CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


ZAM MARAH: Pergi jahanam dengan suara UMNO, Melayu, Perkasa, Isma, Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk Najib

Posted: 14 Sep 2014 02:09 AM PDT


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara  NGO Melayu lainnya.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah lebih liberal.

"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48.

"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.

Zainuddin juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."
 

Berikut adalah tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin yang ditujukan kepada Najib bapak Liberal yang anak didiknya Pemuda Liberal Khairy Jamaluddin. 


PM NAJIB MESTI DENGAR CAKAP IDRIS JALA


PEDULIKAN  SUARA PELAMPAU MELAYU, UMNO  BODOH DAN ISLAM BIGOT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti dengar suara Idris Jala yang membantah tindakan untuk menuduh seorang pensyarah UM, Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan 48.

Najib mesti dengar cakapnya kerana dia adalah Menteri Kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg di antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia.

Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari Guan Eng yang mak hamun i KPN, Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk akan merudum.

Najib mesti  dengar cakap mereka jika tidak mahu hilang populariti  di kalangan bukan Melayu dan dunia antarabangsa. Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glocal.

Jika berani memulakan tindakan di bawah tekanan, maka mengapa tidak berani pula menarik balik semua tindakan di bawah tekanan. Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang UMNO,Perkasa, Isma dan suara suara  NGO Melayu lainnya. Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western LiberalismeDatuk.

Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48. Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya. 

Idris Jala: Azmi Sharom should not have been charged


PETALING JAYA: A Cabinet Minister has expressed his disagreement over the sedition charge against Universiti Malaya law lecturer Prof Azmi Sharom.
"Azmi Sharom should not (have) be(en) charged with sedition. Academic freedom is required in pursuit of knowledge," Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala said on his Twitter account on Saturday.
"Malaysia must continue to pursue the path of moderation.
"Constructive criticism (or) dissent should be allowed, as long as it does not create a serious fault-line in the social fabric of our society," he tweeted.
Azmi, a columnist for The Star, was charged on Sept 2 with sedition over comments made on an online portal regarding the 2009 Perak crisis.
He claimed trial after being charged under Section 4(1)(b) and Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948- Star online..

Kerajaan Pusat Setuju KONGSI WANG IHSAN Dengan Kerjaan Kelantan Mulai TAHUN DEPAN

Posted: 14 Sep 2014 12:11 AM PDT


PENGKALAN KUBOR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk berkongsi separuh daripada hasil minyak dan gas di negeri itu dengan kerajaan Kelantan bermula tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, persetujuan tersebut telah dibuat selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengadakan beberapa pertemuan dan mesyuarat dengan kerajaan Pusat.
"Setelah mendapat cadangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), kerajaan Pusat bersetuju dan telah diadakan perbincangan, bermula tahun depan wang ihsan akan dibahagi 50-50 di antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan Majlis Agama Islam Kelantan.
"Ini sudah dipersetujui secara prinsip cuma belum ditandatangani lagi, mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kewangan dan kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri (wakil)," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.
Mustafa berkata, persetujuan ini menunjukkan kerajaan Pusat yang sebelum ini menyalurkan semua wang ihsannya melalui JPP bersikap terbuka dan bersedia berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam apa jua masalah.
Katanya, kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sepatutnya telah dimaklumkan tentang persetujuan pembahagian wang ihsan ini.

Dr M pertahan kenyataan Melayu 'pemalas'

Posted: 13 Sep 2014 10:27 PM PDT


Walaupun berdepan pelbagai kritikan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenyataan beliau bahawa Melayu adalah "pemalas".

"Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah.

"Sepanjang saya jadi Presiden Umno, saya berleter sepanjang masa," kata beliau dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam temubual itu, Mahathir bercakap panjang lebar mengenai kepentingan membaca dan bekerja dengan rajin.

Apabila ditanya adakah orang Melayu masih belum rajin, beliau menunjukkan contoh di institut pengajian tinggi tempatan.

"Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70 peratus perempuan. Budak-budak jantan (lelaki), apa dia buat? Jadi mat rempit.

"Itu saya kata tidak rajin. Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja," kata beliau.

Beliau menambah orang Melayu perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan bangsa lain.

Mahathir sekali lagi menceritakan insiden di sebuah francais roti miliknya yang didakwa membuktikan kekurangan integriti orang Melayu.

"Sekarang ini saya ada kedai roti. Saya hendak kata terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina atau Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit, dia lupa, dia tak jujur. Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu.

