CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Akui TIDAK KENALI Calon PAS

Posted: 13 Sep 2014 12:04 AM PDT


TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, namun percaya PAS memilih yang  terbaik.

Beliau berkata, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.

"Saya tak kenal calon secara peribadi tapi bila jawatankusa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik," katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Menurut Nik Aziz yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.

Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.

"Pilihan raya biar benar-benar pilihan...tak ada paksaan raya.

"Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat," katanya.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57.

(ANWAR & KAFIR DAP PASTI SAKIT HATI) TPM beramah mesra dengan Nik Aziz, Pemimpin UMNO dan PAS juga Berbual-bual Mesra

Posted: 12 Sep 2014 11:15 PM PDT



TUMPAT 13 Sept. - Timbalan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa untuk beramah mesra dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar tiba di pusat tersebut kira-kira pukul 9.35 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan harmoni malah pemimpin Pas serta BN kelihatan berbual mesra di antara satu sama lain.

Ya Allah Ya Tuhan ku, engkau satukan hati-hati pemimpin Islam di Malaysia, engkau hancurkan rancangan jahat puak kafir penentang Islam yang tidak putus-putus ingin memecahbelah umat Islam. 






PRK Pengkalan Kubor: DAP tak datang SOKONG kerana pengundi Cina tak ramai, Mat Sabu Asyik Komen "MUNGKIN" untuk mengelak

Posted: 12 Sep 2014 10:30 PM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai isu Pakatan Rakyat dan kemelut yang berlaku di Selangor yang dikatakan menggugat kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Malah, ketiadaan pemimpin utama termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon pagi ini juga memberi gambaran kemelut yang berlaku dan parti itu kini bermasalah.

"Tak jadi isu. Tak jadi masalah. Presiden akan datang, petang ini. Kami pun sekarang sibuk dengan muktamar yang akan berlangsung di Johor," katanya ringkas.

Mat Sabu juga berkata "Dari PKR ramai yang datang. Di sini orang bukan Melayu tak ramai. Jadi mereka (DAP) tak datang. Mungkin akan datang pada kempen hari yang lain,"

Beliau ditemui pemberita selepas proses penamaan calon DUN Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat, Kelantan.


(UPSR BOCOR) Tan Sri Muhyiddin kata "Saya Sendiri Kecewa, Cucu Sulung Saya Pun Ambil UPSR"

Posted: 12 Sep 2014 10:20 PM PDT


TUMPAT: "Cucu sulung saya pun ambil UPSR, namanya Suraya, dia menangis tanya tok ayah kenapa jadi begini," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri memberi reaksi spontan itu ketika ditanya mengenai insiden kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

Malahan, apa yang dilaluinya itu membuatkan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memahami perasaan ibu bapa, keluarga serta pelajar dan berjanji akan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

"Saya nasihat kepada anak-anak...jangan bimbang.

"Saya sendiri rasa kecewa. Cucu saya yang sulung pun ambil UPSR, namanya Suraya dia menangis, tanya tok ayah kenapa jadi begini...jadi tok ayahnya kena tenteramkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri proses penamaan calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan ibu bapa dan pelajar yang mengambil UPSR supaya tidak terlalu kecewa dengan insiden itu, malahan ibu bapa perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya tidak tertekan dengan apa yang berlaku.

"Ayah dia (Suraya), anak saya pula kata...tak apalah. Semalam saya tanya khabar dia (Suraya) dan dia katanya dalam keadaan baik.

"Anak-anak yang berusia 12 tahun memang begitu. Kalau dah besar mereka pandai uruskan sendiri," katanya.

Sambil menyifatkan kejadian itu kerana perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berjanji akan mengenakan hukuman sewajarnya terhadap pihak terbabit.

"Sekolah sudah atur kursus, bermalam di sekolah dan sebagainya, sekali bila duduki peperiksaan kata bocor pula.

"Tapi ini (perbuatan) orang tak bertanggungjawab, sebab itu saya tak pandang ringan, kita kena ambil tindakan dari segi undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut perkembangan isu sama, Muhyiddin berkata, pihak kementerian telah menjalankan siasatan dan kini menunggu pihak penguatkuasa mengambil tindakan.

