tidak mengandungi nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Ia bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos lalu.

Pejabat Hadi menyenaraikan nama pilihan mereka sendiri iaitu ADUN Ijok Idris Ahmad dan bekas Exco Selangor Yaakob Sapari sebagai calon dan nama pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar.

PKR dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama - Wan Azizah walau Sultan Selangor menitahkan agar parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama.

Biarpun Hadi mungkin tidak memainkan peranan aktif dalam hal ini, perkara ini dilihat dilakukan dari pejabat beliau, atau individu dari pejabat beliau, akan mengaitkan dirnya sendiri sebagai presiden parti.

Pengingkaran terhadap badan pembuat keputusan eksekutif PAS sendiri akan menjejaskan hubungan Hadi dengan barisan pimpinan tinggi lain menjelang muktamar tahunan parti itu.

Muktamar tersebut dijadualkan berlangsung di Johor bermula 18 hingga 21 September ini.

Ini turut menambah pergeseran antara pemimpin pro-Pakatan Rakyat dalam PAS dan pimpinan konservatif yang dibarisi golongan ulama – kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu lapor Malaysiakini

Setiausaha Agong PAS memandai-mandai letak sendiri nama Calon MB?

Posted: 04 Sep 2014 11:00 PM PDT


Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah kenyataan medianya..

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya. 
Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya. 
Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti. 
Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali. 
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia, PAS 
4 Ogos 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

Kalau dah PAS Pusat sendiri tak tahu menahu.. ini bermakna senarai nama Calon MB yang dinyatakan oleh SU Agong PAS itu adalah ikut suka dia..

Maka tak hairanlah kalau ada Blogger PAS yang mendakwa Mutapha Ali ni nak melingkupkan PAS..

Dakwaan itu silalah baca di ( SINI )

Video yang Shahidan patut lihat sebelum nafikan Najib janji hapus 'Akta Hasutan'

Posted: 04 Sep 2014 08:06 PM PDT


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.

Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948. 

Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.

"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. 

"Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.

Laporan penuh silalah baca di The Malaysian Insider..

Mari kita lihat apakah benar yang dikatakan oleh Shahidan itu.. siapakah lelaki yang mengumumkan pemansuhan 'Akta Hasutan' ini...?


Siapa yang umumkan?..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...