"Saya kena buang banyak orang Melayu kerana sikap ini. Orang Cina tidak begini. Kita orang Islam. Kita tahu apa makna amanah, apa makna ikhlas. Kalau kita janji buat kerja betul, kita kena buat," kata beliau.

Selasa lalu, Mahathir menyindir orang Melayu, dengan memanggil mereka sebagai "malas" dan menyatakan beliau gagal mengubah mereka walaupun cuba berbuat demikian selama dua dekad.

Tokoh yang menerajui negara selama 22 tahun itu juga mengetengahkan budaya orang Jepun yang malu jika gagal.


GEMPAR Tersebar Berita Rumah Khalid Samad DIKEPUNG Polis

Posted: 13 Sep 2014 08:40 PM PDT


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan khabar angin bahawa kediamannya dikepung polis, semalam.

Beliau memaklumkan tidak tahu mengenai serbuan berkenaan malah tidak ada apa-apa berlaku ke atas dirinya.

"Tak tahu saya. Tak ada apa-apa pun yang jadi," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Jurucakap Balai Polis Klang Selatan juga menyatakan bahawa maklumat tentang serbuan yang tersebar itu sebagai berita palsu.

Sebelum itu, semalam heboh dengan penyebaran SMS daripada sumber yang tidak diketahui menyatakan kediaman Ahli Parlimen Shah Alam itu dikepung polis berhubung kenyataannya mempertikaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebelum ini, Khalid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

(UPSR BOCOR) SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR oleh Haji Darus Awang, Artikel ini dapat 4203 Share Dalam Masa Dua Hari

Posted: 13 Sep 2014 06:50 PM PDT


SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.
Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.
Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM pernah bocor satu ketika dulu. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.
Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.
Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.
Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau "straight A". A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.
Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan "straight A".
Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara 'natural" seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.
Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tusyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tusyen dan tiada paksaan.
Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.
Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.
Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.
Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Apabila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.
Agak lama saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.
Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.
Kredit: Haji Darus Awang. AAP., AMP., dengan izin.

Perlembagaan dapat halang kuasa luar jajah negara

Posted: 13 Sep 2014 06:42 PM PDT


SHAH ALAM - Kerajaan perlu memupuk dan menanamkan sifat menghormati terhadap sistem berperlembagaan di negara ini melalui sistem pendidikan.

Penganalisis Politik, Dr Rustam Abas berkata, Kementerian Pendidikan harus mengambil langkah untuk memberi penekanan terhadap sistem berperlembagaan demi mengekalkan keharmonian yang dimiliki dari semasa ke semasa.

"Sekarang, (pihak luar atau dalam kalangan kita sendiri) kita seolah-olah mahu menghakis sistem perlembagaan yang ada di negara ini. Satu-satunya penghalang kepada kuasa luar untuk kembali menguasai dan menjajah negara ini adalah sistem pemerintahan serta Perlembagaan negara.

"Jika ia dihakis atau dihapuskan kuasa luar atau ada pihak dalam akan mula menjajah kita semula sama ada secara rela atau paksa," katanya melalui ucapan di Seminar Memartabatkan Institusi Tuanku Sultan Selangor di sini, hari ini.

Tambah Dr Rustam, selama ini, pengetahuan ke atas sistem perlembagaan negara dan sistem beraja banyak didedahkan melalui mata pelajaran atau subjek Sejarah di peringkat menengah.

Beliau yang juga AJK Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (GPSS) berkata, sistem Perlembagaan perlu dijana melalui pelajar universiti khususnya supaya graduan dapat memahami, menghormati dan tidak melanggar sistem Perlembagaan yang telah ditetapkan.

"Paling senang nak ubah sistem pendidikan adalah di peringkat universiti. Dalam kelas, kita tidak bincangkan perkara sebegini (sistem Perlembagaan) sedangkan itulah yang sepatutnya diterap dalam jiwa pelajar kita.

"Sebelum tamat belajar, seseorang graduan itu perlu tahu apa itu sistem ," katanya lagi.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh warga pendidik dan kementerian pendidikan supaya mempraktikkan amalan penekanan dan pemahaman ke atas perkara tersebut kepada pelajar supaya perpaduan menerusi sistem berperlembagaan dapat diwujudkan.

UMNO perlu berani, digeruni - Shahidan

Posted: 13 Sep 2014 08:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 Sept. - UMNO perlu menonjolkan keberanian dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini bagi menarik semula keyakinan dan sokongan mereka terhadap parti itu.

Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, di samping itu, UMNO juga perlu menjadi 'juara' dalam mempertahankan hak-hak rakyat secara keseluruhannya bagi memastikan parti itu terus relevan menjadi tonggak kepada pemerintahan di negara ini.

