Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Haji Hadi langgar SYURA, Zulhazmi At-Takanan mahu PAS ambil tindakan

Posted: 07 Sep 2014 05:30 AM PDT


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2014 telah memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

b) Empat (4) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

c) PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua (2) nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah

(1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan
(2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR).

Keputusan tersebut telah ditandatangani oleh Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan dibaca di dalam sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Keputusan ini tidak pernah dibatalkan atau dipinda pada bila-bila masa walaupun JKPP telah bermesyuarat sekali lagi pada 25 OGOS 2014 yang mana dalam mesyuarat telah diputuskan bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah kekal dan seterusnya menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk memilih siapa pengganti Menteri Besar Selangor.

Pada 4 September 2014 Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali memberitahu media bahawa PAS telah menghantar tiga (3) calon Menteri Besar di mana dua (2) daripada PKR dan satu (1) daripada PAS bagi menjunjung titah Tuanku Sultan meminta lebih dari dua (2) nama. Setiausaha Agung juga memaklumkan bahawa surat ditandatangani oleh Presiden dan menjadi amalan biasa diuruskan oleh Pejabat Presiden.

Pada 5 September 2014, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataanbahawa AJK PAS Pusat termasuk beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

Persoalannya ialah :

a) Bila keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014 dibatalkan;
b) Siapa membatalkan keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014;
c) Siapa yang memutuskan menghantar tiga (3) nama calon;
d) Siapa yang memutuskan dua (2) calon PKR dan seorang calon daripada PAS.
e) Siapa memberikan mandat kepada Presiden untuk menghantar tiga (3) nama?

JAWAPAN DAN ULASAN.

Sehingga hari ini 5 September 2014 dan selaras dengan kenyataan media Timbalan Presiden PAS pada 5 September 2014, jelas bahawa keputusan mesyuarat JKPP pada 17 Ogos 2014 tidak pernah dibatalkan, justeru keputusan tersebut terus mengikat seluruh ahli PAS samada ahli tersebut Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Ahli Majlis Syura Ulamak, Presiden sehingga ahli biasa. Keputusan tersebut kekal sehingga ada keputusan lain yang membatalkannya.

Apabila Timbalan Presiden menafikan sebarang pengetahuan berkiatan tindakan Presiden menghantar tiga (3) nama kepada Istana maka JELAS bahawa tindakan tersebut adalah dilakukan oleh Presiden samada secara bersendiri atau bersama kumpulan penasihat beliau termasuk Timbalan Mursyidul Am.

Perlembagaan memperuntukkan tugasan bagi setiap jawatan di dalam PAS samada ianya Mursyidul Am taua Presiden atau siapa saja pemegang jawatan di dalam PAS. Semua tertakluk kepada Perlembagaan dan kuasa tertinggi iaitu Muktamar.

Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS memperuntukkan tugas-tugas Presiden.

(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.

(b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.

(e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Peruntukkan Fasal 26 (1)(a) hingga (d) jelas bahawa Presiden berkuasa sebagai ketua melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS adalah berpandukan keputusan mesyuarat dan kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar. Presiden tidak diberikan kuasa veto menjalankan tugas kerana PAS menggunakan konsep SYURA yang seringkali dipertegaskan oleh Presiden sendiri.

Setiap ahli PAS termasuk Presiden juga tertakluk kepada Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 82 (1).

Fasal 82(1) memperuntukkan bahawa :

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Berbalik kepada tindakan Presiden yang telah menghantar tiga (3) nama calon yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014, maka jelas ada perlanggaran tatatertib telah dilakukan oleh Presiden sendiri. Perlanggaran tersebut adalah di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g).

Fasal 82(1)(b) Presiden telah ingkar dengan Perlembagaan parti. Perlembagaan secara jelas menyatakan bahawa tugas Presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat JKPP bukan pendirian peribadi.

Fasal 82(1)(c) Presiden telah ingkar dan tidak patuh arahan dan perintah Parti. Arahan dan perintah parti ialah keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang telah dilanggar oleh Presiden apabila menghantar tiga (3) nama.

Fasal 82(1)(d) Presiden telah gagal melaksanakan kewajipan yang ditugaskan oleh parti iaitu patuh kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos 2014.

Fasal 82(1)(g) Presiden telah gagal mengawal diri dan telah melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan parti. Jelas Presiden telah menyalahi keputusan parti dan tindakan Presiden telah menyebabkan parti rugi dari sudut persepdi masyarakat.

