CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR

(TIBA MASA UMNO INSAF) Tiada lagi perjuangan Umno, hanya perut dan kuasa, kata Nakhaie

Posted: 11 Sep 2014 09:13 PM PDT

Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.
"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.
"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.
"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi" dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.
"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.
"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.
PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.
Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.
Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.
Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.
Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.
Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.
Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.
Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.
"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.
Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.
"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.
"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.
Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.
Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama,  bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.
"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.
Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.
Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
"Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar," katanya.
Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.
"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.
"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.
Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap. – 12 September, 2014.

Pengkalan Kubor: Ketiadaan pemimpin PAS dan PR pada majlis pengumuman calon timbulkan persoalan

Posted: 11 Sep 2014 08:10 PM PDT

TUMPAT: Ketidakhadiran pimpinan PAS pusat termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa menimbulkan tanda tanya.

Selain itu tiada kelibat wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam majlis pengumuman calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) malam tadi juga menimbulkan persoalan.

Walaupun kerusi tersebut secara rasminya diberi laluan oleh PKR melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini untuk ditandingi PAS, namun ketiadaan pimpinan tertinggi PR dilihat kurang menceriakan suasana malam tadi.

Persoalan tersebut diajukan kepada Pengarah Strategik Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

"Dia (Hadi) tidak ada... saya dimaklumkan dia baru tiba dari Jakarta mungkin tak berupaya untuk sampai malam ini tapi InsyaAllah penamaan calon dia akan hadir.

"Ya, kita mewakilkan kepada PAS Kelantan dan yang penting kita dapat perkenalkan calon kita itu. (Ini) baru permulaannya, InsyAllah serangan akan bermula pada 12 hari seterusnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan, pimpinan PAS pusat termasuk presidennya di jangka akan bersama calon pada hari penamaan calon, Sabtu ini.

Menurut Dr Hatta, PAS melantik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai pengarah jentera pilihanraya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dan dibantu oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.

Mengulas mengenai strategi PR pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Dr Hatta memaklumkan pihaknya akan berusaha mendekatkan calon dengan penduduk setempat.

Selain itu pihaknya juga akan berusaha mendapatkan sokongan pengundi yang pernah mengundi PAS suatu ketika dulu.

Katanya hasil tinjauan dan pandangan masyarakat setempat mendapati rakyat Pengkalan Kubor lebih menerima calon dari PAS dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih sokongan pengundi.

Katanya PAS juga akan menyerapkan jentera PKR dalam satu pasukan bagi memastikan kemenangan di kerusi DUN Pengkalan Kubor.

PAS mempertaruhkan kontraktor yang juga setiausaha PAS kawasan Tumpat,Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57 tahun bertanding pada pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Wan Rosdi yang menetap di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat dilahir dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan merupakan anak kepada Bekas Ketua Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah.

Pencalonan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan.

Sebelum ini, nama Wan Rosdi turut disebut bersama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon PAS.

Setakat ini, PRK Dun Pengkalan Kubor bakal menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon PAS dan Barisan Nasional.

Wan Rosdi calon PAS PRK Pengkalan Kubor

Posted: 11 Sep 2014 05:44 PM PDT

TUMPAT, 11 Sept: Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004.
Pemilihan beliau diumumkan oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis malam ini.
Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri,  Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984.

Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980).

Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah.

Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua  Muslimat PAS Tanah Merah.

Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak. Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM. Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM.

Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan.

Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan.

Kegiatannya dalam parti bermula sebagai ahli jawatankuasa Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Tumpat.

Selepas pilihan raya umum 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai setiausaha Adun Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad.

Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan. Dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat.

Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia Dun Pengkalan Kubor sejak 2009.

Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007. - HARAKAHDAILY 11/9/2014

Kenyataan Akhbar: PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS UPSR

Posted: 11 Sep 2014 06:23 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN.

Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science018, 028 dan 038.

Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.  LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
11 September 2014

Kementerian Kewangan nafi Bahagian Pinjaman Perumahan akan dimansuhkan

Posted: 11 Sep 2014 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dimansuhkan adalah sama sekali tidak benar.
"Kerajaan bercadang untuk menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pada masa ini, BPP dan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan Rang Undang-undang (RUU) penubuhan BB berkenaan dan Skim Saraan baru bagi kakitangan BB tersebut.
"Penjawat awam yang memilih untuk menyertai skim ini kelak dijangka menikmati beberapa faedah sebagaimana yang dinikmati oleh lain-lain agensi yang telah diperbadankan," katanya.
Beliau berkata, antaranya faedahnya ialah tangga gaji yang lebih tinggi di samping faedah-faedah lain yang tidak diterima semasa berada dalam skim sedia ada.
"Kepada penjawat awam, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan mereka. Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini. Malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," katanya.
- BERNAMA

Muhyiddin: Soalan bocor mungkin untuk sabotaj dirinya dan Kementerian

Posted: 11 Sep 2014 05:18 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berada di Vientiane, ibu negara Laos untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8))yang bermula hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.

- Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...