Beliau berkata, beberapa perkara dan penambahbaikan perlu dilakukan berkaitan isu ini yang melibatkan kerahsiaan dan keselamatan.

PRK Pengkalan Kubor: Saingan Tiga Penjuru, BN, PAS, BEBAS

Posted: 12 Sep 2014 08:24 PM PDT


TUMPAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini bakal menyaksikan sejarah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berulang apabila berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd  Sobri Ramli pada pukul 10.15 pagi, 15 minit selepas proses penamaan calon ditutup.


Pada pilihan raya ini, BN mempertaruhkan calonnya, seorang pengasas sekolah pondok Mat Razi Mat Ail,49.

PAS pula menamakan Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, yang merupakan Setiausaha PAS Tumpat dan kontraktor binaan.


Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary turut diumumkan sebagai calon yang bertanding.

Ini merupakan kali kedua calon Bebas ini beradu nasib setelah bertanding pada PRU-13 di kawasan sama namun tewas kepada calon BN dengan mendapat 65 undi.

PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar (BN) meninggal dunia akibat kanser hati 20 Ogos lalu.

Allahyarham mengalahkan Saharun Ibrahim (PKR) dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Akta Hasutan MESTI dikekalkan, malah diperketatkan Jika Mahu Malaysia Aman

Posted: 12 Sep 2014 04:59 PM PDT









(Phahrolrazi MABUK KETUM) ROS Sahkan Dia BUKAN Presiden PasMa

Posted: 12 Sep 2014 08:08 AM PDT


PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.

"Namun sekiranya PasMa berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai aktiviti politik pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan.

Sebalinya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.


TENTERA AS DI MALAYSIA, Kita Mesti BERHATI2 dengan Siri ‘War on Terror’ & ‘Global Battlefiled’ Amerika Syarikat

Posted: 12 Sep 2014 07:55 AM PDT



Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam. 

Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam.

Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. 

Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia. 

Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan.

Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu. 

Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri 'War on Terror' yang dipopularkan oleh Bush ke arah 'Global Battlefiled'. 

Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington.

Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. 

Dasar pragmatik mesti dinilai semula. 

Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. 

Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu.
Oleh : Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Bin Razali at-Takiri

(DIGANTUNG KERANA UPSR BOCOR) Saya Hanya Menurut Perintah kata Dr Na'imah, Pengarah Lembaga Peperiksaan

Posted: 12 Sep 2014 05:41 AM PDT


PETALING JAYA: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak akur dengan keputusan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dr Na'imah berkata, sebagai penjawat awam beliau menurut perintah dan menerima keputusan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan tugas itu.

"Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab," katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan penggantungan tugas beliau sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Penggantungan tugas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Jumaat.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Kertas soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran.

Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu pada 30 September ini.

(UPSR BOCOR) Pengarah Lembaga Peperiksaan DIGANTUNG tugas

Posted: 12 Sep 2014 03:33 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak ekoran kebocoran kertas ujian Sains dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan  turut mengumumkan penggantungan tugas Timbalan Pengarah Operasinya Dr Wan Ilias Wan Salleh, laporBernama.

Penggantungan kedua-dua pegawai lembaga itu berkuatkuasa serta-merta.

Agensi berita itu menyebut, Muhyiddin berkata Dr Naimah perlu bertanggungjawab atas kejadian itu kerana ia menjejaskan integriti kementerian dan peperiksaan awam.

Selain itu Pihak berkuasa dikatakan sudah mengenal pasti beberapa individu yang bertanggungjawab dan empat lokasi 'hotspots' yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan bahawa polis dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) juga sudah mengenalpasti beberapa lokasi kebocoran itu berlaku.

"Saya telah dimaklumkan bahawa pasukan penyiasat telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab membocorkan kertas-kertas peperiksaan tersebut.

"Individu tidak bertanggungjawab ini telah mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan mereka sendiri.

Hukuman yang paling berat harus dikenakan terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan media di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada Jumaat.

Menurut Idris, hampir sejuta ibu bapa telah terjejas akibat pembocoran kertas-kertas soalan tersebut.

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September keranadidapati bocor.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Turut bocor ialah kertas peperiksaanBahasa Inggeris014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2).

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...