Berdasarkan peruntukkan-peruntukkan tersebut, jelas Presiden boleh diambil tindakan tatatertib.

Fasal 25 (8) memperuntukkan bahawa "Jika sekiranya Presiden berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadikan ia terhalang daripada memegang jawatannya itu, maka Timbalan Presiden dengan sendirinya memangku jawatan Presiden sehingga Presiden itu dapat dipilih semula, atau dapat memegang jawatannya semula."

Peruntukkan ini jelas menunjukkan bahawa Presiden boleh berhenti atau diberhentikan. Maka dengan perlanggaran-perlanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh Presiden, Presiden boleh diambil tindakan samada digantung atau diberhentikan.

Maka dengan ini diusulkan supaya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menggunakan Fasal 82(9) untuk mengambil tindakan terhadap Presiden dan sesiapa yang terlibat bersama Presiden tanpa melalui Jawatankuasa Tatatertib.

Fasal 82(9) memperuntukkan seperti berikut :-

"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tataertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib keatas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggarka Ceraian (1) Fasal ini."

Tindakan tatatertib yang boleh diambil oleh JKPP mengikut Fasal 82(9) adalah sama seperti kuasa yang diberikan kepada Jawatankuasa Tatatertib iaitu yang disebut di dalam Fasal 82(6) seperti berikut ;-

(a) Memberi amaran (b) Melucutkan hak-hak dalam parti (c) Menggantungkan keahlian (d) Memecat dari menjadi ahli

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan seterusnya mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS juga meletakkan konsep SYURA pada tahap tertinggi maka setiap tindakan seluruh ahli PAS samada ianya Presiden atau ahli biasa adalah tertakluk kepada ketetapan SYURA.

Perlanggaran SYURA adalah sesuatu yang amat tidak baik dan akan memberikan duluan dan menjadi ikutan ahli-ahli di masa akan datang yang akhirnya akan memporak porandakan dan menghancurkan PAS.

Mohon mencadang.


Zulhazmi Shariff 
5 September 2014
10 Zulkaedah 1435

Rendah dan Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam

Posted: 07 Sep 2014 02:30 AM PDT


Tindakan TG Haji Hadi Awang 'mengaibkan' DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu.

TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia.

Malah 'musuh' politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara 'hujah'nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor" MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

TG Haji Hadi sepatutnya 'mencermin diri' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional.

Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga harus disentuh.

Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau 'memanaskan kerusi' di parlimen.

Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh 'terpesong' dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam.

Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang 'persahabatan'nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya 'berlakon' dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi 'hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi'.

Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat 'sekilas ikan di air' dan belum begitu jelas tentang ' jantan dan betina'nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini.

Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru. TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka.

Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini.

Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih 'ditakuk' lama dimana fikiran mereka sudah agak 'usang' dan 'jumud' dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu 'berpaut' kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.

Harus disedari bahawa ' sekali air bah sekali pantai berubah'. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk 'menolak' mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian.

Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain. Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa.

Abu Hassan Adam 
7 September 2014

Menarik.. tiba-tiba Hj Hadi diberi 15 minit di TV3 pada waktu perdana..

Posted: 07 Sep 2014 12:37 AM PDT


Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.

Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.

Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.

Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.

Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini?

Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.

Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.

Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.

Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.

Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri.

Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal ~ The Malaysian Insider

Presiden PAS ada kuasa lantik Menteri Besar?.. Lihat perlembagaan PAS ini..

Posted: 06 Sep 2014 05:00 PM PDT


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mengikut perlembagaan parti beliau mempunyai kuasa dalam beberapa perkara termasuk melantik menteri besar dan beberapa perkara yang berkait dengan parti.

Abdul Hadi berkata keputusan yang dibuat oleh presiden parti mengikut perlembagaan perlu didukung oleh timbalan dan naib-naib presiden.

Katanya, perkara melantik menteri besar mengikut amalan parti sejak 1959 tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden.

"Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika menjawab soalan peserta yang mengikuti sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat.

Abdul Hadi berkata ketika melantik menteri besar Kelantan pada 1990, Presiden PAS waktu itu, Fadzil Nor membuat keputusan tanpa melalui Jawatankuasa PAS Pusat.

"Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya lagi.. laporan penuh sila baca di SINI

Tapi kata Cap Kapalayar Limaribukawandi SINI

Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan. Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Tengok perlembagaan ni..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...