"Kita lihat akhir-akhir ini UMNO hilang sokongan khususnya daripada orang Melayu sendiri. Ini adalah kerana keberanian itu sudah seperti tidak ada dalam UMNO yang boleh membuatkan mereka berasa yakin terhadap kita.

"Apabila UMNO tidak lagi dilihat berani, maka mereka akan mencari orang lain yang lebih berani untuk mereka mendapatkan perlindungan dan hak-hak mereka diperjuangkan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian itu, Raja Datuk Hanippundin Raja Datuk Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman dan Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Nor Hayati Onn.

Menurut Shahidan, UMNO suatu ketika dahulu juga begitu digeruni dan dihormati pihak lawan kerana kelantangan dan keberaniannyanya dalam menyuarakan isu-isu yang mempertaruhkan nasib rakyat.

"Melayu Bukan Bahasa ibunda Saya, Tetapi Ini Bahasa Negara Saya!” - Dr Teo Kok Seong

Posted: 13 Sep 2014 05:49 AM PDT


KUALA LUMPUR – Orang Melayu sepatutnya menjadi contoh kepada orang bukan Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu secara betul dan memperkasakan peranannya sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa identiti negara bangsa. Sebaliknya terdapat sebilangan kecil orang Melayu yang memandang rendah bahasa ibunda dan nenek moyang mereka.

"Ini tidak patut dan tidak boleh berlaku. Namun ia terjadi secara leluasa di kalangan orang Melayu," kritik Pof Datuk Dr Teo Kok Seong dengan memberikan contoh perjuangan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Rahim.

PAGE kini menjadi kumpulan pendesak untuk mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada 2010 dan sistem sekolah Inggeris yang berakhir sepenuhnya pada 1982.

Menurut Dr Teo, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI) menggantikan PPSMI adalah tindak balas bestari bagi menyahut tuntutan tinggi untuk menguasai bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kepentingan bahasa Melayu.

Beliau turut kesal apabila seorang pemimpin tertinggi negara semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bali, Indonesia tahun lalu merendahkan taraf bahasa Melayu dengan mendakwa bahawa daya saing pendidikan Malaysia jatuh menjunam apabila negara beralih kepada sistem pendidikan dengan bahasa kebangsaan selepas tahun 70-an.

"Saya pernah membantu seorang menteri membuat teks ucapan. Beliau kemudian menggantikan perkataan prasarana kepada infrastruktur, cendekia kepada intelek dan landasan kepada premis. Kemudian saya beritahu bahawa saya sudah tiada dosa dengan bahasa Melayu. Dia jawab sendiri dengan Tuhan."

"Kerajaan sepatutnya menggunakan istilah balanjawan bukan bajet, pelan penjimatan bukan pelan mitigasi dan program Hormati Wanita bukan Respek Wanita. Ia seakan-akan bahasa Melayu ini daif kosa kata.

"Jika hendak gunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris sepatunya 'presin' bukan 'presint' dan 'parsel' bukan 'parcel'. Ini kerana sistem bahasa Melayu tidak menyebut huruf 't' di belakang dan bunyi huruf 'c' disebut dengan huruf 's'. Sebab itu dahulu kita terjemah 'parlimen' dari 'parliament'.

Bagi pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi telah teruji dengan penubuhan UKM pada Mei 1970 selepas peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak Mei 1956 dalam memodenkan bahasa Melayu.

"Sebelum ini saya diminta terjemahkan kursus Science Tauhidiq kepada Sains Tauhid tetapi mereka beritahu ia kata yang pendek tanpa imbuhan. Jadi saya terjemahkan semula kepada Sains Ketauhidan dan mereka beritahu kata yang panjang dengan imbuhan di depan. Akhirnya mereka gunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris menjadi Sains Tauhidiq," kesalnya dengan keadaan UKM sekarang.

"Ramai orang bertanya mengapa saya beriya-iya memperjuangkan bahasa Melayu walaupun saya orang Cina. Tampak seperti saya lebih sudu daripada kuah. Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda, leluhur dan nenek moyang saya. Tetapi ini bahasa negara saya!"

Sebelum mengakhiri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan Dalam Sektor Awam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabataan Muzium Malaysia di Muzium Diraja, Istana Negara Lama semalam, beliau sempat menitip pesan, "Jangan kita wariskan kepada anak cucu kita dengan bahasa rojak dan bahasa campuran asing yang akan menjadi masalah untuk mereka mengidentifikasikan diri mereka sebagai orang Melayu dan bangsa Malaysia."
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...